Busana Songket Lavanya Sivaji Untuk Indoor Judging Dipuji Netizen
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/16/120731dz6docad75l5osls.pngDoktor Lavanya Sivaji adalah salah seorang wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss World 2021 bersaing dengan 40 peserta lain dari serata dunia antaranya Indonesia, China, Kenya dan India.
Ketika sesi penilaian dalaman (indoor judging) berlangsung, wanita berusia 26 tahun itu memilih untuk menyarungkan busana songket dengan rekaan peplum dipadankan dengan seluar dihasilkan dari kain yang sama.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/16/121052kjpjhmv717wm0te5.png
Menerusi Instagram Amaze Official, rekaan busana berkenaan diolah ala kebaya peplum berpusar pada bahagian belakang dipadankan dengan seluar ketat dan kasut dengan warna dan corak senada.
"Acapkali dilihat dalam helaian gaun mewah, sekali sekala menyarungkan helaian klasik kontemporari apa salahnya," tulisnya pada kapsyen gambar.
Lavanya turut menitipkan ucapan terima kasih kepada 'team' Amaze kerana menyediakan busana berkenaan untuk digayakan pada sesi penilaian dalaman. -CARI
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/16/121158zijn11aia6v17kjk.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/16/121159v067hpfiro8v8sr1.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/16/121159xaak10gkq6djwokq.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/16/121159rzzpzc8rddda98si.jpg
Ok la, cantik warna dia. Pendapat aku yg x pandai bab fesyen ni, lagi cantik kalau ada headpiece yg nampak traditional untuk balance out rambut modern bun tu Lawanya lavanya Cantik! {:1_152:} azimodin replied at 16-3-2022 02:13 PM
Ok la, cantik warna dia. Pendapat aku yg x pandai bab fesyen ni, lagi cantik kalau ada headpiece yg...
aah. sokong.
boleh nampak macam Puteri Perak yang dimodenkan...
:loveliness:
Teringat pula pada forumer Lava multinick. Hari ni mod bunuh, esok muncul nick baru. Apa khabar dia sekarang? :) time indoor interview, dia lepas rambut, tak pakai brooch, mcm tak siap je? imransulaiman replied at 16-3-2022 11:48 AM
Teringat pula pada forumer Lava multinick. Hari ni mod bunuh, esok muncul nick baru. Apa khabar dia...
bukan heshe dah jadi stinger ke sama jah perangai hari ni kena bunuh esok muncul pulak baru?
tinggi kurus, cantik terletak pakai peplum.. imransulaiman replied at 16-3-2022 07:48 PM
Teringat pula pada forumer Lava multinick. Hari ni mod bunuh, esok muncul nick baru. Apa khabar dia...
Lava dan stinger org yg sama ka?.
Kalau ada aksesori skit tp jgn sarat..mesti lagi lawa. Nmpak mahai songket tu...
love{:3_85:} love sangat.. nampak very outstanding. Cantiknya baju dia cantik sangat.
Pages:
[1]