Cintaerina Publish time 11-3-2022 05:13 PM

Mesin Scan Suhu Terlalu Tinggi, Murid Angkat Sendiri Bikin Netizen Ketawa

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/11/170205pos0hopfo0wfooc7.pngSumber: Tiktok Tapa Son




Sudah hampir 3 tahun sejak pandemik COVID-19 berlaku. Ternyata rutin harian kita pun telah berubah dari segenap aspek dalam kehidupan. Budaya norma baharu telah mengajar kita untuk sentiasa memakai pelitup muka dan kita juga terbiasa mengambil bacaan suhu di mesin termometer semasa memasuki mana-mana premis.


7073264811395534106






Baru-baru ini, viral satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Tapa Son. Menerusi video tersebut, kelihatan seorang murid tadika tidak 'sampai' untuk meletakkan dahinya di hadapan mesin pengimbas suhu sewaktu ingin masuk ke tadikanya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/11/170332xyyllyle4svvz24o.jpgSumber: Twitter Lawak Asia









Gara-gara tidak berapa tinggi untuk scan dahinya di mesin tersebut, murid perempuan itu secara spontan terus mengangkat mesin pengimbas suhu berkenaan sebelum diletakkan tepat ke arah dahinya sendiri.


Ketika itu, ada dua orang guru yang berada di kaunter tersebut. Belum sempat untuk menolong murid perempuan tersebut, terus cikgu-cikgu berkenaan ketawa berdekah-dekah kerana melihat gelagat lucu yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu. Kini, video itu telah meraih sebanyak 2.5 juta tontonan warga Tiktok.


Ternyata, begitu ramai netizen yang terhibur melihat gelagat murid tadika itu. Ada juga netizen yang boleh relate dengan situasi itu kerana dilahirkan berketinggian sederhana. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/11/170204ixtwkl8nrmxf0two.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/11/170203ooxi5xaq5jm3dodj.png

Sumber: Tiktok Tapa Son






Jijoli Publish time 12-3-2022 12:02 AM

Scan kat tangan boleh je kan

Mulotkoyak Publish time 12-3-2022 01:56 AM

Jijoli: Scan kat tangan boleh je kan sape ajar hg scan kat tgn...? Mesti sains fail kan dlu...

Artemesiaa Publish time 12-3-2022 11:55 AM

Simpan je ler mesin tu dah tak diperlukan pun sekarang ni buat susah bebudak je

Gomea Publish time 12-3-2022 11:47 PM

Aku tgk mesin tu sama tinggi je dengan budak tu.

caca_eric Publish time 15-3-2022 01:29 AM

Gomea replied at 12-3-2022 11:47 PM
Aku tgk mesin tu sama tinggi je dengan budak tu.

Sama je tinggi dgn dahi budak tu
Sampai skrg tak faham

jijilaaa Publish time 16-3-2022 06:01 PM

alah comel nya...
Pages: [1]
View full version: Mesin Scan Suhu Terlalu Tinggi, Murid Angkat Sendiri Bikin Netizen Ketawa


ADVERTISEMENT