chewan Publish time 5-9-2010 06:47 PM

Berita@MKST : Spesis dinosaur baru ditemui

Spesis dinosaur baru ditemui                  
      
      http://www.sinarharian.com.my/imagesSH/8137712.jpg
                  
WASHINGTON - Satu fosil dinosaur spesis baru yang bertubuh gemuk dan pendek serta mempunyai dua pasang kuku pada kakinya ditemui di Romania.

Penemuan itu dilihat dapat membantu penyelidik mengkaji jenis dinosaur pemangsa yang terdapat di Eropah semasa tahun-tahun akhir Era Dinosaur.

Penyelidik, Mark Norell berkata, penemuan seperti itu ditunggu-tunggu bagi membolehkan saintis menjalankan kajian lanjut mengenai haiwan purba itu.

"Haiwan yang ditemui ini adalah berat, dan mempunyai kaki serta tangan yang pendek dan gemuk, menggambarkan betapa peliknya jenis fauna yang terdapat di kawasan itu semasa akhir era dinosaur," katanya.

Fosil yang ditemui menggambarkan dinosaur itu adalah haiwan yang kecil, dengan panjang 1.8 meter hingga 2.1 meter termasuk ekor, dan badan menyerupai ayam Belanda yang bersaiz besar.

Haiwan itu dikatakan hidup sekitar 90 hingga 65 juta tahun lalu, semasa suhu panas dan paras air laut yang tinggi memecahkan Eropah kepada beberapa pulau kecil.

limau Publish time 23-9-2010 11:28 AM

betul kee...limau sejak sekolah mmg minat ttg fosil2 nie...

areenarena Publish time 14-2-2011 10:36 PM

mesti comel:loveliness:

Tottot89 Publish time 14-2-2011 11:27 PM

gambo?:curse:
Pages: [1]
View full version: Berita@MKST : Spesis dinosaur baru ditemui


ADVERTISEMENT