Vellfire Publish time 6-3-2022 11:34 AM

Gigi tumbuh dalam hidung

https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2022/03/WhatsApp-Image-2022-03-05-at-10.40.23.jpeg

NEW YORK: Seorang lelaki yang mengadu mengalami kesukaran bernafas angkara sebutir gigi tumbuh di dalam hidungnya.
Menurutnya, dia menghadapi masalah pernafasan beberapa tahun.
Pemeriksaan awal mendapati lelaki itu mempunyai septum yang menyimpang, yang bermaksud tulang dan rawan yang membahagikan rongga hidung hidung tersasar dari kedudukan biasa.
Pemeriksaan juga mendapati wujud halangan calcification iaitu berlaku deposit garam kalsium di jaringan abnormal pada bahagian belakang septum.
Imbasan CT juga menemui sebutir gigi tumbuh di dalam rongga hidungnya.
Doktor berjaya mengeluarkan gigi melalui pembedahan mulut dan otolaryngologi.
Pada pemeriksaan susulan tiga bulan selepas pembedahan, masalah hidung tersumbat pesakit berjaya diselesaikan dan pesakit tersebut kini sudah boleh bernafas tanpa masalah, lapor NDTV.

sarawakvoice.com/2022/03/05
Pages: [1]
View full version: Gigi tumbuh dalam hidung


ADVERTISEMENT