Cintaerina Publish time 9-3-2022 02:02 PM

Gadis Masak Pukul 5 Pagi Kecewa Ditampar, Dimaki Housemate

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/09/134808sslhi9vg9tttv9sg.pngSumber: Facebook Vestene




Sudah menjadi kebiasaan bagi orang bujang yang bekerja di bandar untuk menyewa bilik kerana ianya jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah rumah. Sebolehnya, kita semua mahu menjimatkan kos untuk mengurangkan bebanan kewangan.


Kadang-kadang jika kita bernasib baik, kita dapat menyewa sekali dengan kawan-kawan kita namun, ada kalanya kita akan duduk serumah dengan orang yang tidak dikenali.


Menjadi adat apabila menyewa, kita tidak boleh mempunyai sifat mementingkan diri sendiri.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/09/135133g13v20ebwnsx7ee7.pngSumber: Facebook Vestene







Baru-baru ini, seorang gadis dikenali sebagai Vestene Wong berkongsikan satu kisah di laman Facebook miliknya.


Kisah yang diceritakan olehnya mengejutkan orang ramai apabila dirinya ditampar rakan serumah akibat memasak pada pukul 5 pagi.




https://www.facebook.com/100004789861659/videos/676634226794569/


Melalui statusnya, rakan serumahnya itu menamparnya kerana mendakwa Vestene telah menganggu waktu tidurnya dengan memasak pada pukul 5 pagi.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/09/134927p5k9n9a9k6unb8yg.jpgSumber: Facebook Vestene







Oleh kerana Vestene merasakan tindakan housematenya itu keterlaluan dan bimbang akan keselamatan dirinya, dia membuat laporan polis.


Tetapi ketika polis bertanya kenapa dia menampar teman serumahnya itu, housemate tersebut dengan selamba mengatakan bahawa dirinya mempunyai keresahan sederhana (mild anxiety). Teman serumahnya juga berkata, dia memerlukan rehat yang secukupnya oleh kerana penyakitnya itu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/09/135032jb8n69xkc6dhxxb6.jpgSumber: Facebook Vestene







Oleh kerana itu, pihak polis hanya meminta teman serumahnya itu untuk memohon maaf kepada Vestene, tetapi housematenya tetap menyalahkan gadis tersebut dengan mengatakan dia tidak bersikap bertimbang rasa kerana memasak pada awal pagi begitu.


Difahamkan, Vestene masih tinggal di dalam rumah yang sama dan berharap agar teman serumahnya tidak mengapa-apakan dirinya lagi. - CARI

musangbodoh Publish time 9-3-2022 02:18 PM

errrr ot

mental illness pun ade kad ye....br tau;P

yebit157 Publish time 9-3-2022 02:24 PM

kesian amoi ni sampai merah pipi. nasib ada cctv buat bukti

prettyuglybabe Publish time 9-3-2022 02:41 PM

sebab tu la i tak sewakan bilik bawah..
rumah ada 4 bilik pun sewakan bilik atas je..
i tak nak orang bilik kat dapur terganggu orang lalu lalang coz washine machine kat belakang, pastu kelentang kelentung memasak, guest nak guna washroom etc..

and imo ni bukan pasal terganggu sebab masak tu sangat..
lebih pada orang busuk hati tunggu ada yang trigger, dia akan cari pasal..
jenis hati tak tenteram gitu..

saviour_09 Publish time 9-3-2022 02:48 PM

untung la

sepak tampar org, io panggil ko mintak maaf je

umpan pil mental je settle masalah

tomiko_haza Publish time 9-3-2022 03:11 PM

"Teman serumahnya juga berkata, dia memerlukan rehat yang secukupnya oleh kerana penyakitnya itu."

Dah tau nak rehat cukup sewa la rumah instead of bilik cmni. Sian kawan tu tk psl2 kene lempang

annehuda Publish time 9-3-2022 03:20 PM

musangbodoh replied at 9-3-2022 02:18 PM
errrr ot

mental illness pun ade kad ye....br tau

ye mmg ada. kategori oku mental la bukan fizikal

juruterra Publish time 9-3-2022 03:31 PM

kesiannya tak pepasal kena tampar, masak mmg bising ketungketang..iols pun selalu bgn 5am masak sblm work utk anak2. nasib takde share umah dgn sesapa hehehe

annehuda Publish time 9-3-2022 03:31 PM

ni bukan anxiety, org ada anxiety ni mana berani nak tampar2 orang

krustykrab Publish time 9-3-2022 09:00 PM

Dah ko masak pukul 5 pagi..dah tu share rmh dgn org yg bukan related dgn kita.
Lain la ko masak utk laki n anak...

MissVixen Publish time 9-3-2022 09:21 PM

Orang yang perasan diri ada masalah mental ni dia buat bising takpe. Kalau housemate dia buat benda yang sama, dia punya emosi dan geram tu melampau2. Budak yang kena lempang tu kurus, lembik dan tak melawan. Kalau aku,baling je kuali panas tu dekat muka dia. Nak sunyi2 jangan sewa rumah dengan manusia lain. Earplug ada jual.

Supersirap Publish time 9-3-2022 09:32 PM

Berdamailah sesama teman serumah, tidak rugi apa2 pun

Adrif Publish time 9-3-2022 09:35 PM

buat salah
mengaku OKU.. play victim tapi abuse orang style lama

mistified Publish time 9-3-2022 11:27 PM

Badan housemate dia tu nmpk sasa. Kesian kena tampar.

Vellfire Publish time 10-3-2022 01:31 AM

0NIZeE6UcUw


bottombikini Publish time 10-3-2022 09:34 AM

Edited by bottombikini at 10-3-2022 09:35 AM

makin ramai org gila dalam negara ni
silap sikit nak membantai org

btw kan cite pasal pkl 5 pagi ni.
aritu ada sorang merempan dalam group apartment sbb katanya kenapa ada org menumbuk pagi2 pkl 5.30. bising org belum bgn tido. macam ni pun ada..
hellowww...kau tu umo dah banyak tak reti ke bangun siap2 nak subuh

bukannasigoreng Publish time 10-3-2022 10:11 AM

tampar orang lepas tu mengaku sakit mental. senang ye kerja.

SedihPedih Publish time 10-3-2022 10:12 AM

dh duduk ramai2..ada la gitu..

kalau nk tenang, mohon sewa sendiri....

achinto Publish time 10-3-2022 10:38 AM

Wow. guna anxiety sebagai alasan/kebenaran utk suka suki tampar anak orang. I kenot brain org yang self-diagnose ni. biasanya diorang lah paling huhahuha pasal anxiety la panic attack la tapi tak nak pulak betul-betul pegi treatment.

And those yang betul2 ada mental health conditions, aman2 je pegi treatment. ramai yg siap hide their conditions. ni yg acah2 self-diagnose je selalu over tau

ezacbee Publish time 10-3-2022 10:43 AM

Dok menyewa memang la macam2 perangai kena hadap. Orang jenis ni sesuai dok sesorang je. Patutnya pompuan tu terbalikkan kuali kat kepala dia jadi topi besi cam cite kungfu panda. :lol:
Pages: [1] 2
View full version: Gadis Masak Pukul 5 Pagi Kecewa Ditampar, Dimaki Housemate


ADVERTISEMENT