Suke-dono Publish time 10-3-2022 12:53 AM

Jom Kongsikan Jdrama Yang Paling Akhir Anda Tonton

Edited by Suke-dono at 10-3-2022 12:50 AM




Objektif

Thread ini dibuka khas buat peminat-peminat drama Jepun (a.k.a Jdrama) di forum Cari untuk berkongsi pendapat dan review mengenai drama paling akhir yang telah mereka tonton buat setakat masa posting itu ditulis.


Contoh


[*]CikMelah baru selesai menonton drama Mystery to Iu Nakare semalam. Jadi CikMelah boleh post review ringkas mengenai drama ini.
[*]AbsahAssan pernah meminati Jdrama suatu masa dahulu, tetapi kini lebih cenderung menonton Kdrama. AbsahAssan boleh menulis review tentang Jdrama yang paling akhir beliau tonton. Mungkin 2 tahun lepas ataupun 12 tahun lepas.


Syarat-syarat


[*]Terbuka kepada semua lapisan masyarakat, tidak semestinya peminat tegar Jdrama sahaja.
[*]Hanya untuk drama dan "special" sahaja. Filem tidak dibenarkan.

[*]Tidak semestinya drama yang terkini. Jika anda tonton GTO (versi Sorimachi) minggu lepas misalnya, anda boleh tulis mengenainya walaupun drama ini diterbitkan pada tahun 1998. Yang penting, Jdrama yang paling akhir yang anda tonton.
[*]Anda sudah selesai menonton hingga ke episod akhir, bukan masih di tengah jalan melainkan jika anda "drop" drama tersebut.

[*]Wajib tulis tajuk drama serta bilangan episod. Kalau boleh anda digalakkan (optional) untuk sertakan sekali nama para pelakon dan sinopsis ringkas dalam bahasa Melayu.
[*]Tidak wajib letak gambar, tetapi kalau ada lebih manis bak kata orang...;P Sekurang-kurangnya anda boleh letak poster drama tersebut.

[*]Wajib tulis review atau pendapat anda mengenai drama tersebut, samada yang positif ataupun negatif, terserah kreativiti anda. Tidak perlu panjang lebar dan boleh gunakan ayat yang santai sahaja. Walaubagaimanapun, sila elakkan dari memberi "spoiler".
[*]Tidak digalakkan letak trailer, fmv dan sebagainya dari Youtube. Ini kerana syarikat Jepun sangat rajin hantar notis "takedown" dan membuat setting "region-locked". Walaubagaimanapun, OST dan lagu tema boleh diletakkan sekiranya anda terlebih rajin. Tetapi sila pastikan ianya dari channel rasmi artis.
[*]Anda boleh membuat posting setiap kali anda menonton drama yang baru. Tiada had!



Sumber Rujukan

Untuk dapatkan info mengenai drama serta poster dan gambar, anda boleh layari AsianWiki ataupun MyDramaList.



Bilakah kali terakhir anda menonton Jdrama? Semalam? Seminggu? Setahun? 10 tahun yang lalu? Apakah judul drama itu? Adakah ianya menarik, atau mengecewakan? Jom kongsikan drama tersebut dan pendapat anda mengenainya! https://b.cari.com.my/static/image/smiley/default/1.gif



Selamat mencuba!!


Suke-dono Publish time 10-3-2022 12:53 AM

Review Index

Edited by Suke-dono at 10-4-2022 12:52 AM

Alice in Boderland (2020) | Rev1 | Rev2 |
Amachan (2013) | Rev1 |
Border (2014) | Rev1 |
Dakara Korosenakatta (2022) | Rev1 |
Doctor X (Various Season) | Rev1 |
Itoshii Uso: Yasashii Yami (2022) | Rev1 |
Kanojo wa Kireidatta (2021) | Rev1 |
Miseinen (1995) | Rev1 |
Mystery to Iunakare (2022) | Rev1 |
Ore no Ie no Hanashi (2021) | Rev1 |
Saiai (2021) | Rev1 |
Saka no Ue no Kumo (2009-2011) | Rev1 |
Shinhannin Flag (2021-2022) | Rev1 |
Sutekina Sen Taxi (2014) | Rev1 |
Takane no Hana (2018) | Rev1 |
Todome no Kiss (2018) | Rev1 |

Suke-dono Publish time 10-3-2022 01:33 AM

Judul drama: Dakara Korosenakatta
Tahun: 2022
Bilangan epsiode: 5
Stesen TV: WOWOW


https://i.mydramalist.com/X7bnX_4c.jpg?v=1

Lakonan:
Tamaki Hiroshi, Matsuda Genta, Takaoka Saki, Watabe Atsuro, Hagiwara Masato, Furuta Arata


