Cintaerina Publish time 12-3-2022 12:45 PM

"Saya Ni Menyusahkan, Baik Mati" – Ramai Sebak Baca Pengakuan Anak Angkat Didera

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/12/113218a2kxdtfm2kmkfxu2.pngSumber: Google Image




Kita semua membesar dengan cerita-cerita seperti Cinderella atau Bawang Merah dan Bawang Putih. Kadang-kadang, kita tertanya-tanya wujudkah ibu angkat yang sanggup mendera anak angkat mereka?


Selalunya, orang yang mengambil anak angkat ini berhati mulia kerana dia mampu untuk memberi kasih-sayang kepada anak yang bukan dari darah dagingnya sendiri. Tapi cerita ini sebaliknya pula.


Baru-baru ini, Fedtri Yahya iaitu pengacara Malaysia Hari Ini berkongsikan satu kisah sedih di Twitter. Cerita itu mengisahkan seorang individu yang menceritakan penderitaannya sepanjang menjadi anak angkat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/12/113316ruujqov3mfdkbbm9.pngSumber: Twitter Fedtri Yahya




Menurut individu ini, dia telah diambil sebagai anak angkat sejak kecil lagi kerana ibu angkatnya itu tiada rezeki untuk mengandungkan darah dagingnya sendiri.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/12/113219ize5qd1drpuned4d.jpgSumber: Google Image







Namun, sejak kecil lagi dia telah dipukul dan didera dengan teruk oleh ibu angkatnya. Semua hanya kerana dia bertanya ataupun tersalah buat sesuatu.


Tak cukup dengan penderaan fizikal, individu ini juga mengatakan dia sering kali diherdik dan dihina dengan kata-kata kesat seperti babi dan anak haram.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/12/113532eo5b1rda5ieq2v6o.jpgSumber: Google Image







Lebih menyedihkan, dia juga dipaksa ibu angkatnya itu untuk membuat loan bagi membeli sebuah rumah sebagai balasan kerana wanita itu telah berkorban untuk membesarkan dirinya sejak dari kecil.


Individu yang tidak mendedahkan namanya ini turut mengatakan bahawa dia rasa sangat terkilan kerana diperlakukan sekejam ini sejak dari kecil selepas ditinggalkan ibu kandungnya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/12/113216vx190c1jmfkfkk0x.pngSumber: Twitter Fedtri Yahya







Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati mereka ke atas nasib yang menimpa individu ini. Selain itu, mereka juga nasihatkan supaya individu ini tidak mengikut cakap ibu angkatnya untuk mengambil pinjaman semata-mata untuk membeli rumah dan meminta agar meninggalkan keluarga angkatnya untuk mencari sinar bahagianya sendiri. - CARI

Meiizu Publish time 12-3-2022 01:00 PM

Mohon setad setazah memberi sepatah dua kata...

Meiizu Publish time 12-3-2022 01:01 PM

Alangkan ibu kandung pun dera anak sampai matiq

Mulotkoyak Publish time 12-3-2022 04:40 PM

Lelaki ke pompuan ni rasenye?

Buritan Publish time 12-3-2022 05:48 PM

Mcm hasanah pun ado.. kawan aku amik anak angkat.. tiap tiap bln jkm mai cek.. ade parut tak.. tanye ok tak duk sini..

LostStar Publish time 12-3-2022 10:24 PM

Daku percaya cerita sebegini.. makcik daku bela anak angkat.. sama la.. meratib anak haram anak babi ke budak Tu dari kecik smpi besaq.. penderaan kaw2.. sampai kan masa Tu daku nak jek bg duit ke dia suh larik dari rumah.. sadissss.. tp budak Tu sejenis yg tak nak lari rumah taw.. duk la congok knon kenang budi.. yg makcik daku ni plak dpn laki dia kemain baik budi pekerti layan anak angkat.. udah cukop jek 18 tahun.. hbs spm.. makcik daku kahwin kan dia dgn cikgu pencen.. yg btl2 baru pencen tahun Tu.. time tu makcik daku ni kikis kaw2 kat cikgu pencen tu.. pahtu depa pindah Terengganu.. igt Selamat? Tak lagi ea adek2… makcik daku asyk la ulang alik sana paw dorg laki bini.. smpi laki Tu meninggal.. sudahnya anak angkat dia ni nk balik la umah mak angkat dia balik kan.. tak d bagi ea suh cari laki utk kawen.. yg tak fhm ni anak angkat dia ni pehal bengap naw..

ladybugz Publish time 12-3-2022 10:27 PM

setahu i tak semua tempat jkm akan pergi lawat anak angkat ni. ada yg lepas selesai pengangkatan, terus jkm x ambik pot dah. so, dlm kes ni i rasa jkm x de dtg cek ke ape? sedihnya dgr kisah dia ni. i ada dengar juga ada parents yg ambil anak angkat waktu kemurungan x dpt anak, bila dah ambil anak angkat termengandung terus anak angkat td dah lain layanan nya. sgt kejam bg i. entah2 doa anak angkat tu buat diorg dikurniakan zuriat sendiri. jgnla seksa anak2 tak kira lag kandung atau tidak, semuanya amanah dari Allah.

Gomea Publish time 13-3-2022 12:00 AM

LostStar replied at 12-3-2022 10:24 PM
Daku percaya cerita sebegini.. makcik daku bela anak angkat.. sama la.. meratib anak haram anak babi ...

