Cintaerina Publish time 10-3-2022 03:57 PM

Pendakwah Tegur Pasangan Buat 'Content' Solat Jemaah Guna Video Call

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/10/154008afc3a53p2fwm33p3.png
Sumber: Instagram Furqan




Baru-baru ini, viral sebuah video yang menunjukkanpasangan kekasih sedang solat berjemaah secara ‘video call’. Tindakan pasangan itu telah menyebabkan seorang pendakwah yang dikenali sebagai Furqan Fawwaz tampil untuk menegur pasangan itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/10/154007lf2zyfhy9fxdgmhd.pngSumber: Google Image




Di dalam video yang berdurasi kurang dari 1 minit itu menunjukkan seorang lelaki sedang menunaikan solat sambil membuat panggilan video bersama kekasihnya. Lebih mencuri perhatian apabila gadis yang memakai telekung tersebut turut solat bersama kekasihnya. Tindakan pasangan ini menyebabkan ramai netizen mengecam perbuatan mereka.


Oleh disebabkan itu, Furqan tampil untuk memberi pandangan mengenai perbuatan pasangan tersebut.


https://www.instagram.com/reel/Ca1wTwrpFkl/?utm_source=ig_web_copy_link


Menurut Furqan, dia tidak faham bagaimana pasangan ini boleh membuat tindakan sebegitu lagi-lagi dengan keadaan negara kita yang sedang ditimpa musibah banjir dan sebagainya. Tambahnya, perbuatan ini perlu ditegur kerana solat adalah penghubung antara kita dengan Allah.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/10/154158c81vnjm8x0xx9omc.jpgSumber: Google Image





Tambah Furqan, pasangan ini perlu memohon keampunan dan berfikir dengan matang sebelum memuat naik ‘content’ seolah-olah mempersendakan agama Islam.


Furqan juga mengakhiri video itu dengan mengatakan solat itu adalah doa.


Tetapi tindakan pasangan ini seolah-olah meminta musibah datang. Hanya disebabkan mahu view banyak, ada orang sanggup mempersendakan agama. Sebagai orang Islam kita perlu menegur perbuatan yang salah. Moga diampunkan dosa kita semua. -CARI

manehnya Publish time 10-3-2022 04:00 PM

amenda la hai budak2 zaman now

babelina Publish time 10-3-2022 04:05 PM

biar btl..benda2 solat, agama nie jgn la dperlekeh..

cucutokwan89 Publish time 10-3-2022 05:00 PM

Sblm ni pun ada gak hal yg sama viral. Akaknya nmpk adik duk solat jemaah via phone dgn partnernya. Watde
Tak tau tanya, pi berguru. Bukan buat mazhab sndr.

Megikari Publish time 10-3-2022 08:16 PM

Kebodohan tanpa batasan..

anony-mous Publish time 10-3-2022 09:22 PM

Indon ke malaysia? Salaman online tu mcm perkataan indon jah. Btw geli yach pasangan mcm ni. Lepas kahwin silap2 solat 5 waktu persendirian pon xckup

AKAZ85 Publish time 11-3-2022 05:37 AM

Time kapel kemain laa solat jemaah on9 bagai.. Kawen nanti silap2 subuh pon xmangkit..

ladybugz Publish time 12-3-2022 06:21 AM

my daughter umur yg 5 tahun ada buat mcm ni waktu kena kuarantin from my husband. sbb die rindu nk solat dgn papanya. bagi die semangat nk solat. tp yg ni dah remaja ni, knapa buat mcm ni. nak solat tu dah bagus tp x perlu la buat mcm ni. ni i risau ni, i dah la ada anak perempuan, teknologi video call ni mmg membimbangkan, sukar mak ayah nak pantau.

Artemesiaa Publish time 12-3-2022 11:53 AM

Bangga tunjuk kebebalan sendiri apa nak dikata demi content di media social.

ezacbee Publish time 12-3-2022 12:39 PM

Nak tunjuk pasangan syurga. :lol:
Pages: [1]
View full version: Pendakwah Tegur Pasangan Buat 'Content' Solat Jemaah Guna Video Call


ADVERTISEMENT