Cintaerina Publish time 15-3-2022 02:18 PM

"Sampai Mengigil Badan Dan Tertidur," Anak Kecil Teman Ayah Berniaga Buat Netizen Sebak

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/15/132408v7tqvtaqa7s737b5.pngSumber: Twitter locakrkyt




Pengalaman semasa kecil sangat penting dalam hidup. Kita semua sedia maklum bahawa kebanyakan pengalaman semasa masih kecil itulah yang banyak membentuk diri kita yang sekarang ini. Pengalaman yang diperoleh semasa usia muda boleh menjadikan seseorang itu lebih matang dalam hidup.


Baru-baru ini, viral video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai localrkyt. Video itu menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang setia menemani ayahnya berniaga aiskrim di Padang Umum Kulim, Kedah.


https://twitter.com/localrkyt/status/1502995195872563203?s=20&t=MwQEfLOpknDfdvOpI2LNqQ


Menerusi video itu, kelihatan cuaca hujan lebat pada lewat petang hari itu dan kanak-kanak ini sedang duduk menggigil akibat kesejukan namun kanak-kanak ini sedia menemani bapanya sehingga tertidur.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/15/132658ygvcd4oe7rgvz4uu.jpgSumber: Google Image




Meninjau ke ruangan komen, rata-rata penonton mendoakan agar kanak-kanak tersebut membesar dengan baik dan menjadi orang yang berguna kelak. Ada juga netizen yang sempat‘throwback‘ pengalaman masing-masing semasa membantu ibu bapa mereka berniaga satu ketika dulu.


Sejujurnya, tidak semua orang mempunyai pengalaman sebegini. Pengalaman membantu ibu bapa berniaga ini merupakan satu kenangan yang indah yang tidak boleh diganti dengan apa-apa pun. Pengalaman sebegini akan menjadikan seseorang itu lebih kuat dari segi mental dan fizikal. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/15/132409pzyx6ivk63r65i32.pngSumber: Twitter locakrkyt






Artemesiaa Publish time 15-3-2022 04:06 PM

Sian tapi ia satu pendedahan baik untuk nya tahu macam mana nak niaga nanti dan tahu macam mana susah cari duit.

Miss.Rara Publish time 15-3-2022 05:06 PM

nak bawa budak masa meniaga bawa laaa..

tapi standby kan laaa jugak baju extra utk anak tu...

baju sejuk kaaa...

takda laa kesejukan macam tu bila hujan..

budak kan senang demammm apa semua..

pearl.silver Publish time 15-3-2022 06:08 PM

Tahniah
At least parents ni x ajar bdk tu ngadap upin ipin kt utube

myakayina Publish time 16-3-2022 12:32 PM

klu nak bawak anak ikut meniaga mohon sediakan brg2 dia secukupnya..

airmineral Publish time 16-3-2022 01:49 PM

comel budak tu
kesian betul gigil sejuk² tu
gitulah adat cari rezeki
moga adik sihat² ya

babelina Publish time 16-3-2022 02:49 PM

Edited by babelina at 16-3-2022 02:54 PM

perit nk cari duit nie..bkn semua bdk2 dapat rasa.. tp semua tu buat kita beringat.. rasa syukur..
moga family nie akn dperluaskn pintu rezki nya.. amin yra..

krustykrab Publish time 16-3-2022 05:37 PM

Ramai la peniaga2 yg bawak anak2 masa niaga.. Ada tu siapbawak buaian lagi..perakam ni mesti baru kuar gua.

jijilaaa Publish time 16-3-2022 05:45 PM

moga dimurahkan rezeki mereka sekeluarga. dah besar nti tgk balikye dik vid ni...susah tau nak dptkan hatta rm 1
Pages: [1]
View full version: "Sampai Mengigil Badan Dan Tertidur," Anak Kecil Teman Ayah Berniaga Buat Netizen Sebak


ADVERTISEMENT