chewan Publish time 5-9-2010 06:41 PM

Bakteria purba bantu produk antipenuaan

Bakteria purba bantu produk antipenuaan                  
               
      http://www.sinarharian.com.my/imagesSH/8143738.jpg


                  MASSACHUSETTS - Sianobakteria, sejenis organisma yang wujud sebelum terdapat oksigen mencukupi di muka bumi bagi menghalang sinaran ultra ungu, dianggap merupakan formula pelindung cahaya matahari yang terbaik.

Saintis kini telah mengenalpasti genetik dan enzim yang bertanggungjawab menghasilkan molekul pelindung matahari dalam setiap bakteria itu, penemuan yang akan membantu penghasilan perlindung matahari bersifat semula jadi.

Sianobakteria, yang juga dikenali sebagai alga biru, telah wujud di muka bumi selama 3.4 bilion tahun.

Bakteria itu mendapat tenaga melalui proses fotosintesis, proses yang memerlukan cahaya matahari yang datang dengan sinaran ultra ungu yang membahayakan.

Organisma itu menghasilkan molekul pelindung matahari, mikosporin yang menyerap cahaya berbahaya bagi melindungi kemusnahan pada DNA akibat pendedahan kepada matahari.

credit to sinar harian online

bacteria82 Publish time 10-9-2010 05:30 AM

Post Last Edit by bacteria82 at 10-9-2010 05:41

Semoga para saintis jumpa lagi pelbagai kegunaan makhluk2 halus ni :$

areenarena Publish time 15-2-2011 05:02 PM

kenape x pakai sunbock je...mesti dorang nak masukan gen tue kat ganetik manusia ...wah mesti dorang nak menghAsilkan soldier awet muda...;P
Pages: [1]
View full version: Bakteria purba bantu produk antipenuaan


ADVERTISEMENT