Agent13k Publish time 10-3-2022 04:21 PM

Amboi! Dari Pakai Lacoste Bertukar Ke Kasut LV

Baru-baru ini tular video di Twitter melibatkan seorang lelaki yang dilihat menukar kasut dipakainya kepada kasut orang lain yang lebih berjenama dari apa yang dia pakai masa itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/10/150642bz1tar8pay1d8yoa.pngkredit foto: Twitter



Menurut Beautifulnara, kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah butik itu menunjukkan pelanggan mereka membuat laporan kehilangan kasut dan meminta pihak butik tersebut memeriksa CCTV untuk melihat jika kasutnya berada di situ atau tersalah letak.

Bagaimanapun, sebaik melihat rakaman berkenaan, mereka sebaliknya mendapat tahu kasut pelanggan itu dicuri.


https://twitter.com/meripergibulat/status/1501559251952889856?s=20&t=NlR5168yIWCCPCkIZyOEBA

Difahamkan, kasut yang dicuri itu adalah kasut berjenama mewah Louis Vuitton. Ramai netizen kecewa dengan perangai pencuri terbabit dan mencadangkan pemilik butik itu untuk menyimpan kasut di dalam dan bukan di luar untuk mengelak sebarangan kecurian lagi.


https://twitter.com/meripergibulat/status/1501790486302171138?s=20&t=NlR5168yIWCCPCkIZyOEBA

Berikutan itu, ada netizen yang merasakan ini adalah taktik "marketing" dari pemilik butik tersebut yang mahukan video berkenaan menjadi "viral". - CARI

imransulaiman Publish time 10-3-2022 05:50 PM

Apa kes semua tuduh marketing? Nanti ada yang bunuh founder products pun kena tuduh marketing.

By the way, aku tak suka kedai yang suruh buka kasut kalau masuk premis dorang. Leceh!

Orix Publish time 10-3-2022 06:23 PM

kelempuknya dia lari. rasa mcm nak pengkes jah kaki dia biar jatuh tersembam bila nengok dia lari cmtu

caprisonne Publish time 10-3-2022 07:33 PM

Kat Bangi sentral ni

Adrif Publish time 11-3-2022 01:05 AM

hadui bang.. dah smart-smart gitu, kantoi curi kasut.. malu la brader..

Oying_berkin Publish time 11-3-2022 07:39 AM

Swap kasut suka sama tak suka hahahah

che-cikL Publish time 11-3-2022 12:39 PM

Pernah kena sekali kat MPWS Bangi. Habis kursus, tengok sandal takde. Rasa takde lah cantik atau mahal sgt pun, sebab baru beli utk pakai harian je. Beli pun kat JUSCO je. Masa tu kursus, jadi memang banyak sangat kasut lelaki perempuan bercampur2 berterabur. Sampai ada yg parking kasut atas tangga sampai ke bawah2. Bilik seminar tu tingkat atas. Puas turun naik cari‌, tunggu lagi sampai habis org semua. Last2 tinggal selipas Jepun yg jenis ada bintik2 tu. Staf MPWS kata selipar tu mmg ada situ. Yihhh, terpaksa pakai selipar tu ke kereta, selang beberapa lot kedai lagi. Sambil staf MPWS tu follow utk ambil balik selipar bintik tu.

clarizsa Publish time 11-3-2022 04:16 PM

I cukup x suka la klinik ke , kedai emas ke , butik ke yg suka suruh org letak kasut kt luar
Kalau ye pun nk suruh buka , sediakan la rak kasut kt dalam tu
Ni biar kasut pelanggan bersepah2 luar premis
Pages: [1]
View full version: Amboi! Dari Pakai Lacoste Bertukar Ke Kasut LV


ADVERTISEMENT