jin9708 Publish time 4-9-2010 09:06 AM

Selamat Datang Dr. R. M. Marty

http://www.asobserver.com/2010/09/selamat-datang-dr-r-m-marty.html

OLEH:Khoo Jin Kiat
Gambar:Internet

(Kuala Lumpur 2hb Sept)6hb Sept ini,Menteri Luar Indonesia Dr. R. M. Marty akan tiba di Sabah Malaysia untuk mengadakan sesi perbincangan dua hala dengan Malaysia untuk membincangkan masalah MALINDO dan memperkasakan lagi hubungan kedua-dua negara.
Indonesia merupakan bakal pengerusi Asean 2011,kami mengalu-alukan kehadiran beliau untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi semua masalah dua hala dengan berpaksikan kepada Semangat Asean.

Selamat Datang Dr. R. M. Marty ,semoga segala-gala permasalahan MALINDO diselesaikan berdasarkan prinsip Semangat Asean:loveliness: {:1_152:}

suster_ngesot Publish time 7-9-2010 08:24 PM

iye ke !!!!!!:lol:

5229 Publish time 7-9-2010 09:14 PM

baguslah..diplomacy first... :loveliness:



p/s : tp menteri luar kite jgln la pulop baek hati pegi bagi blok sane blok sini...

ibrahimanwar Publish time 10-9-2010 05:33 AM

'Panggil pulang duta kita'
faridzwan@bharian.com.my
2010/09/09

Ketua Pemuda UMNO dakwa Indonesia gagal jaga keselamatan

KUALA LUMPUR: Wisma Putra harus memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Indonesia jika rundingan Malaysia dengan Indonesia mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata pihak berkuasa Indonesia tidak serius menjaga keselamatan Kedutaan Malaysia dan mendakwa isu berkenaan tidak disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kepada Menteri Luar Indonesia, Dr Marty Natalegawa ketika pertemuan di Kota Kinabalu, Isnin lalu. “Apa gunanya kita bercakap hanya soal Prosedur Piawai (SOP) dalam kes penguatkuasaan sedangkan masalah pokok ialah serangan dan penghinaan terhadap kedutaan dan juga bendera kita yang tak dapat ditangani pihak keselamatan Indonesia.

“Menteri Luar harus menghantar mesej jelas kepada Jakarta bahawa kita tak boleh bertolak ansur kedutaan kita terus dijadikan sasaran oleh penunjuk perasaan. Jika pihak keselamatan Indonesia tidak mengambil tindakan menghentikannya, kita patut panggil semula duta kita di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nor Azman Mohd Yusop untuk diagihkan kepada 240 anggota polis yang bertugas di kawasan bandar pada musim perayaan.

Khairy berkata, tindakan memanggil Duta Besar Malaysia ke Indonesia adalah isyarat protes secara diplomatik supaya pihak keselamatan republik berkenaan serius melindungi Kedutaan Malaysia.
“Tindakan memanggil duta pulang bukan bermaksud hubungan dua hala Malaysia-Indonesia terjejas tetapi mahu menyampaikan mesej bahawa kita kurang yakin dengan pihak keselamatan Indonesia menjaga kedutaan kita dan ia harus diketahui secara jelas oleh Kerajaan Indonesia.

“Kita perlu panggil semula duta kita pulang Kuala Lumpur dan tutup sebahagian daripada perkhidmatan kedutaan di Jakarta, bagaimana nak terus berkhidmat jika kedutaan diserang oleh penunjuk perasaan,” katanya.

Khairy juga mendakwa, Anifah gagal dalam rundingan dua hala Malaysia dan Indonesia di Kota Kinabalu kerana dikatakan tidak membincangkan mengenai kawalan keselamatan dan serangan penunjuk perasaan ke atas Kedutaan Malaysia di Jakarta.


wah malayisa dah tambah ramah nih...

eeiit, maksud ane tambah marah .

kawaq83 Publish time 10-9-2010 01:50 PM

aku ada terbau tahi lak kat sini...:lol:

botakgundul Publish time 11-9-2010 04:58 AM

hallloooowwwww............................................
Pages: [1]
View full version: Selamat Datang Dr. R. M. Marty


ADVERTISEMENT