CocoCily Publish time 4-3-2022 08:45 AM

Anak lelaki umur 11 tahun dah boleh diharap mandikan bayi baru lahir, masak dan jaga ibu berpantang

Edited by CocoCily at 4-3-2022 08:56 AM

I rasa this is a bit too much lah..:mad::'(..

Anak lelaki umur 11tahun dah boleh diharap mandikan bayi baru lahir, masak dan jaga ibu berpantang- “Saya sangat tegas, garang”
MEMILIKI anak yang pintar merupakan satu anugerahtapi memiliki anak yang ringan tulang dan rajin membantu adalah satu kelebihankepada ibu. Ini kerana, di usia kanak-kanak, pastinya merekaingin menghabiskan masa bersama rakan-rakan mahupun bermain permainan videosehingga sukar jika si ibu meminta bantuan.
Tampil berbeza, anak lelaki bagi pasangan SitiFauziah Masnan, 35, dan Haniffa Jhonasrol, 36, mampu melakukan kerja-kerjarumah termasuk memasak walaupun baru berusia lapan tahun. Menurusi video berdurasi 19 saat itu, anaksulungnya Hafiy Altamis Haniffa, 11, bukan hanya tidak kekok menjaga adik yangbaru berusia 44 hari, malah dia turut menguruskan segala keperluan Fauziahtermasuk memasak hidangan berpantang.
Kebolehannya itu meraih lebih 2.1 juta tontonan danmenerima hampir 100,000 tanda suka.
Bercerita tentang anaknya itu, ujar Fauziah, diaterpaksa mengajar anak-anaknya berdikari sejak dari usia lima tahun."Saya cakap kat mereka kenapa saya ajar buatkerja rumah dan sebagainya sebab saya nak mereka belajar hidup berdikari.
"Sebab kami tak tahu apa yang akan berlakukepada kami berdua akan datang, takut tak sempat tengok mereka membesar jadiperlu berdikari. Ke mana pun dia pergi, dia boleh jaga adik-adik... itumatlamat saya.
"Tapi saya didik mereka sangat tegas dan sayajuga sangat garang. Anak-anak memang takut dengan saya.
"Hafiy ni saya panggil abang... dari umur diatujuh tahun saya dah ajar masak nasi dan goreng telur dadar.
"Umur lapan tahun saya dah ajar dia masak nasigoreng. Sekarang dia dah master bab masak, kalau saya sibuk dia yang akan masakuntuk adik-adik," ujar ibu kepada lima cahaya mata itu.
Dia yang juga ahli perniagaan memberitahu,sepanjang tempoh berpantang bulan lepas, anak sulungnya yang paling banyakmembantu di samping anak keduanya yang berusia lapan tahun.
"Saya bersalin czer... pergerakan terbatas danberpantang sendiri di rumah, suami yang jaga. Minggu pertama mak mertua datang,dalam masa sama suami dah mula sibuk kerja.
Masa berpantang dah masukminggu kedua tu, suami dah start sibuk... saya tinggal dengan anak-anak dekatrumah jadi Hafiy yang masak sepenuhnya.

"Jadi masa cuti sekolah sekejap tu, ayah diapesan dekat anak-anak untuk jangan bagi mommy stress dan sama-sama kemasrumah."Bila ayah dia masak, mereka akan tolongsediakan bahan dan memasak. Sebab seawal usia lima tahun memang saya dah ajaranak-anak buat kerja rumah, jadi mereka tak kekok," jelasnya.
Menurutnya lagi, minggu kedua berpantang, dia danbayi baru lahir diuruskan sepenuhnya oleh Hafiy dan anak keduanya."Masa berpantang dah masuk minggu kedua tu,suami dah start sibuk... saya tinggal dengan anak-anak dekat rumah jadi Hafiyyang masak sepenuhnya.
"Saya minta anak bujang saya masak yang simplemacam ayam kukus halia. Ni mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus.Kadang-kadang dia masak sup ayam."Hafiy akan dibantu oleh adik perempuan dia sebab adik dia pun dahdiajar masak nasi sejak umur tujuh tahun.

