CARI-MAL Publish time 11-3-2022 03:08 PM

Sampai Koyak Baju Dibelasah Isteri Dengan Topi Keledar

Aksi pertengkaran antara seorang lelaki dan wanita dipercayai pasangan suami isteri tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan si suami dipukul dengan topi keledar sehingga bajunya koyak, lapor laman Berita Hits.


Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di wilayah Jawa Tengah itu, mereka dilihat sedang berdiri di tepi sebatang jalan bersebelahan sebuah kawasan sawah padi.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/11/150802tjpgepj5e5dij9ds.jpgKredit foto: IG Kabar Negri




Wanita berkenaan memegang sebuah topi keledar sebelum menghayunnya ke badan lelaki itu.


Lelaki itu tidak melawan, sebaliknya hanya cuba mengelak daripada dipukul dengan menepis menggunakan tangannya.


Wanita berkenaan bagaimanapun tidak mengendahkan keadaan itu dan terus membelasah lelaki tersebut menggunakan topi keledar pada anggota badan yang lain.




https://www.instagram.com/p/Ca42XTap6h5


Video tersebut dirakam oleh seorang pemandu lain dari dalam keretanya yang kebetulan melalui kawasan tersebut ketika itu.


Sehingga kini, tiada sebarang penjelasan mengenai punca pertengkaran mereka.




Sumber: Kosmo

CiliPadiSedap Publish time 11-3-2022 03:41 PM

friska dah pandai guna helmet. moga suami madu jusa c minus tidak mengalami kecederaan serius

ezacbee Publish time 11-3-2022 04:01 PM

Keganasan rumah tangga :shakehead3:

clarizsa Publish time 11-3-2022 04:13 PM

Laki tu masih sayang la tu sbb tu dia tepis je
Kalau laki tu meluat mmg lunyai ppuan tu
Haish kalau marahkan laki sndri pun janganlah smpai mencederakan

Jitu Publish time 11-3-2022 04:26 PM

wartawan Cari suka sangat cerita dr indon bawak masuk forum
hari2 layan sinetron ke ni ;P

Artemesiaa Publish time 12-3-2022 12:02 PM

Mesti kes kantoi ada scandal sebab tu lakinya membatukan diri tahu bersalah
Pages: [1]
View full version: Sampai Koyak Baju Dibelasah Isteri Dengan Topi Keledar


ADVERTISEMENT