Rockafella Publish time 12-3-2022 01:05 AM

'Akak boleh bercakap dengan orang yang dah meninggal kan?'

Edited by Rockafella at 12-3-2022 01:08 AM



Hi, selamat malam. Hari ini saya nak berkongsi cerita. Terpulanglah sama ada nak kata cerita saya ini tak masuk akal atau sebaliknya. Tetapi inilah yang terjadi di antara saya dengan seorang sahabat yang mungkin akan terbaca perkongsian ini.

Ceritanya begini:

Satu hari itu, kawan saya tiba-tiba datang bertanya kepada saya, "Kak, kakak boleh bercakap dengan orang yang sudah meninggal, kan?"

Ya, saya memang ada kelebihan ini sebenarnya tetapi bercakap atau panggil orang yang sudah tiada di dunia ini belum pernah dicuba. Kalau bercakap dengan suara ghaib, itu saya pernah lakukan.

Kawan saya cerita bahawa ada seorang sahabat lelaki iaitu satu sekolah dengannya, baru-baru ini telah meninggal dunia. Yang sedihnya sebelum lelaki itu meninggal, diorang ada bersembang dalam aplikasi chat. Tetapi di hujung chat itu macam tergantung sebab lelaki itu terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia.

Jadi, kawan saya ini beritahu pagi itu dia seperti terdengar orang bermain bola keranjang di luar rumah dia. Di tempat kerja pula, barang secara tiba-tiba terjatuh sendiri dan hal ini berlaku di depan matanya. Barang yang terjatuh itu seperti ada tangan yang sengaja menjatuhkannya.

Jadi, dia bertanya kepada saya, adakah dia menjadi seperti itu kerana terkesan dengan pemergian sahabatnya sehingga terdengar bunyi pelik di luar rumahnya? Katanya, sahabat dia itu dulu pemain bola keranjang semasa di sekolah.

Oleh kerana masa itu saya agak sibuk, jadi saya beritahu dia "Nanti kita buat". Dalam kesibukan bekerja itu, saya terdengar seperti ada suara lelaki menangis. Tetapi saya tidak terfikir yang itu adalah roh sahabat saya. Saya tanya, mengapa kau menangis? Roh itu tidak menjawab, dia hanya menangis sahaja. Saya abaikan tetapi saya rasa dia sebenarnya mahu berhubung secara bertentangan mata.

Bila saya rasa seperti itu, saya bertanya kepada kawan saya tentang kehidupan lelaki itu semasa hidup. Memang banyak cerita yang sedih dan paling menyedihkan, roh ini banyak menangis.

Saya menjadi penghubung di antara kawan saya dan roh sahabatnya. Seperti dia duduk di sebelah saya sambil bercerita. Banyak yang dia mahu cerita, tetapi saya tidak dapat dengar. Hanya bila kawan saya bertanya soalan, baru saya dapat baca apa yang roh sahabatnya itu cakap dan sampaikan kepada kawan saya.

Dalam satu hari itu, roh sahabat kawan saya 'melawat' dia. Kalau tak bercerita, dia akan berdiri di sebelah kawan saya sambil memerhatikan dia buat kerja. Dalam masa sama roh itu ada beritahu yang dia nak 'balik'. Tetapi setiap kali itu juga dia akan menangis dan saya terpaksa memujuk dia.

Untuk menghantar roh sahabat kepada kawan saya ini, saya buat upacara yang memang saya sendiri tidak terfikir pun. Disebabkan connection batin saya dengan roh amat dekat, saya gunakan badan saya jadi perantara.

Di satu sudut, saya dan kawan saya duduk bertafakur. Tiba-tiba badan saya bergegar, saya menangis. Memang saya sedar pada waktu itu tetapi tidak dapat melakukan apa-apa. Saya menangis dan meraung seperti lelaki dewasa yang menangis, bercucuran air mata sehingga membasahi muka.

