"Eh dia marah aku ke?"- Jiran Buat 'Perang' Kuali Bikin Ramai Terhibur!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/09/155607y7hbc7ok8bnkepc6.pngSumber: Tiktok Lukes RusliKadang-kala bila masuk dapur, mesti kita akan terhidu aroma enak makanan yang dimasak jiran. Namun, pernah tak setiap kali kita nak masak, ada jiran yang ajak ‘perang’ kuali sekali?
Situasi ini jarang sekali berlaku namun, bila berlaku kepada kita, mesti akan berasa pelik bukan? Memasak pun nak berperang.
Biasalah apabila memasak, kadang-kadang kita tidak sedar perbuatan mengetuk kuali agak kuat sehingga menyebabkan ada jiran yang tidak berpuas hati dengan kita.
Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Lukes Rusli memuat naik satu video di Tiktok menunjukkan dia sedang memasak beberapa lauk.
Namun, sedang elok dia memasak, jiran tetangga ajak ‘berperang’ pula. Bukan main lagi bunyi kuali tak nak kalah, macam nak menari tarian singa pula!
7072355833459313947
Perkongsian ini membuatkan ramai netizen terhibur apabila jiran rumahnya seakan-akan memerli bunyi kualinya ketika memasak! Siapa sangka, kini video berdurasi 25 saat ini telah berjaya menghiburkan seramai 245,000 penonton dalam masa sehari sahaja!
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan perang di antara lelaki ini dan jirannya. Ada juga netizen yang mengatakan perang lesung batu lagi dahsyat.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/09/155825wyeyrt7dyitglxkd.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/09/155825dr3uni8pqn0r88yp.png
Sumber: Tiktok Lukes Rusli
Pernah berdepan situasi serupa? - CARI
ok.. kelakar la..
tapi i lagi terganggu dia guna satu sudip gaul 2 kuali :lol::lol: Ada jiran iols masak bising2
Cam buat catering tu
Tp weols anggap dia nak masak cm style siam.tu..hahaha Suara mcm izfairin... prettyuglybabe replied at 9-3-2022 05:30 PM
ok.. kelakar la..
tapi i lagi terganggu dia guna satu sudip gaul 2 kuali
kan. terkejut aku sudip lompat kuali sebelah:lol:
nak berkenalan tu Adique2 masak ye nok Adrif replied at 9-3-2022 09:11 PM
kan. terkejut aku sudip lompat kuali sebelah
kan.. pantang i campur-campur ni..
apa jadi rasa lauk tu..
even kat kedai pun i sakit mata tengok kalau orang main masuk je senduk sana sini dalam lauk..
mak iols dah pesan sedari kecik kurang sopan bila masak bunyi2 sudip bergesel dgn kuali... my mader taught me well motip main gaul lauk lain2 pakai sudip sama? prettyuglybabe replied at 10-3-2022 09:55 AM
kan.. pantang i campur-campur ni..
apa jadi rasa lauk tu..
even kat kedai pun i sakit mata tengok...
Mamak kuah campur
Zas zas ke setiap tray yg ada kuah
Pap! Banjir nasik
:lol: supernaturalee replied at 10-3-2022 07:50 PM
Mamak kuah campur
Zas zas ke setiap tray yg ada kuah
i jarang pi mamak..tapi mamak belakang ofis i, dia tak campur senduk melainkan lauk sama species ie kari ikan, kari ayam, kari kambing..
kuah yang kaler lain dia pakai senduk lain..
jenis yang kalau lauk tak habis confirm boleh recycle esok sebab tak campur rasa and kaler :lol:
ada dulu..me pakai lesung, tetibe dengar bunyi blender dari bawah.me ketuk lagi lesung, jiran bawah potpet kata, tak lenguh tangan guna blender kan adik kan..kan...;P;P;P Alaa biasala tu
Lagi dasat perang yg dlm bilik tu ;P
I pernah je baca komen kt fb yg dorang saling perang antara jiran sapa bunyi paling kuat haha Ada masaalah metal je suka berperangai macam tu Jiran aku nk bgtau kot depa laki bini rajin masak. Kelentung, kelentang, kelentung, kelentang bunyi periuk, belanga, garpu, sudu. mak aku sangat marah kalau ak masak ketuk. padahal tu tindakn reflect k :lol:. tp skang kat rumah ak pakai pan sbb pakai dapaur letrik. so xde dah ketuk2. tp kadang peel tu dtg jugak kalau ak memasak kat rumah mak/mil sbb diaorg pakai kuali silver tu
Pages:
[1]