Ape tujuan awal dia ambik anak angkat? Kalau tak sayang kenapa ambik budak tu?

MissVixen Publish time 13-3-2022 12:56 AM

Ramai ambik anak angkat dengan harapan dapat anak darah daging sendiri sebab bantu orang susah... Akhirnya anak angkat tu diabaikan bila dah ada zuriat sendiri. Budak tu pulak dimaki2 dan dilayan berbeza.. kalau budak tu anak luar nikah, mesti akan diungkit2 kalau apa2 jadi. Jahat dan kejam manusia ni. Aku pon masih ttc... Ada orang suruh ambik anak angkat, memang aku tak nak. Kesian dia kalau aku x mampu sayang macam anak sendiri.

Artemesiaa Publish time 13-3-2022 12:38 PM

Ramai je anak angkat senasib denganya.Time JKM datang semua yang indah2 ditunjukan.Belakang bukan peduli sangat pun.Nak2 sekolah pun jenis tak berapa pandai selalu tak sihat rupa pun kurang makin heran tak heran jadinya.Ambil dulu mungkin bukan benar ikhlas nak jaga tapi mungkin untuk nak tutup mulut keliling dari mengata.

vee_zara Publish time 13-3-2022 02:23 PM

MissVixen: Ramai ambik anak angkat dengan ...
Memang tak perlu. Lagi2 kalau umur u muda. Masih ada peluang untuk mengandung.
This is real story, my fren 6 tahun kwen tak dapat anak, then dia amik anak angkat, turn out bila besar muka anak dia mcm cina. Lepas tu dia amik lg sorang.. mcm indon pulak anaknya.. then after 8 years kawen dia mengandung juga. Dapat la baby boy. Yg ni mmg muka depa laki bini cam mamak2 sikit. Skrg pun tgh ngandung anak yg kedua.. bila jalan2 org tanya ni anak ke..sebab muka 3 anak2 lain bebenor.. dah stress nak explain plak pada org luar.

matjerk Publish time 13-3-2022 05:55 PM

Eh tapi ostad wadi anuar kata kena bagi kat mak duit bulan2..baru hidup berkat.

matjerk Publish time 13-3-2022 05:57 PM

Kepada si mangsa.. x perlu lah kau peduli pada mak2 ni... x kira mak angkat or mak kandung...

Bawak lah kehidupan sendiri... cut segala hubungan dgn keluarga angkat tu.... x payah berhubung lagi.... bina kehidupan sendiri... anggap mereka tidak wujud lagi..

eyansss Publish time 13-3-2022 06:00 PM

aku pissed of betul baca ni...ko tau tak bila ko bela anak angkat, rezeki datang banyak gila dalam macam2 cara...sesilap ko mengandung tu pun sebab anak angkat ko...aku dapat mengandung sebab masa anak sulung aku tanya kenapa dia takde adik masa umiur dia 4 tahun...aku suruh dia doa kat Allah...dia bersungguh doa sambil cium perut aku banyak kali...3 monts after aku pregnant hasil doa tulus seorang anak kecil...

yes, dugaan bela anak angkat memang lain tapi bila ko cintakan anak tu seumpama anak sendiri, ko akan dapat atasi segalanya...

eyansss Publish time 13-3-2022 06:03 PM

matjerk replied at 13-3-2022 05:55 PM
Eh tapi ostad wadi anuar kata kena bagi kat mak duit bulan2..baru hidup berkat.

ajaran melayu yang cakap anak ni investment masa tua...padahal investment di alam sana, provided ko asuh betul la anak ko tu...

LostStar Publish time 13-3-2022 08:34 PM

Gomea replied at 13-3-2022 12:00 AM
Ape tujuan awal dia ambik anak angkat? Kalau tak sayang kenapa ambik budak tu?

Kesahnya anak dia seketoi ja.. pahtu pakcik daku amek budak tu.. buat anak angkat.. tup2 bela budak tu 2-3 tahun mkck daku mengandung.. dpt anak.. start tu la budak tu kne dera..

Lily_Elizabeth_ Publish time 14-3-2022 06:20 AM

Pesan dgn kawan U akan murah rezeki jaga anak anak angkat dua orang itu. Amin. Rupa itu doesnt matter. Janji sihat dan berbudi.

chilly Publish time 14-3-2022 06:47 AM

Cerita macam ni pernah jadi dekat orang yang aku kenal. Sama penderitaan yang dialami dengan cerita ni. Meninggal dah pun budak tu. Bunuh diri. Kesian.

Mak aku pon melalui keadaan yang sama. Scar dia membawak ke tua. Kesian mak aku.

kakakko Publish time 14-3-2022 10:47 AM

Bila baca rasa macam drama semata tapi tulah drama pun created based on reality kan. Kesian betul anak angkat tu.. Kalau dah besar pandai2lah bawa diri. Jarak2kan lah diri dengan mak angkat toxic tu.

anony-mous Publish time 14-3-2022 12:42 PM

Xsyg ke anak tu bela dari kecik kot. I rasa org2 mcm ni kalau ada ank sendiri pon sama je. Kena jugak pukul, kena jugak maki. At least ank angkat kalau lari, x berdosa pasal tu mak angkat jah. Yg ank kandung ni, sikit2 kena ugut “aku doa ko masuk neraka”
Pages: [1] 2
View full version: "Saya Ni Menyusahkan, Baik Mati" – Ramai Sebak Baca Pengakuan Anak Angkat Didera


ADVERTISEMENT