Sinopsis:
Ippongi Toru (lakonan Tamaki) merupakan seorang wartawan di syarikat akhbar, Taiyou Shinbun. Untuk meningkatkan semula jualan surat khabar yang sudah merosot, Ippongi telah diarahkan menulis sebuah artikel mengenai "kisah hitam seorang wartawan". Tanpa diduga, artikel yang menceritakan kisah sedih Ippongi di zaman mudanya itu telah menarik perhatian kepada kes pembunuhan bersiri. Penjenayah tersebut mengutuskan surat secara terus kepada syarikat akhbar dan mengatakan bahawa dia telah terinspirasi dari artikel Ippongi. Dia juga mencabar Ippongi untuk berbalas hujah dengannya dan menyiarkannya di akhbar, dengan alasan kononnya untuk menghalang dia dari terus melakukan pembunuhan. Adalah pembunuhan bersiri ini dapat dihentikan Ippongi? Apa motif sebenar penjenayah?


My review:
Baru lepas tgk drama ni beberapa hari lepas. Dia punya pace macam drama WOWOW yg lain, slow dan serius sikit. Cinemtography ala2 gelap gitu...hehe. Memandangkan episodnya tak banyak, mmg sesuai lah utk ditonton back to back.

Dari aspek misteri, cerita dia ok2 je lah... tapi agak berteka-teki jugak nak tahu apa kesudahannya. Nak cerita lebih2 karang takut jadi spoiler pulak...:shutup:

The downside of this drama ialah, watak Ippongi ni ada dua era, 20 tahun lepas dgn sekarang. Yg sekarang ni patutnya umur dalam pertengahan 40-an hampir 50, tapi pihak produksi drama tak dapat nak tunjukkan perbezaan 2 era tu secara ketara. Kat situ ada spoil sikit lah bg I.


Overal I kasi 7.5/10


Thecatnextdoor Publish time 10-3-2022 10:13 PM

Wahhhh thanks kaka invite i ke thread ni, nnt iols nak review jdrama
Tiber rasa nak rpt shitsuren chocolatier semata nak bg review kann ;P

Suke-dono Publish time 10-3-2022 10:21 PM

Thecatnextdoor replied at 10-3-2022 10:13 PM
Wahhhh thanks kaka invite i ke thread ni, nnt iols nak review jdrama
Tiber rasa nak rpt shitsuren c ...

Willkommen!


Ok cantik tu...nanti lepas rewatch boleh lah buat review ringkas ye :C

PS: I ni lelaki tulen tau, janganlah panggil kaka :lol:

_kelly Publish time 10-3-2022 11:40 PM

last jdrama tengok ''SAIAI".. genre thriller

bagi meols best jugak sebab tak tipikal dan tak gedik..meols last tengok jdrama masa zaman uni dulu lebih 10 tahun lepas..lepas tu start tengok kdrama sampai lah ada org suggest tengok series SAIAI ni

boleh try kalau dah bosan menonton kdrama

Suke-dono Publish time 10-3-2022 11:58 PM

_kelly replied at 10-3-2022 11:40 PM
last jdrama tengok ''SAIAI".. genre thriller

bagi meols best jugak sebab tak tipikal dan tak gedik. ...

Thanks for your review!

I pun ada tgk cerita ni aritu. Betul apa yg uols cakap part yg tak gedik tu...haha;P


Jitu Publish time 11-3-2022 12:08 AM

tak pernah minat jdrama ni cuma pernah tertengok satu drama ni
rasa menarik jugak
itu je lah jdrama yg aku pernah layan
dr jepun ni citer kamen rider je yg aku minat :$

Sutekina Sen Taxi (2014)
kisah pemandu teksi yg bawak penumpang dia ke masa silam utk penumpang td memilih semula pilihan dlm hidup dia

_kelly Publish time 11-3-2022 12:20 AM

Suke-dono replied at 10-3-2022 11:58 PM
Thanks for your review!

I pun ada tgk cerita ni aritu. Betul apa yg uols cakap part yg tak gedik...

cannot go la gedik2..dah tua rasa cringe tengok ;P

Suke-dono Publish time 11-3-2022 12:56 AM

Jitu replied at 11-3-2022 12:08 AM
tak pernah minat jdrama ni cuma pernah tertengok satu drama ni
rasa menarik jugak
itu je lah jdram ...

