Vellfire Publish time 10-3-2022 08:40 PM

Sotong prasejarah diberi nama ‘Biden’ sempena Presiden AS

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/03/Squid-biden.jpg

WASHINGTON – Satu fosil sotong zaman prasejarah yang berusia 328 juta tahun diberi nama Syllipsimopodi Bideni bersempena dengan nama Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.
Syllipsimopodi Bideni adalah dalam keluarga cephalopod tertua yang diketahui iaitu sekumpulan haiwan marin seperti sotong.
Ia kelihatan agak berbeza kerana mempunyai sepuluh sesungut berbanding lapan yang dimiliki oleh sotong biasa.
Menurut pasukan saintis di Muzium Sejarah Alam New York, tambahan sesungut akan menjadikan Syllipsimopodi Bideni pemangsa yang lebih cekap.
Pengarang utama kertas saintifik, Dr. Christopher Whalen berkata, nama makhluk itu diambil sempena nama Biden kerana Presiden AS itu lantang bersuara menentang perubahan iklim antropogenik.
Makhluk yang hidup sebelum dinosaur terawal itu sebelum ini ditemui di Mississippian Bear Gulch, Montana yang merupakan salah satu tapak fosil yang paling terpelihara di dunia.
Ia digelar sotong puntianak primitif kerana mereka menghisap darah menggunakan lipatan tisu gelap yang dianggap menyerupai jubah Drakula. – Agensi

kosmo.com.my/2022/03/10
Pages: [1]
View full version: Sotong prasejarah diberi nama ‘Biden’ sempena Presiden AS


ADVERTISEMENT