Agent13k Publish time 12-3-2022 03:18 PM

Bubur Ayam Indonesia Antara Makanan Terbaik Asia Tenggara, Kalah Nasi Lemak!

Baru-baru ini, terdapat satu undian dibuat Taste Atlas di Facebook yang membuat pilihan makanan terbaik di Asia Tenggara.

Taste Atlas telah memilih Bubur Ayam di Indonesia, Lumpiang dan Tortang Talong dari Filipina sebagai makanan terbaik dari segi keenakannya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/12/150355pvvakw1xnvwmjcs6.jpgKredit Foto: Vocket



Petikan dari Beautifulnara, Bubur Ayam yang mendapat mata sebanyak 4.7 itu adalah satu pencapaian yang baik, tetapi untuk pilihan rakyat Malaysia iaitu nasi lemak, ianya hanya mendapat 3.9 mata sahaja dari pihak Food Atlas.


https://www.facebook.com/TasteAtlas/photos/a.1929025990666428/3190226901212991/?type=3

Difahamkan, Makanan yang berkongsi tempat dengan nasi lemak adalah Chilli Crab dari Singapura, ramai netizen Malaysia tidak setuju Nasi Lemak di tangga bawah dan menganggap pihak Taste Atlas di merasakan nasi lemak yang sebenar.


Difahamkan, makanan yang berkongsi tempat dengan nasi lemak adalah Chilli Crab dari Singapura yang juga meraih 3.9 mata sahaja.


Tambahan pula, ramai netizen Malaysia tidak setuju Nasi Lemak berada di tangga bawah dan menganggap pihak Taste Atlas tidak pernah merasakan nasi lemak yang sebenar.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/12/150622tc5phcjhbdhu5h55.pngkredit foto: Facebook



Malah, beberapa netizen dari luar negara mempersoalkan proses undian itu dibuat kerana nasi lemak adalah satu hidangan yang boleh dikatakan hampir semua suka dan tidak kira musim apa sekalipun, rakyat Malaysia pasti akan memilih Nasi Lemak sebagai makanan yang enak.



Apa kata anda? Nasi lemak sudah tidak dipandang lagi? - CARI

Mulotkoyak Publish time 12-3-2022 04:30 PM

Iols okay je memane… sbb iols bukan sejenis netizen indo yg akan maki hamun and claim itu ini. Im proud yo be malaysian. We are truly asian. Makanan sedap dan bersih dan pelbagai aneka.

makneng Publish time 12-3-2022 05:24 PM

Janji sedap sesuai tekak…balun..nak rate rat bagai ni letak tepi dulu.
Rindunya nak mkn padthai kat siam..

KirazMevsimi Publish time 12-3-2022 05:44 PM

betul betul setuju dengan komen kaka mulutkoyak dan makneng

kotakominami Publish time 12-3-2022 05:57 PM

Macam mane nak no.1 nasi lemak skang tak cukup sifat..ikan bilis takde....telor satu biji potong cincang....malu malu nak timbul....

Megikari Publish time 12-3-2022 08:04 PM

Yang sedap tu nasi lemak home cooked.. Kalau yang jual kat luar rata2 rasa macam nasik lemak kantin sekolah je

ladybugz Publish time 12-3-2022 09:57 PM

nasi lemak adalah combination bahan2 yg dimasak dgn sedap dan dimakan bersama2. kalau salah satu x sedap, mmg akan spoil rasa nasi lemak tu. biasa terjumpa sambal sedap tp nasi yg hambar. nasi dah sedap cukup lemak n rasa tp sambal pulak kureng. susah nk jumpa nasik lemak yg betul2 sedap. satu lagi, cara pembungkusan pun memainkan peranan, nasi lemak ni paling sedap dibungkus guna daun pisang. biarkan wap nasi tu bersatu dgn aroma daun pisang. sbb tu ranking rendah sbb susah nak jumpa nasi lemak original sedap. sekarang org dah start buat lauk2. i masih prefer nasi lemak bilis with telur rebus. the original. humble yet packed with flavour. tp baru2 ni i jumpa nasi lemak yg sgt sedap plus sambal sotong kembang tu. mmg terangkat sgt2 cuma agak pedas sikit. hari2 makan tu pun takpe.. heheh

imransulaiman Publish time 12-3-2022 11:02 PM

Sekarang ni nak cari nasi lemak yang betul-betul sedap memang susah. Kalau jumpa, memang akan melekat rasa tu pasti dicari...

