tatod Publish time 5-3-2022 01:45 PM

Park' Kereta Halang Laluan OKU, Netizen Bengang Pemilik Tiada Adab

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/05/125626q4se7e8ux5p5we38.png



Nilai kesedaran segelintir masyarakat Malaysia akan tanggungjawab menyantuni golongan kurang upaya boleh dikatakan masih berada pada tahap rendah.


Sikap pentingkan diri yang masih tebal dalam diri menyusahkan ramai pihak sama seperti situasi dalam gambar.


Dikongsikan Kereta Sewa Qayem di Twitter, dia memuat naik gambar menunjukkan wanita kurang upaya yang menggunakan kerusi roda sukar melalui kemudahan jalan yang disediakan gara-gara terhalang oleh kenderaan pacuan empat roda berkenaan.




https://twitter.com/keretasewaqayem/status/1499558002315067392


Ciapan berkenaan menarik perhatian warga maya yang rata-rata berang dengan tindakan pemilik kenderaan itu.


Mereka berkongsi pengalaman berhadapan dengan situasi sedemikian dan berharap pihak berkuasa lebih agresif menangani masalah seperti itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/05/125946ttuof565r6faqh6a.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/05/125947c2rdgpdbrdgooggg.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/05/125947jspzcpm1cvcgpgc1.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/05/125948amdw8uzv5a8tya2h.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/05/125949e159m19w9wy67i56.jpg


Diskriminasi terhadap orang kurang upaya tidak hanya berlaku di jalan raya, tetapi juga hampir semua tempat.


Bagaimanapun, tindakan pantas pihak berwajib menjalankan tanggungjawab mereka mendapat pujian warga maya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/05/125829zvl0yql7l28deldl.jpg







Janganlah mengamalkan sikap mementingkan diri sehingga menyusahkan orang lain. Bagaimana jika perkara sama berlaku kepada orang terdekat atau insan tersayang? Mesti tidak puas hati kan? - CARI

Mulotkoyak Publish time 5-3-2022 08:33 PM

Itu belom lg peniaga yg berniaga kat tapak parking kete... Lpas tu ade juga owner umah taman ni siap perdiri parkir dpn tanah lapang kat padang... Cmne tuh???

krustykrab Publish time 5-3-2022 09:11 PM

Mulotkoyak replied at 5-3-2022 08:33 PM
Itu belom lg peniaga yg berniaga kat tapak parking kete... Lpas tu ade juga owner umah taman ni siap ...

Kang bila majlis dtg buat keje, viral pulak video sayu hiba, konon tak kesian org susah nk niaga...
Pening paler nk layan:dizzy:

faraway1 Publish time 6-3-2022 03:12 AM

tak faham camana orang boleh rasa tak malu bila buat benda benda camni...

makneng Publish time 6-3-2022 09:49 PM

Nampak mcm kat area Sri permaisuri.
Pages: [1]
View full version: Park' Kereta Halang Laluan OKU, Netizen Bengang Pemilik Tiada Adab


ADVERTISEMENT