Agent13k Publish time 14-3-2022 03:24 PM

Tulis 'No' Di Setiap Kotak Nama, Pengundi Dikecam Sengaja Rosakkan Undi

Baru-baru ini di media sosial Twitter, ada satu ciapan yang tular memaparkan seorang pengundi yang sengaja merosakkan undi ketika proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor minggu lalu.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/14/143518il56f8w6abyfa6q5.pngkredit foto: Twitter/VitDaily



Pengundi itu menulis "No" pada setiap kotak nama calon di kertas mengundi itu.

Pengundi itu juga meletakkan kepsyen yang bertulis "kerana pemimpin yang terbaik itu adalah mereka yang bertaqwa pada Allah serta beriman dengan hari akhirat."

https://twitter.com/maliqueredzuan/status/1502586636890439682?s=20&t=p5TNACjd58XRMweaiH4QcA

Difahamkan, ciapan itu yang menjadi tular dan mendapat perhatian dari netizen yang menganggap pengundi itu tidak matang dan hanya buat perkara itu demi semata-mata untuk mendapat perhatian di internet sahaja.

https://twitter.com/Elviralahweyy/status/1502606789543874565?s=20&t=p5TNACjd58XRMweaiH4QcA

Berikutan itu, ada netizen berkata ianya adalah dosa rosakkan kertas undi kerana penggundi itu tidak jalankan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat. -CARI

ezacbee Publish time 14-3-2022 05:50 PM

Tanda protes dia, biarkan jelah. Menipu noo beratur panjang. Aku pegi kosong je. :lol:

Orix Publish time 14-3-2022 06:00 PM

ezacbee replied at 14-3-2022 05:50 PM
Tanda protes dia, biarkan jelah. Menipu noo beratur panjang. Aku pegi kosong je.

khuenst... iols pergi waktu kemuncak pukul 1 cmtu pun xde org sgat pun

Orix Publish time 14-3-2022 06:02 PM

yakin jah kau peluang 5 tahun sekali.. lompat si katak lompat anytime jah setahun sekali pun boleh :lol:

che-cikL Publish time 14-3-2022 10:43 PM

Edited by che-cikL at 14-3-2022 10:44 PM

Ada masa ye nak snap dulu kertas undi?
Dah lah nak tulis NO sebanyak 5 kali.

Kita ni yg menunaikan tanggungjawab mengundi ketar tangan sebab di tangan kita tu ada amanah untuk negara utk pilih pemimpin.

Dia blh enjoy2 buang masa begitu saja. Lemahh!

Jijoli Publish time 14-3-2022 11:24 PM

Nikes MCM ygpasang kain rentang dgn gambar katak kononya tak nak undi l buat penat je , sanggup berhabis masa buat kain rentang dan beraturdi pusat mengundi, lapar perhatian punya pasal

apalancut Publish time 14-3-2022 11:53 PM

sekurang2nya.. tu tanda dia protest dengan sistem politik dkt malaysia.. last2 kena game dgn pemimpin yang mcm cilaker. lompat sana sini.

Supersirap Publish time 15-3-2022 12:09 AM

membazir masa sahaja rosakkan undi, baik x payah ambil undi

Adrif Publish time 15-3-2022 02:40 AM

aku yang dah tua teringin nak pergi mengundi tak dapat-dapat lagi

first time pergi dulu, tak cukup umo beberapa hari. alahaii
2nd time, takde transport
3rd time, jaga mak kat rumah
4th time, 5th time, 6th time, entoh lerr.. pelik aku, ada je benda jadi, tak dapat peluang nak pegi mengundi. jari aku sorang je takde inai hitam lepas hari mengundi.

seri_mawr Publish time 15-3-2022 08:44 AM

Adrif replied at 15-3-2022 02:40 AM
aku yang dah tua teringin nak pergi mengundi tak dapat-dapat lagi

first time pergi dulu, tak cukup...

xde transport ..? ko mengundi kat mana..?

klu area kg aku...bersepah kereta angkut org pi mengundi.. x payah drive..
balik pun org hntarkan...

klu ada anak kecik...siap ada sukarelawan tolong tunngu sampai kita balik dari mengundi...

semoga ada rezeki ko pi mengundi....

doubleharmonic Publish time 15-3-2022 11:18 AM

apa noreen sangat perangai ko ni? dah alang2 tu asal tak sambung jah tulis NOreen kat semua nama2 lahanat tu?

mijot Publish time 15-3-2022 10:07 PM

penat badan jer buat undi rosak,,,
baik tak payah dtg langsung...
lpeas tu bising pemimpin tak jalankan tanggung jawab..
dah ko pi but undi rosak apahal :doh3:

Skuau Publish time 15-3-2022 10:22 PM

Kalo tujuan dan niat dia....'dah camtu'....apa yg penat dan buang masanya???

mandear11 Publish time 15-3-2022 11:23 PM

LOL...DOSA?????????? banyak dosa i mcm nie..tak pernah sekali pun mengundi....huhuhuhuh...

copy_paste Publish time 16-3-2022 04:11 PM

Orix replied at 14-3-2022 06:02 PM
yakin jah kau peluang 5 tahun sekali.. lompat si katak lompat anytime jah setahun sekali pun boleh : ...

1 dun dan parlimen 5 tahun sekali,
tapi dlm malaysia ni,pilihanraya dah jd 6 bulan sekali ,paling lama pun setahun sekali pasti ada pilihanraya

She-Ra Publish time 16-3-2022 04:20 PM

haiyooooo hahahaaa

iols pegi dlm 845am, saluran 3, aman aman jah dpn ada 3org
saluran 2 je yg agak panjang
lelain pun aman2 mcm saluran 3
sekejapan je dh setel, cuma ada la sikit drama dgn petugas yg menyebut nama ;P
mementang tak ramai org.. seronok dorg ajak borak pulekkk

makcik iols lg lawak masa pru dlu memula celup jari kt dakwat
dia pegi pangkah guna jari yg dicelup tu.. iols pn baru tau cerita hari ahad lepas masa p rumah dia
barai gelak wooiiiii

jijilaaa Publish time 16-3-2022 05:38 PM

sbb tak ramai buat mmg tak nampak impact nya..cuba kalau reramai buat undi rosak...baru depa paham rakyat bengang dgn kerajaan lompat katak
Pages: [1]
View full version: Tulis 'No' Di Setiap Kotak Nama, Pengundi Dikecam Sengaja Rosakkan Undi


ADVERTISEMENT