Agent13k Publish time 10-3-2022 04:15 PM

Beli Pas Musim Kelab Bola Sepak KL City, Dapat Tong Cat!

Untuk peminat sebuah kelab sukan, sudah tentu mereka akan menyokong kelab itu dan salah satu cara adalah dengan membeli pas musim. Tetapi, tidak semua kelab sukan ada cadangan untuk apa yang diletak di dalam pas musim.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/10/142557xhemqqeaqymtm7qm.pngkredit foto: Facebook



Menurut petikan dari Majoriti, pasukan kelab bola sepak KL City cuba memberi cederahati istimewa kepada individu yang sanggup membelanjakan wang demi kelab bola sepak itu.


Bagaimanapun, beberapa peminat tidak suka dengan cederahati yang diberikan KL City dan menganggap ia tidak berbaloi buat penyokong untuk kelab itu.


https://www.facebook.com/THECITYBOYS/posts/5140261636020373

Difahamkan, dalam pas musim itu mengandungi jersi, sticker, bag hitam, gambar, kad musim (season card), bendera KL, lencana pin dan tong cat.


Menurut hantaran di Facebook The Cityboys, mereka memuji usaha berkenaan, namun ia masih tidak mencapai kualiti yang mereka mahukan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/10/142408tj4jenncnuidjp4j.pngkredit foto: Facebook



Berikutan itu, mereka juga meluahkan perasan tidak puas hati kepada pengurusan KL City. - CARI

Perawankota Publish time 10-3-2022 10:07 PM

Tong cat utk apa
Pages: [1]
View full version: Beli Pas Musim Kelab Bola Sepak KL City, Dapat Tong Cat!


ADVERTISEMENT