Agent13k Publish time 9-3-2022 05:15 PM

Netizen Terhibur Tengok Penunggang Motor Nak Bayar Tol

Baru-baru ini ada satu video tular di TikTok yang memaparkan dua gadis menaiki motosikal hendak membayar tol.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/09/170545g2wltqs32qqoowp7.pngkredit foto: TikTok



Petikan dari Beautifulnara, video yang dimuat naik di TikTok itu menunjukkan penunggang motosikal berkenaan berhenti di pondok tol untuk menyentuh kad "Touch N Go" bagi membuka palang tol tersebut.


7072799082766421274

Berikutan itu, individu yang merakam video berkenaan berdekah di dalam kenderaannya dan memberitahu penunggang itu tidak perlu membayar tol, namun tidak diendahkan penunggang terbabit.


Difahamkan, penunggang motosikal itu bernasib baik kerana ada pekerja di situ memberitahu bahawa mereka tidak perlu membayar tol.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/09/170331f1zgim3m3s3hcgsc.png



Netizen yang melihat video itu memberi respons menghibur dan beranggapan ia mungkin kali pertama mereka melihat tol. - CARI

kotakominami Publish time 9-3-2022 06:47 PM

Dah budak tu pestime msuk tol.....lg rengsa yg kt dlm kete tu terjerit jerit....adatlah ade mende kita tau lebih ade mende org lain lg tau.......

imransulaiman Publish time 9-3-2022 07:29 PM

Lawak apanya? Tak lawak pun...

orangbiasaje Publish time 9-3-2022 09:19 PM

Haih, mungkin baru dapat lesen motor dan lalu tol kot, tu tak tau. Tu sekurangnya ada inisiatif dan kesedaran untuk membayar tol. Ada kadang bawak kereta import tapi mengimpit belakang kete org nak lepas palang sebab tak nak bayar tol.

Adrif Publish time 9-3-2022 09:22 PM

husnuzon.. dia baru dapat lesen motor, bawak kat highway

MissVixen Publish time 9-3-2022 09:23 PM

Ok la jugak budak ni. Ada video motor tu tunggu depan palang sampai kereta tu kena bayar dua kali tu lagi cibai.

Jitu Publish time 9-3-2022 10:40 PM

tak kelakar pun

beraninya naik motor je

doubleharmonic Publish time 9-3-2022 10:56 PM

noreenzen mana yang terhibur sangat tu? annoying jah bukak bideo tetiba keluar suara lahanat mana dok terpekik melolong mengalahkan noreen hutan tersepit di celahan kayu pokok?

Kudamas3 Publish time 9-3-2022 10:57 PM

Kudamas3 Publish time 9-3-2022 10:59 PM

234126 Publish time 10-3-2022 08:45 AM

at least dia nak juge bayar bukan menumpang masuk kereta lalu bawah palang tu bahayakan nyawa orang lain. Tak lawak pun kak. Benda baru diorang nak belajar. Sok kena kat ko balik gelakkan orang.

coco Publish time 10-3-2022 10:16 AM

merengsa telinga dengar suarayg dalam kereta ni

elnor_81 Publish time 10-3-2022 11:04 AM

Bagus la bdk moto tu. Ad timbang rse nk byr tol. Dr ad org pakai H, tp lari xnk byr tol. Tu lg memalukan.
Pages: [1]
View full version: Netizen Terhibur Tengok Penunggang Motor Nak Bayar Tol


ADVERTISEMENT