"Bila dia tengok abang dia masak, jadi dia punnak buat. Masa saya dalam pantang ni, adik dia akan basuh dan sidai baju."Abang pula akan masak dan kemas rumah, memangsaya dah ajar mereka bahagi-bahagi tugas," katanya sambil memuji sikapHafiy yang ringan tulang dan tidak pernah merungut letih.
Bercerita lanjut, kata anak kelahiran Selayang itu,dia bertegas dengan anak-anaknya kerana anak ketiganya adalah anak istimewayang menghidap william sindrom."Masa tu saya tak mampu nak ada pembantu rumahjadi saya ajar anak-anak saya yang sulung dan kedua tu buat kerja rumah supayakalau berlaku apa-apa dekat saya dan suami, mereka boleh jaga adik-adikterutama yang istimewa ni."Sejak itu saya ajar mereka buat kerja rumah sebab anak istimewasaya," katanya yang sentiasa menitik beratkan soal keselamatan dankebajikan anaknya





Source: https://www.mstar.com.my/lokal/v ... _7084h_fgpBpda1VW94

hasniey Publish time 4-3-2022 09:32 AM

Mmg la bagus ajar anak buat kerja rumah.tp bapak dia mcm lepas tgn je
Bini bru seminggu brsalin ko dh start keje
Kesian anak2.kecik lg dh jd second parentt utk adik2

~boolean Publish time 4-3-2022 01:42 PM

bagus: anak diajar untuk berdikari...bagi aku masak nasi ni life skill, berguna sampai ke tua..

tak bagus: si bapak sibuk kerja dah tau isteri tengah berpantang...paling tidak pun sediakan lah maid atau tempah makanan..engkau suami isteri yang mengangkang buat anak, bila dapat anak lepas tangan pada isteri dan anak..

annehuda Publish time 4-3-2022 04:31 PM

harap-harap mak ni ingatlah jasa anak sulung yg jaga pantang ni. banyak aku perati orang tua ni anak yang paling banyak jaga dia tu lah yang dia tak pandang, yang disayangnye anak lain yang takde jasa pun. one day katalah aku ada anak moga dijauhkanla aku dengan sikap pilih kasih mcm tu

CocoCily Publish time 4-3-2022 04:57 PM

Memang la kita patut ajar anak life skills, berdikari etc. But for me for them to manage themselves. Bukan ambil kesempatan lempar responsibilities ke anak sulong.

Ini dah sampai jaga mak pantang - masak lauk pantang, uruskan baby. He's just a child not confinement lady.

"Saya minta anak bujang saya masak yang simplemacam ayam kukus halia. Ni mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus".- If simple why tak buat sendiri? Or suami buat before pergi kerja/frozenkan etc?


CocoCily Publish time 4-3-2022 05:03 PM

hasniey replied at 4-3-2022 09:32 AM
Mmg la bagus ajar anak buat kerja rumah.tp bapak dia mcm lepas tgn je
Bini bru seminggu brsalin ko...

Ramai je si bapa yang cuti seminggu je. Tapi as an adult yang boleh fikir ni have to manage it - cari maid/confinement lady etc. Not lepas kat anak. He's just a child. Parents beranak and relax dalam pantang :curse: , tai chi to anak 1st, 2nd.

missus_meow Publish time 4-3-2022 05:28 PM

siannya budak ni ... dah kena jadi tukang jaga mak berpantang, adik baru lagi ... u want ur children to love and respect u as a mother, not be afraid of you ...

MoneyMatters Publish time 4-3-2022 09:23 PM

CocoCily replied at 4-3-2022 04:57 PM
Memang la kita patut ajar anak life skills, berdikari etc. But for me for them to manage themselves. ...

Yihhh nya mak camni. I hrp anak sulung tu x la asyik fikir nak masuk asrama sbb nk lari. Sian sgt tau. Anak ni patutnya utk tlg je bukan suruh itu ini hmmm ntahlah..

Meiizu Publish time 4-3-2022 09:57 PM

Ajar berdikari takpe ....yg aku risau bapa lepas tangan .
Jgnlah bebankan anak..buku sekolah mak ada masa ke

becir Publish time 4-3-2022 10:22 PM

Edited by becir at 4-3-2022 10:23 PM

Mmg cukup umur budak ni keluar rumah tak nak balik dah, nak ajar berdikari sgt kan?

Mak bapak bodo namanya, bangga pulak tu garang ngan anak, anak takut ngan dia..moga tua esok anak menggarang balik ngan dia.