Ha cerita ni pun best jugak....bakarhythm nama penulis dia...dalam citer tu dia jadi master kat kafe kot...ntahlah tak berapa ingat. Tapi penulisan dia mmg menarik.

Btw, bro ada tgk dia punya SP jugak tak?


Reira77 Publish time 11-3-2022 07:39 AM

Last J-drama yg iols follow. Mr Hiiragi's Homeroom and Alice in Borderland. Mr Hiiragi's Homeroom iols tgk sbb ada Suda Masaki yg heloks. Alice in Borderland lebih kurg mcm Squid Game cuma bertiang-tiang lagi best. Kalau romance iols tak tgk sgt sbb cringe

c===8 Publish time 11-3-2022 09:22 AM

train man - ni tgk dah lama dulu

midnight dinner
naked director
kotaro lives alone

Jitu Publish time 11-3-2022 03:35 PM

Suke-dono replied at 11-3-2022 12:56 AM
Ha cerita ni pun best jugak....bakarhythm nama penulis dia...dalam citer tu dia jadi master kat ka ...

haah kat cafe
yg SP belum tengok lg
tertengok ni pun masa kat astro dulu ada siar kan pastu sy masa tu tgh boring
alih2 siaran terjumpa citer ni bila layan best jugak sbb jln citer lain dr drama yg biasa tengok mcm papa megah holding tu :lol:

Suke-dono Publish time 11-3-2022 07:11 PM

Reira77 replied at 11-3-2022 07:39 AM
Last J-drama yg iols follow. Mr Hiiragi's Homeroom and Alice in Borderland. Mr Hiiragi's Homeroom io ...

Oh Alice in Boderland...ada main kat Netflix kan? I tak tgk tapi ramai yg cakap best. Mr. Hiragi tu I ada tgk. Cuma agak "meh" kritikan dia pasal social media tu...kalau tak mmg dah mantap dah drama tu... Suda mmg kasi all out part yg last.

Anyway thanks for joining!{:1_132:}{:1_132:}:)

Suke-dono Publish time 11-3-2022 07:13 PM

c===8 replied at 11-3-2022 09:22 AM
train man - ni tgk dah lama dulu

midnight dinner


Thanks for joining... boleh kasi sikit review ttg salah satu drama tu? Samada uols suka ke atau rasa tak best ke

Suke-dono Publish time 11-3-2022 07:20 PM

Jitu replied at 11-3-2022 03:35 PM
haah kat cafe
yg SP belum tengok lg
tertengok ni pun masa kat astro dulu ada siar kan pastu sy m ...

Lah tak tau plak ada pernah main kat astro...channel cina ke?

Hehe drama melayu kalau nak buat cerita bisnes pun ok jugak....tapi kasi ada trill lah dan lebihkan pasal teknikal bisnes tu...bukan asyik datang opis mintak fail, pastu belek2 30 saat, tanya secretary apa apointment, alih2 call girlfriend ajak pg lunch...tak pun watak ketiga (perempuan jahat) yg datang opis ajak lunch :lol:

c===8 Publish time 11-3-2022 08:06 PM

Suke-dono replied at 11-3-2022 07:13 PM
Thanks for joining... boleh kasi sikit review ttg salah satu drama tu? Samada uols suka ke atau ra ...

Trainman - pasal mamat nerd tak hensem syok kat awek cun kaya

Naked director - sejarah awal industri porn di jepun

Midnight dinner - kisah gelagat pelanggan2 di restoran ygstart operasi tgh malam.dari kisah yakuza sampai la pondan tua

Suke-dono Publish time 11-3-2022 08:49 PM

c===8 replied at 11-3-2022 08:06 PM
Trainman - pasal mamat nerd tak hensem syok kat awek cun kaya

Naked director - sejarah awal indus ...

Thanks!:)

Jitu Publish time 11-3-2022 11:25 PM

Suke-dono replied at 11-3-2022 07:20 PM
Lah tak tau plak ada pernah main kat astro...channel cina ke?

Hehe drama melayu kalau nak buat ce ...

klu tak silap channel cina aec masa tu

nak termuntah dah tengok drama2 acah keparat ehh silap korporat :lol:

Suke-dono Publish time 11-3-2022 11:44 PM

Jitu replied at 11-3-2022 11:25 PM
klu tak silap channel cina aec masa tu

nak termuntah dah tengok drama2 acah keparat ehh silap k ...

Oh channel AEC...thanks for the info!

Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Jom Kongsikan Jdrama Yang Paling Akhir Anda Tonton


ADVERTISEMENT