seribulan
Publish time 11-4-2022 11:50 AM
dellashrill replied at 11-4-2022 10:41 AM
semalam saya gantung periuk sebab berbuka di rumah MIL. balik rumah SIL dan abang temankan parent...
Sedap sedap tu :D
Sini sekut Raya pun ada ;P
seribulan
Publish time 11-4-2022 11:56 AM
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA11 APRIL 2022PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 10 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
[*]Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Dua (2) negeri iaitu WP Putrajaya (100%) dan Selangor (53%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
[*]Katil Bukan ICU: Satu (1) negeri iaitu WP Putrajaya (59%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
[*]Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
[*]Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 110 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 13%.
https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/04/image-43.png?w=961
https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/04/image-44.png?w=952
Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/04/image-45.png?w=964
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.Pada 10 April 2022, sebanyak 382 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
[*]167 kes (43.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
[*]215 kes (56.3 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/04/image-46.png?w=961
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 10 April 2022:
[*]Kes sembuh: 15,765 kes ;
[*]Kes baharu: 8,112 kes (4,325,818 kes kumulatif);
[*]Kes import: 25 kes ;
[*]Kes tempatan: 8,087 kes ;
[*]Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 174 kes (88 kes disahkan COVID-19; 86 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
[*]Kes memerlukan bantuan pernafasan: 110 kes (50 kes disahkan COVID-19; 60 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19Daripada 8,112 kes harian yang dilaporkan pada 10 April 2022:
[*]Kategori 1: 3,772 kes (46.50%);
[*]Kategori 2: 4,284 kes (52.81%);
[*]Kategori 3: 29 kes (0.36%);
[*]Kategori 4: 10 kes (0.12%); dan
[*]Kategori 5: 17 kes (0.21%).
Daripada 56 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 10 April 2022:
[*]17 kes (30.36%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
[*]21 kes (37.50%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
[*]18 kes (32.14%) telah menerima dos penggalak (booster);
[*]33 kes (58.93%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
[*]38 kes (67.86%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
[*]Jumlah kluster: 6,950 kluster;
[*]Jumlah kluster baharu: 1;
[*]Jumlah kluster yang telah tamat: 6,820 kluster; dan
[*]Jumlah kluster aktif: 130 kluster.
NILAI RTPerincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 10 April 2022
NEGERINILAI RT
Selangor0.91
Negeri Sembilan0.83
Terengganu0.82
Johor0.80
Melaka0.79
Perak0.79
WP Kuala Lumpur0.78
WP Labuan0.76
Sarawak0.75
Pahang0.75
Sabah0.72
Perlis0.71
Kedah0.70
Pulau Pinang0.69
Kelantan0.66
WP Putrajaya11 cases
MALAYSIA0.82
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
[*]Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
[*]Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
[*]Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
[*]Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
[*]Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
[*]Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
[*]Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
[*]Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.Sekian, terima kasih.TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAHKETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA11 April 2022 @ 10.00 pagiLampiran 1Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam
dellashrill
Publish time 11-4-2022 12:38 PM
seribulan replied at 11-4-2022 11:50 AM
Sedap sedap tu
Sini sekut Raya pun ada
meriah meriah..
seribulan
Publish time 11-4-2022 01:09 PM
dellashrill replied at 11-4-2022 11:38 AM
meriah meriah..
Nanti tepek yg hari ni lak :D cdg nak beli mini murtabak & roti john...ayo jagung & tebu...
farhana008
Publish time 11-4-2022 08:11 PM
seribulan replied at 10-4-2022 08:59 PM
Ada hari tu nampak stall jual...nyesal x beli...lupa stall tu kat mana
kalau hari2 biasa mmg tak teringin pun. masa bulan puasa lah tekak teringin:sweat3:
farhana008
Publish time 11-4-2022 08:13 PM
seribulan replied at 10-4-2022 09:00 PM
Hotel saya sebelahnya kedai buah...hari2 borong pic dgn cherry...boh dlm mini fridge kat bilik :lo ...
jus kat sana pun saya suka. beli boh dalam peti ais:)
seribulan
Publish time 11-4-2022 08:14 PM
farhana008 replied at 11-4-2022 07:11 PM
kalau hari2 biasa mmg tak teringin pun. masa bulan puasa lah tekak teringin
Voilaaa...seri mukaaa :loveliness:
seribulan
Publish time 11-4-2022 08:15 PM
farhana008 replied at 11-4-2022 07:13 PM
jus kat sana pun saya suka. beli boh dalam peti ais
Haah...hari ni jus ayo nyo :laugh3:
farhana008
Publish time 11-4-2022 08:19 PM
ipes2 replied at 11-4-2022 04:29 AM
taraweekh dekat mana semalam
tarawekh kat rumah jah tuan. bagaimana puasa di uk? waktu tarawekh mula pukul berapa di sana?
farhana008
Publish time 11-4-2022 08:24 PM
seribulan replied at 11-4-2022 09:25 AM
alhamdulillah dah berkurangan...
semalam dapat berita anak sedara yg kat asrama positif dan hari ni mak nya pula positif :( . ada pula anak kecik yg umur 3 bulan :L
farhana008
Publish time 11-4-2022 08:25 PM
seribulan replied at 11-4-2022 08:14 PM
Voilaaa...seri mukaaa
ni pun favorit juga ni:$
seribulan
Publish time 11-4-2022 08:25 PM
farhana008 replied at 11-4-2022 07:24 PM
semalam dapat berita anak sedara yg kat asrama positif dan hari ni mak nya pula positif. ada p ...
Oloh...MRSM Muor tutup dah kan :funk:
farhana008
Publish time 11-4-2022 08:26 PM
seribulan replied at 11-4-2022 08:15 PM
Haah...hari ni jus ayo nyo
saya suka air kelapa gula merah atau plain. kalau boleh nak yang banyak isi. hehe.
seribulan
Publish time 11-4-2022 08:26 PM
farhana008 replied at 11-4-2022 07:25 PM
ni pun favorit juga ni
Ni lak kuih lapis purpleeee :loveliness:
seribulan
Publish time 11-4-2022 08:33 PM
farhana008
Publish time 11-4-2022 09:59 PM
seribulan replied at 11-4-2022 08:25 PM
Oloh...MRSM Muor tutup dah kan
tak pasti pula kena tutup. ingatkan kes tak banyak:funk:
farhana008
Publish time 11-4-2022 10:00 PM
seribulan replied at 11-4-2022 08:26 PM
Ni lak kuih lapis purpleeee
banyak yong beli kuih. saya yg tengok pun dah teringin.
seribulan
Publish time 11-4-2022 10:07 PM
farhana008 replied at 11-4-2022 08:59 PM
tak pasti pula kena tutup. ingatkan kes tak banyak
Kuar Buletin TV3 semalam, kome :funk:
seribulan
Publish time 11-4-2022 10:08 PM
farhana008 replied at 11-4-2022 09:00 PM
banyak yong beli kuih. saya yg tengok pun dah teringin.
Hari ni rajin terbeli sebab warna tu ;P
adila39
Publish time 11-4-2022 11:52 PM
mana satu yang bukak dulu ni eh