Raline Publish time 2-3-2022 08:21 PM

Telefon dilarikan monyet ketika cuba buat ‘content’ media sosial

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/03/monyet-larikan-hp.jpg
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika sebuah telefon milik seorang wanita yang diletakkan di atas lantai diambil oleh sekor monyet. – Instagram


Telefon dilarikan monyet ketika cuba buat ‘content’ media sosial

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi ketika seekor monyet mengambil telefon milik seorang wanita yang diletakkan di atas lantai untuk merakam video, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik pada akaun Instagram bernama @memomedsos.

Seorang wanita bertindak meletakkan telefonnya di atas lantai lalu berjalan menuju ke hadapan.

Ketika berdiri bersama rakan-rakannya untuk mencipta kandungan media sosial, tiba-tiba salah seorang rakannya menjerit. Rakaman video kemudian menunjukkan langit yang berwarna biru pada waktu itu.

Rupa-rupanya, seekor monyet yang berada di kawasan itu telah mengambil telefon milik wanita itu. Kaki dan badan monyet itu dapat dilihat apabila ia berlari membawanya.

Wanita itu berlari mengejar haiwan berkenaan sambil menjerit panik. Setelah mendapatkan telefonnya kembali, wanita itu berlari ketakutan menjauhi monyet berkenaan.

“Monyet itu mengambil telefon pelawat di hutan Bakau Langsa, Aceh ketika dia ingin membuat content,’’ demikian kapsyen pada video tersebut.

Muat naik itu tular dan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Mungkin ia cemburu tidak diajak masuk dalam rakaman video,’’ tulis seorang netizen.

“Nasib baik dapat balik telefon itu,’’ komen netizen lain. – Agensi

https://www.kosmo.com.my/2022/03/02/telefon-dilarikan-monyet-ketika-cuba-buat-content-media-sosial/

musangbodoh Publish time 2-3-2022 08:49 PM

cait....yendon mari

Artemesiaa Publish time 3-3-2022 06:09 PM

Mesti monyet dah lama perati tunggu masa nak rembat je
Pages: [1]
View full version: Telefon dilarikan monyet ketika cuba buat ‘content’ media sosial


ADVERTISEMENT