Agent13k Publish time 3-3-2022 02:56 PM

Lelaki Sambar Duit Dari Warga Emas Yang Lupa Ambil Duit Di Mesin ATM

Baru-baru ini ada satu video tular di media sosial Facebook memaparkan satu kejadian melibatkan warga emas yang terlupa mengambil duit dari mesin penguluaran wang automatik (ATM) di sebuah premis dekat Taman Puchong Perdana, Puchong.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/03/140552yd1ieadwwiuvkk71.pngkredit foto: Fcaebook



Menurut Majoriti, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada pagi rabu pada menunjukkan lelaki warga emas itu mengeluarkan duit dari ATM tetapi tidak lama kemudian seorang lelaki berbaju biru yang berdiri belakang lelaki warga emas itu menunggu gilirannya.




Difahamkan, lelaki warga emas itu yang terlupa mengambil duit itu terus mengambil kadnya ke dalam dompet dan beredar dari tempat itu. Tanpa melengahkan masa, lelaki berbaju biru itu terus mengambil duit yang dilupakan itu dan meletakkan ke dalam dompet sendiri.

Ramai netizen mengecam perbuatan lelaki yang mengambil kesempatan ke atas orang lain itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/03/140910y5499zsf05dub9r0.png


Seorang pengguna Facebook Anita Suhaimi iaitu seorang guru meminta suspek memulangkan wang tersebut kerana itu adalah wang peruntukan untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Tambahan pula, suspek itu atau orang ramai yang kenal suspek itu boleh menghubungi pejabat SMK Puchong Perdana di talian 03-80626505 ataupun hubungi cikgu Anita 012-3263641. - CARI

ally9970 Publish time 4-3-2022 05:37 PM

Tang mana si baju biru tu sambar duit dr pakcik tu? Dlm video tu, pakcik tu lupa amik duit.

copy_paste Publish time 8-3-2022 11:49 AM

org yg xde amanah,
jenis mcm ni jgn la alpa dgn dia,laju je dia kebas
Pages: [1]
View full version: Lelaki Sambar Duit Dari Warga Emas Yang Lupa Ambil Duit Di Mesin ATM


ADVERTISEMENT