Nurul8001 Publish time 5-3-2022 08:42 AM

Ohhhhh, inilah yg org kata sorang mak boleh jaga sepuloh anakkkk. Faham. Faham
(baca dalam nada TikTok. Hahhhahha)

Nurul8001 Publish time 5-3-2022 08:45 AM

Nak ajar berdikari, cukupla dia tau menyapu, mengemas, dan memasak utk makan sendiri. Bukan masak utk ko mak yg tengah pantang. Siap nak kena jaga adik yg masih dalam pantang? Apo

krustykrab Publish time 5-3-2022 12:50 PM

Nurul8001 replied at 5-3-2022 08:42 AM
Ohhhhh, inilah yg org kata sorang mak boleh jaga sepuloh anakkkk. Faham. Faham
(baca dalam nada TikT ...

Org dulu2 mcm ni la...beranak punya ramai, anak2 yg atas2 tu yg duk dikulikan jaga adik2..lps tu duk canang, mak sorg blh jaga 10 anak, padahal dia dh lepas tanggungjwb tu kat anak2 dia;P

spankee_fili Publish time 5-3-2022 02:42 PM

Simpatinya nasib adik ini, harap tak sampai hilang momen kanak2 dan remaja..
Kita dulu pun besar tu nak main jugak takde sampai nak kena masak lauk pantang, sampai tolong masak seumur 8 tahun
Anak makcik iols pun kena lebih kurang gini, kena masak bagai masa sekolah rendah tapi senyap budaknya
Masuk spital doktor kata stress sampai gugur rambut, tapi ada sebab sakit lain jugak
Sekarang nak masuk asrama dah, harap dia dapat remaja

krustykrab Publish time 6-3-2022 08:00 AM

Pompuan ni ckp sbbkn anak ke3 dia sakit sb tu dia gigih latih yg 2 atas tu berdikari supaya blh jaga adik ni incase apa² jd kt diorg kan
Aku nk tgk lps ni dia ada nk mengandung lg tak...or nk focus kt yg sakit ni or nk beranak lg sambil mengkulikan anak 2 org tu.

Kitty_catz Publish time 6-3-2022 10:36 AM

kalau bapak nya kerja makan gaji harus la dah apply cuti 2,3 minggu ye dok

kalau bapak nya kerja sendiri mcm bukak gerai ke haper, tak bukak takde income harus la tak boleh cuti lama2

kalau biz kencang meols percaya harus dah ada ongaji satu dua or masuk confinement center.. ni hagak2 nya cukup2 je makan anak beranak

ni bukan bapak lepas tangan, tp bapak yg kuat kerja utk anak bini

salute la ke mak nya yg kekecik dah ajo ank berdikari

belacan_gurl Publish time 6-3-2022 08:27 PM

annehuda replied at 4-3-2022 04:31 PM
harap-harap mak ni ingatlah jasa anak sulung yg jaga pantang ni. banyak aku perati orang tua ni anak ...

Selalu nya anak yg don jaga tu lah lagi byk disusahkan oleh mak bapak....yg bawah2 dia semua tak dikaco

clarizsa Publish time 7-3-2022 04:33 PM

Dah sndri mengaku sangat tegas dan garang pastu bangga plak kata anak2 tak pernah merungut penat
Ye lah berani ke budak2 tu nak merungut kan

clarizsa Publish time 7-3-2022 04:36 PM

I kesian kat budak tu x menikmati zaman kanak2
Mesti penat hadap hal rumahtangga di usia kecil cmtu
Skills tu kemudian2 pun xpe
Contoh kalau makpak meninggal masa anak tu kecik pun xde nya org dewasa lain nk suruh budak2 kecik tu masak bagai sndri pun

CocoCily Publish time 7-3-2022 07:26 PM

Kitty_catz replied at 6-3-2022 10:36 AM
kalau bapak nya kerja makan gaji harus la dah apply cuti 2,3 minggu ye dok

kalau bapak nya kerja se ...

Bukan x setuju ajar anak berdikari, life skills tu semua. Memang kita patut ajar pun. Tapi dah sampai jaga ibu pantang, urus adik baby kecil tu, for me too much lah..kita pun ada dengar ramai ibu ibu bersalin czer pantang sendiri etc but this one another level la..anak jaga mak pantang, siap masak, urus baby..
Pages: [1] 2
View full version: Anak lelaki umur 11 tahun dah boleh diharap mandikan bayi baru lahir, masak dan jaga ibu berpantang


ADVERTISEMENT