Vellfire Publish time 10-3-2022 12:50 AM

Tiada saksi boleh kaitkan suspek dengan insiden MH17

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/03/MH17-SAKSI_11zon-2048x1365.jpg

THE HAGUE, Belanda – Pasukan peguam Belanda mewakili seorang suspek yang didakwa menembak jatuh Penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines pada 2014 berkata kelmarin bahawa tiada saksi boleh mengaitkan anak guam mereka dengan insiden tersebut.

Sebanyak 298 orang terbunuh dalam tragedi hitam itu.

Kes pesawat malang yang ditembak di negara bergolak, Ukraine pada 17 Julai tahun berkenaan bertukar haluan apabila disambung semula dekat lapangan terbang Schiphol kelmarin selepas hampir dua minggu Rusia menyerang negara jirannya.

“Tiada seorang saksi pun yang boleh mengesahkan peranan, kedudukan atau dakwaan penglibatan anak guam kami dengan semua tuduhan yang dikemukakan, kata peguamBoudewijn van Eijck kepada panel hakim

“Begitu pun, pendakwa raya awam masih mahu mendakwanya dan menuntut supaya dia dijatuhi hukuman paling berat,” tambahnya.

Seramai empat suspek didakwa berhubung kes MH17. Mereka ialahwarga Rusia iaitu Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Oleg Pulatov serta rakyat Ukraine, Leonid Kharchenko. Keempat-empat suspek didakwa kerana peranan mereka melancarkan peluru berpandu BUK yang mengenai MH17 di rantau bergolak di timur Ukraine.

Pendakwa raya meminta keempat-empat lelaki itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup apabila mereka menutup kes tersebut tahun lalu.
Pihak pembelaan membuka kes itu untuk Pulatov kelmarin. Dia merupakan satu-satunya suspek yang diwakili peguam.
Menurut pihak pembelaan, mereka akan membincangkan ‘senario alternatif’ tentang bagaimana MH17 mungkin ditembak jatuh.
Keputusan kes itu hanya akan diketahui paling awal pada akhir 2022. Semua empat suspek berkenaan dibicarakan tanpa kehadiran mereka. – AFP

kosmo.com.my/2022/03/08
Pages: [1]
View full version: Tiada saksi boleh kaitkan suspek dengan insiden MH17


ADVERTISEMENT