Vellfire Publish time 11-3-2022 11:53 PM

Remaja tersangkut di pokok ketika mahu selamatkan kucing

https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2022/03/WhatsApp-Image-2022-03-11-at-18.25.09-2.jpeg

INDIANAPOLIS: Seorang remaja yang memanjat pokok di sebuah taman kerana hendak menyelamatkan seekor kucing yang dilihatnya bertenggek di dahan akhirnya tersepit di pokok berkenaan dan terpaksa meminta bantuan pasukan penyelamat, lapor pegawai.
Remaja berusia 17 tahun itu yang dikenali sebagai Owen, berada di Taman Holliday apabila dia melihat kucing itu dan memutuskan untuk menyelamatkannya dengan memanjat setinggi 35 kaki, kata Jabatan Bomba Indianapolis dalam kenyataan media.
Menurut pihak bomba seperti dipetik AP, Owen tidak menghadapi masalah memanjat pokok tersebut, namun dia tidak dapat turun dari pokok tersebut kerana posisinya tidak memudahnya berbuat demikian.
Pihak bomba menggunakan tali untuk menurunkan Owen dengan selamat ke tanah kira-kira dua jam kemudian.
Remaja itu diperiksa doktor, didapati hanya mempunyai sedikit kesan calar dan diserahkan kepada ibu bapanya, manakala kucing itu kekal bertenggek di atas pokok tersebut.
Pegawai bomba memberitahu kucing itu tidak menunjukkan hasrat atau niat untuk turun dari pokok sepanjang kekecohan menyelamatkan Owen.
Malah, pemiliknya dikatakan meminta bantuan syarikat persendirian membawa kucingnya turun dari pokok, lapor AP.
https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2022/03/WhatsApp-Image-2022-03-11-at-18.25.09-1-768x512.jpeg

sarawakvoice.com/2022/03/11

musangbodoh Publish time 12-3-2022 11:26 AM

errr skrg siapa yg salah sebenonye?

kucing?
owen?
bomba?
pokok yg salah...............{:runo
Pages: [1]
View full version: Remaja tersangkut di pokok ketika mahu selamatkan kucing


ADVERTISEMENT