Kawan saya pun turut menangis sebab dia tahu roh sahabatnya ini akan balik. Dia peluk saya seperti memeluk sahabatnya. Roh itu sempat memanggil nama kawan saya dengan bahasa roh yang saya terjemahkan begini,

"Saya balik dulu. Sampai jumpa lagi.."

Selepas selesai upacara itu, saya terbangun dan melihat mata kawan saya kemerah-merahan kerana menangis.

Tidak lama selepas itu, saya terdengar ada suara yang memberitahu saya, kalau saya buat upacara itu lagi, umur saya dipendekkan. Ya, sebab saya sudah dikira mencampuri urusan antara orang yang hidup di dunia dengan orang yang sudah pergi buat selamanya.

Keesokkan harinya saya sakit. Tetapi memang perkara biasa bagi saya kalau terlampau menggunakan kelbihan itu, lebih-lebih lagi kalau terlalu banyak menggunakan tenaga. Setakat ini hanya dua kali sahaja saya pernah memanggil roh yang telah meninggal dunia. Bezanya, orang yang baru meninggal dunia lebih senang dipanggil berbanding yang telah lama pergi. Kejadian itu juga membuatkan saya serik sebab selepas buat, saya terus jatuh sakit.

Ada part yang saya rasa lucu. Keesokkan harinya saya terdengar suara perempuan pula menangis. Macamlah saya tidak tahu yang itu adalah suara cik pon menangis. Entah apa yang dia mahu, macam minta puji pula. Malas nak layan.

Sumber: Tidak Diketahui
cc: @trexxxxxi


musangbodoh Publish time 12-3-2022 11:24 AM

aku rasa paham tp buat2 paham je....ehh blur jap....

btw..............nice share{:thumbo

Rockafella Publish time 12-3-2022 11:26 AM

musangbodoh replied at 12-3-2022 11:24 AM
aku rasa paham tp buat2 paham je....ehh blur jap....

btw..............nice share

Asalnya dalam bahasa Sabah. Tak translate nanti lagi tak faham. Hahaha! :lol:

umisha Publish time 12-3-2022 02:20 PM

Roh tu menangis sbb apa?
Cerita tak habis lagi?

Rockafella Publish time 12-3-2022 02:23 PM

umisha replied at 12-3-2022 02:20 PM
Roh tu menangis sbb apa?
Cerita tak habis lagi?

Cerita dah habis. Roh menangis sebab dah mati dan tak dapat nak borak dengan kawan dia yang masih hidup tu kot.

Matpon Publish time 15-3-2022 12:03 PM

ooo..bagus cerita ni..sebelum ni ada juga tgk drama yg menceritakan kisah benar..syok dulu pernah tgk cerita Farid kamil berlakon yg pergi ke alam bunian

Tinot7 Publish time 16-3-2022 04:22 AM

Cikpon nanes sbb nak minta dipuji... tak klakar pun..

raihaneem Publish time 17-3-2022 09:32 AM

Menarik kisah ni. Teringat cerita apa ntah..lebih kurang mcmni

Dan..teringat cerita sell your haunted house

Rockafella Publish time 17-3-2022 12:52 PM

Tinot7 replied at 16-3-2022 04:22 AM
Cikpon nanes sbb nak minta dipuji... tak klakar pun..

Tak kelakar? Perlu ke rasa kelakar? Di mana keperluan untuk rasa kelakar? Tak faham.

Buat penat je post thread seram, dia comment camni.

Tinot7 Publish time 17-3-2022 01:02 PM

Rockafella replied at 17-3-2022 12:52 PM
Tak kelakar? Perlu ke rasa kelakar? Di mana keperluan untuk rasa kelakar? Tak faham.

Buat penat...

lorr.. jgn la mcm nih.. muacks ciked...
iols ok jahh baca.. isi masa lapang.. jgn kecik hati sgt dgn komen2 iols..

