Cintaerina Publish time 16-3-2022 10:56 AM

"Hadiah Paling Bermakna," Anak Beri Buah Pinggang Untuk Ayah Buat Ramai Netizen Terharu

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/16/100323ri1rb3sgcl1xekzs.pngSumber: Facebook Shahrul Ezwan




Baru-baru ini, seorang pemuda yang dikenali sebagai Shahrul Ezwan telah berkongsikan ceritanya kepada Facebook Persatuan Sokongan Transplan Buah Pinggang Malaysia sempena Hari Buah Pinggang Sedunia telah meraih pujian dari ramai netizen.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/16/100921p6rroioraaxhhadu.pngSumber: Facebook Shahrul Ezwan







Pemuda ini menceritakan tentang kisah ayahnya menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap lima,bermaksud buah pinggang ayahnya telah gagal berfungsi sepenuhnya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/16/100327sdz2urde1r72rqq2.jpgSumber: Facebook Shahrul Ezwan







Menurut Shahrul, setelah dia melalui pelbagai peringkat saringan, akhirnya pada 14 Mac 2019, Shahrul telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang untuk ayahnya.


Ujar Shahrul, pemindahan buah pinggang ini merupakan hadiah yang paling bermakna yang dia pernah berikan kepada insan istimewa yang bergelar ayah.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/16/100330bvomejqcwekvunw3.pngSumber: Facebook Shahrul Ezwan







Pemuda ini berkata ayahnya tidak pernah mengenal erti penat untuk membesarkan Shahrul dan adik-beradiknya. Kini, Shahrul sangat bersyukur kerana ayahnya sudah kembali sihat seperti biasa dan tidak perlu lagi dialisis seperti dulu.


Kisah Shah sememangnya memberi inspirasi kepada semua. Semoga ayah Shahrul terus sihat dan sentiasa dilindungi Tuhan hingga ke akhir hayat. -CARI

musangbodoh Publish time 16-3-2022 12:02 PM

................................{:thumbo

ezacbee Publish time 16-3-2022 12:04 PM

Muka sama lak.. anak bapak :lol:

jijilaaa Publish time 16-3-2022 05:49 PM

pengorbanan yang besar....sbb hidup dgn 1 buah pinggang bukan senang. tak semua org ada keberanian mcm tu

soalan serious
what if ayahnya meninggal...boleh tak dia amik balik kidney tu buh lam badan dia semula?
Pages: [1]
View full version: "Hadiah Paling Bermakna," Anak Beri Buah Pinggang Untuk Ayah Buat Ramai Netizen Terharu


ADVERTISEMENT