tatod Publish time 16-3-2022 02:05 PM

Gadis Dipaksa Ucap 'I Love You', Lelaki Ugut Cari Di Tempat Kerja

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/16/133613xw4wo5f5ihswx55z.png

Seorang gadis muda melalui situasi menakutkan apabila diusik lelaki asing ketika sedang menunggu ketibaan kakaknya di sebuah stesen perhentian bas.


Berdasarkan laporan Mstar, gadis yang dikenali sebagai Reen itu berkata pada awalnya dia beranggapan lelaki berkenaan hanya ingin bertanyakan arah jalan.


Bagaimanapun, sebaik saja Reen menjawab pertanyaan lelaki berkenaan, individu tersebut mula melontarkan soalan bersifat privasi seperti status perkahwinan dan umur.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/16/133826al1s003jluxs0h40.jpg



"Setiap kali berada di tempat awam, saya akan pakai dengar lagu menerusi earphone sebab nak elak interaksi dengan orang. Tiba-tiba saya dengar sayup-sayup ada orang bercakap dengan saya. Ingatkan dia memang ingin bertanya arah jalan, saya pun perlahankan volume lagu dan jawab pertanyaan dia.


"Tetapi makin lama makin banyak pertanyaan yang tidak sepatutnya diajukan kepada saya siap tanya saya tinggal mana. Paling mengejutkan dia tahu tempat kerja saya di mana sedangkan saya tak cakap pun.


"Saya mulai rasa takut apabila dia cakap kalau saya tolak cinta dia... dia akan cari saya di tempat kerja. Saya buat-buat tak dengar dan teruskan rekod video sebagai bukti sekiranya terjadi perkara tidak diingini," katanya.


7075319280853650715


Menurut gadis itu lagi, kebetulan ada seorang pemuda datang bertanya keadaannya namun si pengacau itu berang dan memarahi individu yang ingin membantunya.


"Dia maki orang yang datang nak tolong saya tetapi dia terpaksa beredar sebab tak nak bising-bising dan pesan agar saya berhati-hati.


"Bagaimanapun, tidak ada perkara buruk lain yang terjadi selain cubaannya untuk menyentuh saya. Dia terus pergi apabila bas yang ditunggu sudah sampai," kata Reen. -CARI










musangbodoh Publish time 16-3-2022 03:49 PM

pulis.........pulisssssssssss...tolong tatod (TT)

jijilaaa Publish time 16-3-2022 05:42 PM

menakutkan lah. dia ingat ni negara dia ke suka2 hati je kacau popuan?

copy_paste Publish time 16-3-2022 06:04 PM

ok,kira lawa la jgk budak ni,

DayangKirana Publish time 17-3-2022 08:42 AM

macam dah common plak this type of harassments ni..hari tu baru je lalu similar case like this..
daring betul jantan2 haprak ni..depan public pon jadi, wonder what happened if its quiet area..
diorang ni bil air lama tertunggak ke?

izzah_mia Publish time 17-3-2022 10:14 AM

macam muka mamak kumpulan puteh tu:lol:

Artemesiaa Publish time 17-3-2022 04:36 PM

Bahaya terjumpa jenis mental macam ni

hasniey Publish time 17-3-2022 05:22 PM

Scarynya... aritu kt tiktok ada jgk bdk prmpuan kena kacau dgn rempit melayu.ramai2 bwk motor dok sebelah diorg.diorg bru feeling2 nk picnic
Jantan2 ni kalau jmpa prmpuan kt tmpt sunyi apa la diorg buat.
Kt public ramai org pon berani mcmni:'(:'(:'(:'(

dua_chzy Publish time 17-3-2022 11:52 PM

Kenapa kau layan keling ni sembang Farah? Ini masalahnya pompuan. Tak suka tapi act nice. Jantan psiko ni pun ingat suka. Cuba ko jerit maki macam kak long 7E ko ingat jantan tu berani nak melebih2?

evlinne Publish time 20-3-2022 08:56 PM

dua_chzy replied at 17-3-2022 11:52 PM
Kenapa kau layan keling ni sembang Farah? Ini masalahnya pompuan. Tak suka tapi act nice. Jantan psi ...

Kalau maki, takut kena cabul la pulak kaka
So sebenarnya apa harus pompuan buat?

dua_chzy Publish time 20-3-2022 08:58 PM

Edited by dua_chzy at 20-3-2022 01:00 PM

evlinne replied at 20-3-2022 12:56 PM
Kalau maki, takut kena cabul la pulak kaka
So sebenarnya apa harus pompuan buat?

Tak la. Biasanya jika dimaki kaw2 jantan tak berani kacau terus jika dia sensorang (jangan maki jika jantan tu beramai2 tapi terus call balai polis pasang loudspeaker). Lagi satu, jika kena maki dan dia pi cabul, cabul ja dia balik. Aim testis, mata, lutut. Part2 yg blh weaken dia physically. Aiol pernah buat. Memang diam terkaku terus jantan tu. Tapi aiol guna siku la. Dok impit2 aiol dalam bas, babi. Sekali ai siku kuat2 terus diam. Ngok.
Pages: [1]
View full version: Gadis Dipaksa Ucap 'I Love You', Lelaki Ugut Cari Di Tempat Kerja


ADVERTISEMENT