Rockafella Publish time 17-3-2022 01:05 PM

Tinot7 replied at 17-3-2022 01:02 PM
lorr.. jgn la mcm nih.. muacks ciked...
iols ok jahh baca.. isi masa lapang.. jgn kecik hati sgt...

Penat, penat hadap kelahanatan lela rentaka anak ayam.

Tinot7 Publish time 17-3-2022 01:08 PM

Rockafella replied at 17-3-2022 01:05 PM
Penat, penat hadap kelahanatan lela rentaka anak ayam.

sabor.. sabor.. bawak bertenang.. dia wat pe kat hang? meh story

Rockafella Publish time 17-3-2022 01:12 PM

Tinot7 replied at 17-3-2022 01:08 PM
sabor.. sabor.. bawak bertenang.. dia wat pe kat hang? meh story

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1161229&extra=page%3D1&page=97

Tinot7 Publish time 17-3-2022 01:19 PM

Rockafella replied at 17-3-2022 01:12 PM
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1161229&extra=page%3D1&page=97

cer jgn layan dia sgt, voley tak?
teyuk sgt ka komen dia? jgn terasa sgt.. deme berjemaah buli hang ka?

Rockafella Publish time 17-3-2022 01:20 PM

Tinot7 replied at 17-3-2022 01:19 PM
cer jgn layan dia sgt, voley tak?
teyuk sgt ka komen dia? jgn terasa sgt.. deme berjemaah buli han ...

Saya sudah cakap tadi kan? Lagi mau cerita sini ka auntie?

Tinot7 Publish time 17-3-2022 01:30 PM

Rockafella replied at 17-3-2022 01:20 PM
Saya sudah cakap tadi kan? Lagi mau cerita sini ka auntie?

nah.. hugzz..
https://c.tenor.com/DxMIq9-tS5YAAAAM/milk-and-mocha-bear-couple.gif

jgn kecik ati sgt.. hang dok bod nih jahh..

Rockafella Publish time 17-3-2022 01:52 PM

Tinot7 replied at 17-3-2022 01:30 PM
nah.. hugzz..




Tak nak. Berhenti je la lagi baik.

chikumanis Publish time 17-3-2022 02:50 PM

kisah ni macam me pernah kena dulu. kalau panggil roh org mati masuk dalam badan org hidup, kita panggil menurun.

masa tu me tengah berubat. makcik A duduk sebelah me n ada sorang lagi makcik B duduk dekat hujung kaki. dia takde usik atau sentuh kaki pun. tengah² berubat tu, makcik B tetiba bertukar suara jadi lelaki tua yg garau. me terus terbangun. tengok je diorg berdialog antara my parents dengan makcik B. tp masa tu rumah kena tutup lampu la. masa duk berdialog tu, mata makcik B tu tertutup. bila je dia cakap, aku sayang dia (me), dia buka mata, merah biji mata dia.

masalahnya, me terkejut tapi tak bergerak. me tengok je muka dia kot dia bertukar pakai contact lens kalerful tu kan tp sebab gelap, nampak cahaya merah je lah. lepas tu, sebelum habis, me dengar dekat sebelah me macam ada org berbisik, belum habis lagi. me pandang makcik A, makcik A pandang me.

ni kes saka turun termurun..

chikumanis Publish time 17-3-2022 02:51 PM

baca kisah ni memang paham sangat sakit dia macamana lepas menurun tu..

Rockafella Publish time 17-3-2022 02:57 PM

chikumanis replied at 17-3-2022 02:51 PM
baca kisah ni memang paham sangat sakit dia macamana lepas menurun tu..

tapi bila part suara tiba2 jadi garau tu. kalau aku berdepan dengan situasi ni, aku tampar cukup2 biar dia sedar.
Pages: [1] 2 3
View full version: 'Akak boleh bercakap dengan orang yang dah meninggal kan?'


ADVERTISEMENT