Cintaerina Publish time 9-3-2022 03:44 PM

"Kalau Aku Dah Menangis Dah!" – Viral Video Gadis 'Dikejar' Ikan Paus Ketika Snorkeling!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/09/152644uz3bb881n96x1roj.pngSumber: Tiktok Punyaadipa29




Setiap kali bercuti pulau peranginan, kita tidak akan lepaskan peluang untuk snorkeling. Seronok apabila dapat lihat hidupan laut seperti penyu atau spesies ikan-ikan yang rare.


Baru-baru ini, satu video telah dimuat naik di platform TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai @punyaadipa29. Video menunjukkan seorang wanita sedang seronok bersnorkeling dan didatangi oleh ikan yu paus (whale shark).


7070852817036070170


Untuk pengetahuan semua, situasi itu terjadi kerana nelayan di situ sedang membuang ikan bilis yang rosak ke dalam laut. Perbuatan itu secara tidak langsung menarik perhatian ikan yu paus tersebut untuk naik ke permukaan.


Menurut penerangan yang diberikan oleh pemilik akaun,nelayan di situ sengaja melemparkan ikan bilis kerana gadis itu mahu bergambar dengan ikan yu paus tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/09/152852jb8g3g1m8mfhog13.jpgSumber: Google Image




Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gerun dan takut mereka dengan situasi tersebut. Namun ikan yu paus tersebut hanya makan alga-makro, plankton, udang dan ikan kecil. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/09/152643brar344mre88ra8v.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/09/152643el92rr7ntg63iiqd.png

Sumber: Tiktok Punyaadipa29






musangbodoh Publish time 9-3-2022 04:38 PM

aku compare diver tu, mulut paus, mata paus....{:runo

Perawankota Publish time 10-3-2022 02:55 AM

Seram pulak.. Dulu snorkeling dgn baby shark pon seram...

tomiko_haza Publish time 10-3-2022 11:36 AM

sekali dia ngap terus ko ngepp

ezacbee Publish time 10-3-2022 12:56 PM

Ngam2 masuk mulut dia.. :funk:

makton Publish time 10-3-2022 12:58 PM

klu aku pun seram duk tepi mulut ikan paus tu. skali dia sedut je terus ke dlm perut aku kang :funk:

Supersirap Publish time 11-3-2022 01:07 AM

Pengalaman hidup yang tidak mungkin dilupakan

ally9970 Publish time 11-3-2022 09:16 AM

Dalam laut tengah snorkeling, boleh menangis ke?

Artemesiaa Publish time 12-3-2022 12:11 PM

Yu paus ni tak ngap orang mulut je nganga besar sebab nak makan plankton

copy_paste Publish time 16-3-2022 06:10 PM

ikan tu makan plankton,berapa byk dpt,
Pages: [1]
View full version: "Kalau Aku Dah Menangis Dah!" – Viral Video Gadis 'Dikejar' Ikan Paus Ketika Snorkeling!


ADVERTISEMENT