tatod Publish time 8-3-2022 03:32 PM

Warga Twitter Berdebat, Muzik Indie VS Arus Perdana

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/08/142113tz48zhuclh22i2l2.png

Perselisihan pendapat antara segelintir peminat muzik indie dan arus perdana sudah lama timbul, namun isu itu semakin hangat diperkatakan apabila pengguna Twitter, Ku Syafiq mencuit perkara itu menerusi ciapan bebenangnya.


Ciapan Ku Syafiq membidas golongan yang digelarnya 'kakak hiburan' didakwa kononnya memerli penyokong muzik indie sekali gus meminati kumpulan SOG yang baru-baru ini muncul juara di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).


Syafiq berkata, mereka tidak memerlukan pengiktirafan daripada sesiapa pun kerana pemuzik indie terbukti mampu bersaing bukan hanya di Malaysia, tetapi juga di peringkat yang lebih tinggi.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/08/143633mxv1eh3r3hz8ictt.jpg

Walaupun sudah menutup ruangan komen, namun masih ada warga maya yang menciap semula status berkenaan sama ada bersetuju mahu pun menyelar bebenang jejaka berkenaan.


Rata-rata, ramai yang mempertikaikan kenyataan Syafiq yang dikatakan bercanggah apabila mengatakan penggemar indie tak 'hamak' pengiktirafan namun penggiat muzik indie masih dilihat tersenarai dalam pertandingan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/08/151746w0ffz6mpflhaxfh7.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/08/151544ugq4z7z7zyg1pk17.pnghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/08/151928zw5ce9lrw431v45w.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/08/151929ubntni7xty3i3nxi.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/08/152143cab6611106ozczdq.png




Kumpulan SOG bukanlah penggiat muzik indie pertama yang melakar kejayaan di pentas AJL.


Sebelum ini, Estranged dan Meet Uncle Hussein juga pernah menjulang kemenangan yang sama di pentas berprestij itu. - CARI









Tembikaigoreng Publish time 8-3-2022 04:50 PM

Salah Tu!! Sepatutnya cakap Kami hanya fokus kepada golongan yang meminati muzik kami. Kejadah kau jadi artis xnak recognition org sedangkan org² diluar sana lah yg akan beli album, beli ticket konsert, dengar lagu korang n so on...tak tau lah pulak kalau sasaran audience korang para² semesta LOL. Btw siapa yg cakap aliran muzik macam tu berkualiti???? Standard tu dapat dari mana? Ke sendiri claim LOL

imransulaiman Publish time 8-3-2022 05:23 PM

Betul ke maksud SOG tu semua orang gila?

dinosaurpink Publish time 8-3-2022 05:24 PM

Aku nak komen,tp xtau hujung pangkal
Mana komen yg trigger perdebatan ni
Kalau baca komen kusyafiq tu mcm dia reply marah kat org yg kondem sog agaknya,xlayak menang ke mungkin

naina Publish time 8-3-2022 07:03 PM

imransulaiman: Betul ke maksud SOG tu semua o ...

Sekumpulan Orang Gila

Adrif Publish time 8-3-2022 07:23 PM

adakah ini topik trend hype sementara kerana AJL?

seminggu kemudian, ada topik lain, ada orang lain untuk dihentam, nanti orang lupa balik kan?

btw, aku tak paham diorang2 ni sembangkan apa. sangat sofistikated

AcikBuncit Publish time 8-3-2022 11:51 PM

Apa la nak bangga sgt korg indie? Indie ke arus perdana ke sama je.. Org xhadap pn asal usul korang. YANG PENTING LAGU SEDAP ORANG CONFIRM SUKA. tu je.

Suke-dono Publish time 9-3-2022 05:11 AM

Zaman skang dah takde makna dah indie tu sebab semua digital, ramai org dah beroperasi secara indie, kos sewa studio dah minimum, tak perlu nak cetak cd. Kalau ikutkan definisi, Iqbal tu pun indie :lol: Bebudak BBNU pun buat lagu secara indie mana ada major label sgt dah. Zaman dah berubah. Kalau cakap lagu yg tak mainstream tu mungkin betul lah. Tapi metal ni sebenarnya "mainstream" juga dalam arena rock dan bukanlah suatu pembaharuan pun seperti yg si sapik tu gembar-gemburkan.

doubleharmonic Publish time 9-3-2022 06:23 AM

masdo dah jadi sampah kerr?

doubleharmonic Publish time 9-3-2022 06:35 AM

AcikBuncit replied at 8-3-2022 03:51 PM
Apa la nak bangga sgt korg indie? Indie ke arus perdana ke sama je.. Org xhadap pn asal usul korang. ...

kan chuolss. noreen sangat perangai nak fefeling indie ekslusif tak ramai tahu padahal sebenarnya sendu jahh? dah popular sikit mula nak memekak bagai? kalau gitu asal tak claim sekali sohai dengan inamunger tu retis indie sebab lagu2 diorang pon bukannya tembus pasaran mainstream hah noreen?

doubleharmonic Publish time 9-3-2022 06:52 AM

Suke-dono replied at 8-3-2022 09:11 PM
Zaman skang dah takde makna dah indie tu sebab semua digital, ramai org dah beroperasi secara indie, ...

kan chuolss. zaman sekarang yang tak layak jadi penyanyi pon boleh jadi penyanyi keluar lagu pakai duit sendiri jah so heshe tak nak claim as indie kah? nak beza mainstream ke tak pon tak boleh jugak sebab mainstream tu pon bukan takat pop jah tapi rap nasyid etnik bagai pon laku jugak? so yang beza sekarang ni samada ko sendu atau tak jahh yihhh

Sazreena Publish time 9-3-2022 02:30 PM

Zaman gig/myspace dulu leh la ko kata independent/underground. Itu ye semua buat sendiri, cari sendiri, ejas sendiri. Skang ni dgn all the digital shit, it's just a matter ko discover ngan tak je. Ikut la selera memasing. Cam aku dulu, kini dan selamanya mmg xleh masuk ngan minah nurhalipih tu. Tapi aku ok je dgr layan lagu arwah SM Salim, keroncong Malaysia & Indon.
Pages: [1]
View full version: Warga Twitter Berdebat, Muzik Indie VS Arus Perdana


ADVERTISEMENT