MissVixen Publish time 13-3-2022 01:01 AM

Bubur nasik indon ni sedap. Bukan yang disediakan di hotel2 atau kedai mahal yang driver korang bawak. Tapi yang sedap tu dekat kedai2 kecik dan dorongan tu...macam2 topping indon letak. Memang sedap dan murah. Nasib tak baik, cirit birit la seminggu.
Nasi lemak pon sedap. Judges ni mungkin dapat nasi lemak kantin sekolah.

apalancut Publish time 13-3-2022 01:56 AM

nasi lemak sekarang rasa semakin sial sebab semua orang nak jual nasi lemak. nak jumpa yang berkualiti mmg susah. Kadang tu.. dapat nasi putih, sambal tumis jadi sambal bawang ceroi. kimak betol peniaga2 nasi lemak tak berkualiti nih.

Artemesiaa Publish time 13-3-2022 12:46 PM

Sebab mereka rasa Nasi Lemak yang tak sedap pasti tak sedap ratingnya.Zaman sekarang makin sukar nak dapat makan Nasi Lemak yang benar2 sedap melainkan masak sendiri.Ramai peniaga suka tukar bahan2 resepi asal untuk menjimatkan kos dan untung lebih dari jaga qualiti makanan yang dijual.Lagi pulak ada orang tekaknya benda tak sedap pun gigih juga nak beli tiap hari sebab dekat dengan kediaman atau tempat kerja.Malas nak bergerak jauh untuk dapat yang lebih berqualiti dan sedap.Sementara rata2 dari negara lain selalunya mereka masih tetap menjaga qualiti makanan yang dihidangkan bukan sekadar harap keuntungan.

Zack8hunter Publish time 13-3-2022 01:21 PM

TasteAtlas boleh tukar pada TasteLess.. btw, bubur nasi ni indon claim ke? bukan ke itu makanan zaman berzaman warga asia tak kisaj dr ceruk mana?

esbok Publish time 13-3-2022 03:35 PM

Nak celah sikit, nasi lemak pada aku, ada nasi lemak+sambal ikan bilis+kacang goreng+telur rebus+timun.

Kalau tnegok orang makan nasi lemak dengan lauk tambahan, nampak janggal di mata bok. Dah serupa makan tengah hari

Aikiko Publish time 13-3-2022 08:28 PM

Eleh ini berdasarkan undi netz or judges???
Klau judges musti dr neg.2 pornogoro jugak kan...
Makanan pinoy antr paling sedap celah tekakj sape nokk??

Aikiko Publish time 13-3-2022 08:30 PM

MissVixen replied at 13-3-2022 01:01 AM
Bubur nasik indon ni sedap. Bukan yang disediakan di hotel2 atau kedai mahal yang driver korang bawa ...

Iols rasa klau kategori bubur dari neg.kita is bubur lambuk
Yg ikan punya bukan campur daging
Very delicious
Klau demam, sakit tekak pun cari ini
Tapi taktaulah klau lambuk pun nnt kena claim, cam beselah

makadek Publish time 13-3-2022 08:37 PM

Knpa org buat sambal sik lemak kena manis mcm gulaaa tk paham aku

incess.my Publish time 13-3-2022 09:30 PM

Baik nasik lemak, bubur Indonesia ni, yg sedap kalau jual kat gerobak je, kalau dah masuk restoran, hampeh jek

jijilaaa Publish time 16-3-2022 06:16 PM

lantak la di tangga keberapa pun. janji kat tekak aku sedap. paling suka nasi lemak bundle kat pekan jitra. rm 1. ayam besaq nasi banyak. sknag tak tau la harga berapa. tp kalau ak balik sana mmg ku hangkut berplastik2.
Pages: [1]
View full version: Bubur Ayam Indonesia Antara Makanan Terbaik Asia Tenggara, Kalah Nasi Lemak!


ADVERTISEMENT