Agent13k Publish time 5-3-2022 01:48 PM

'Pergi Klinik Nak Ambil Ubat Batuk, Tetapi Doktor Bagi Bunga Cengkih!'

Baru-baru ini, tular di Twitter mengenai ciapan seorang pengguna yang berjumpa doktor di sebuah klinik kerana dia tidak berasa sihat dan mahu meminta ubat di klinik.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/05/120702jxtptxtcmpgxbgmc.pngkredit foto: Twitter/Motley



Memetik Beautifulnara, pengguna itu terkejut apabila diberikan paket kecil bunga cengkih oleh doktor yang bertugas pada hari itu.

Difahamkan, doktor itu sempat memberi pesanan supaya memasak air panas dan jangan lupa untuk mencampurkan beberapa biji bunga cengkih untuk menyelesaikan masalah batuknya.


https://twitter.com/AkeemSharyzal/status/1499572386911637505?s=20&t=uttcRKLIAIMhhS0Zhu7ZSQ

Pengguna berkenaan kemudian menyifatkan doktor itu sebagai seorang yang sempoi dan melucukan.


Ciapan itu membuatkan netizen terhibur dengan karenah doktor dan memuji doktor yang masih pertimbangkan cara tradisional untuk merawat penyakit.


https://twitter.com/AkeemSharyzal/status/1499685580128808963?s=20&t=uttcRKLIAIMhhS0Zhu7ZSQ

Berikutan itu, pengguna berkenaan menjelaskan doktor tersebut juga memberikan ubatan lain seperti ubat radang, ubat batuk dan antibiotik, bukan hanya bunga cengkih sahaja. - CARI

Normabaru Publish time 5-3-2022 02:06 PM

Jgn ingt SEMUA YANG KERJA KT CLINIC PERSENDIRIAN ITU ADALAH DOKTOR SEBENAR YA..

M A Pon ramai je bt PT kat situ..tolong diagnose n bagi ubat sbb owner clinic nk jimat cost

Doktor real charge 50-80 per hour
MA maybe half je

Pastu charge pricing termasuk consultation 100 min..bijak kan?Hehehe

Belibis Publish time 5-3-2022 03:33 PM

Takkan la doktor ni geng teori koperasi bumi leper?? Harap digi siasat klinik mana..

hashashes Publish time 6-3-2022 11:04 AM

Getik betul bbnu skrg n acik 7e viral dok ber gais2 ke hulu ke hilir

eyansss Publish time 6-3-2022 11:41 PM

ubat meradang?hahahaaruuuu…
Pages: [1]
View full version: 'Pergi Klinik Nak Ambil Ubat Batuk, Tetapi Doktor Bagi Bunga Cengkih!'


ADVERTISEMENT