Cintaerina Publish time 14-3-2022 12:19 PM

"Kenapa Tak Bawa Isteri Sekali?" Tindakan Lelaki Hadir Konsert BTS Dapat Perhatian

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/14/111900xat02n246nt04zuc.pngSumber: Portal KBizZoom




Baru-baru ini, kumpulan K-Pop popular dunia iaitu BTS atau Bangtan Boys telah mengadakan satu konsert di Seoul, Korea Selatan. Konsert ‘BTS Permission to Dance on Stage – Seoul’ akhirnya dilakukan selepas hampir 3 tahun pandemik COVID-19. Sememangnya konsert ini telah lama dinanti-nantikan oleh semua peminat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/14/111904ea3yy7f3a79o0u3o.jpgSumber: Google Image




Setelah selesai konsert tersebut, wartawan dari rangkaian berita Korea Selatan sempat menemubual beberapa penonton yang hadir. Dalam ramai-ramai peminat yang ditemubual, seorang lelaki telah menarik perhatian ramai apabila dia telah hadir ke konsert itu seorang diri.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/14/112504rha6p0bk5x0c0h88.pngSumber: Portal KBizZoom







Memetik laporan dari portal KBizZoom, lelaki itu hadir ke konsert BTS seorang diri kerana isterinya gagal untuk mendapatkan tiket ke konsert tersebut. Apabila ditanya mengapa tidak membawa isterinya sekali, lelaki itu menjawab sistem tiket konsert ini tidak boleh diubah kepada nama isterinya. Maksudnya, kita perlu menempah sendiri tiket menggunakan nama kita.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/14/111905a325plj31foilmfz.jpgSumber: Google Image







Oleh disebabkan terpaksa berebut-rebut dengan peminat yang lain, hanya lelaki ini sahaja yang berjaya menempah tiket konsert itu manakala isterinya gagal. Menurut lelaki itu, tiada apa boleh dilakukan olehnya kerana polisi syarikat Hybe telah menetapkan sedemikian.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/14/112112rs8sf8ll18fgcjif.jpgSumber: Google Image







Untuk pengetahuan semua, tiket yang dijual untuk konsert BTS tidak boleh dipindah-milik kepada orang lain. Hal ini kerana butiran peribadi seseorang itu telah disertakan di dalam sistem sewaktu membuat tempahan. Pihak keselamatan juga akan memeriksa tiket dan butiran peribadi penonton sebelum dibenarkan masuk ke konsert untuk tujuan keselamatan. -CARI

ally9970 Publish time 15-3-2022 12:52 PM

So apa yg peliknya? Semua yg datang tu bawak bini ker?

mzzenma Publish time 15-3-2022 01:52 PM

ok juga buat mcm tu.. ni kang ada yg beli tiket, lepas tu jual balik harga double, triple..jahatttt

Artemesiaa Publish time 15-3-2022 04:11 PM

Jual tiket cara tu amat baik boleh stop penjualan black market

faraway1 Publish time 16-3-2022 05:31 AM

Oh so sorang hanya boleh beli 1 ticket ajelah, tak boleh beli lebih..

shernazz Publish time 16-3-2022 09:59 PM

Iols suka la lagu baru depa tu yang ada tajuk dance2 tu..
Pastu downy x bts ni sedap betul bau dia
Tak sia2 iols amek pek beso...:lol:

ezacbee Publish time 19-3-2022 03:17 AM

Bagus sistem ni. Xdelah sampai panjat pagar nak beli tiket. :lol:
Pages: [1]
View full version: "Kenapa Tak Bawa Isteri Sekali?" Tindakan Lelaki Hadir Konsert BTS Dapat Perhatian


ADVERTISEMENT