Agent13k Publish time 4-3-2022 05:01 PM

Pemandu Terkejut Stereng Kereta Berasap Sebab Pelekat Getah!

Di laman video sosial TikTok, ada satu video yang menjadi tular apabila ia memaparkan pelekat getah lutsinar yang ditampal di bahagian kanan cermin kereta hadapannya boleh dipantul menjadi cahaya tajam dan ia cukup panas sehingga stereng kereta itu berasap.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/04/153719ijoj1jvqzent16fd.pngkredit foto: TikTok



Suhaimi Osman yang memuat naik video tersebut menunjukkan bagaimana pelekat getah lutsinar itu boleh memantulkan cahaya tajam sehingga ia menghasilkan asap seperti kanta pembesar.

7068868157888367898

Difahamkan, ia sudah 2 bulan Suhaimi telah memasang pelekat getah lutsinar itu tetapi baru sahaja dia menyedari tentang getah lutsinar yang boleh memantul cahaya tajam itu. Tambahan pula, Suhami menggunakan pelekat lutsinar itu untuk melekatkan alat pemegang telefon bimbit pada cermin hadapan keretanya.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/04/153351jtx4cr4hyt4jvjtx.pngkredit foto: TikTok



Berikutan itu, netizen juga memberi nasihat bahawa jangan meletakkan kaca mata di dalam kereta, kerana ia boleh menyebabkan kebakaran. -CARI
Pages: [1]
View full version: Pemandu Terkejut Stereng Kereta Berasap Sebab Pelekat Getah!


ADVERTISEMENT