Tashu Publish time 2-3-2022 01:03 PM

Edisi JJCM LANGKAWI & Menara MAHA mercu tanda baharu Langkawi

Edited by seribulan at 7-3-2022 10:23 AM

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/kdh-Menara-MAHA-Langkawi.jpg

LANGKAWI: Menara MAHA yang terletak di Persiaran Putra, Kuah di sini, menjadi mercu tanda baharu pulau peranginan ini apabila ia beroperasi pertengahan tahun ini.

Pembinaan menara setinggi 138 meter (m) di kawasan pinggir laut itu adalah satu projek ikonik Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) bagi menarik lebih ramai pelancong mengunjungi pulau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lada, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, menara berasaskan konsep reka bentuk seni Islam itu dibina pada November 2014 dan siap Disember tahun lalu.

Menurutnya, pembinaan menara di kawasan seluas 18,494 meter persegi itu yang dikenali Dataran MAHA menelan belanja kira-kira RM140 juta.

“Antara tarikan yang disediakan di Menara MAHA adalah dek tinjauan dengan pemandangan 360 darjah bandar Kuah dengan nyalaan lampu berwarna-warni di menara pada waktu malam.

“Terdapat sebuah dataran berhampiran dengan keluasan kira-kira 46,451 meter persegi yang membolehkan pelbagai aktiviti atau program peringkat kebangsaan dan antarabangsa dapat dilaksanakan,” katanya di sini, semalam.

Nasaruddin berkata, menara tersebut mempunyai restoran yang boleh menempatkan 250 orang pada satu-satu masa di samping beberapa kemudahan lain.

Antara kemudahan yang disediakan ialah dewan majlis, dewan serbaguna, bilik persidangan, ruang pejabat, ruang perniagaan, surau, kaunter pertanyaan, muzium dan ruangan bazar.

Beliau memberitahu, menara itu juga salah satu daripada lima komponen Langkawi City iaitu Dataran MAHA, bangunan komersial, kediaman dan hotel, ruang perniagaan serta marina.

“Lima komponen tersebut dibina dalam empat fasa berperingkat iaitu fasa pertama adalah Menara MAHA dan Dataran MAHA, fasa kedua adalah bangunan komersial, fasa ketiga adalah kediaman dan fasa keempat melibatkan pembinaan hotel, villa persendirian, ruang perniagaan serta marina,” ujarnya. – UTUSAN

seribulan Publish time 2-3-2022 06:34 PM

Lamanyeee x pergi Langkawi...JJCM laksa Perak Kedah & Perlis :drool3:

Tashu Publish time 2-3-2022 06:54 PM

one day akan sampai sini jugak:D

babelina Publish time 3-3-2022 09:36 AM

lama x ke langkawi.. dulu last pegi kemain happening lepak2..

makton Publish time 3-3-2022 02:41 PM

bulan 12 lepas aku pegi cuma sempat snap gambar dr jauh.
ada hotel dpn menara tu, and ada bilik yg dpt view menara.
time sunset lawa gile view situ

seribulan Publish time 3-3-2022 05:05 PM

makton replied at 3-3-2022 01:41 PM
bulan 12 lepas aku pegi cuma sempat snap gambar dr jauh.
ada hotel dpn menara tu, and ada bilik yg d ...

Post le gambo2 makton {:thumbo kasi tachang Ngan Yin ...

makton Publish time 4-3-2022 07:17 AM

seribulan replied at 3-3-2022 05:05 PM
Post le gambo2 maktonkasi tachang Ngan Yin ...

i tak tahu la kenapa cari forum dekstop ni tak leh post gambar. dah upload tp keluar error dlm bahasa cina :curse:
byk kali dah cuba nak post gambar tetap tak lepas2

seribulan Publish time 4-3-2022 08:19 AM

makton replied at 4-3-2022 06:17 AM
i tak tahu la kenapa cari forum dekstop ni tak leh post gambar. dah upload tp keluar error dlm bah ...
Oh :funk: ingatkan saya je...dah komplen admin...pm gak dia...biar tahu ramai yg terkesan :curse:

makton Publish time 4-3-2022 09:37 AM

seribulan replied at 4-3-2022 08:19 AM
Ohingatkan saya je...dah komplen admin...pm gak dia...biar tahu ramai yg terkesan
...

ooo mmg tgh prob ke.. then yg org lain boleh post gambar tu sbb guna phone ke?

seribulan Publish time 4-3-2022 10:11 AM

makton replied at 4-3-2022 08:37 AM
ooo mmg tgh prob ke.. then yg org lain boleh post gambar tu sbb guna phone ke?

Phone x boleh...ada yg aplod website ke hapa...baru post {:mlyes:}

makton Publish time 4-3-2022 10:26 AM

seribulan replied at 4-3-2022 10:11 AM
Phone x boleh...ada yg aplod website ke hapa...baru post

hari tu i share gambar tp insert guna link web. ada sstgh tak boleh gak.

seribulan Publish time 4-3-2022 08:03 PM

makton replied at 4-3-2022 09:26 AM
hari tu i share gambar tp insert guna link web. ada sstgh tak boleh gak.

Dah boleh...report kat admin :D


makton Publish time 7-3-2022 07:29 AM

seribulan replied at 4-3-2022 08:03 PM
Dah boleh...report kat admin

yeayyy.. ni gambar masa i pegi langkawi last dec..
sempat berhenti kat traffic light & snap this tower.


seribulan Publish time 7-3-2022 09:10 AM

makton replied at 7-3-2022 06:29 AM
yeayyy.. ni gambar masa i pegi langkawi last dec..
sempat berhenti kat traffic light & snap this t ...

Lawa ye...kalah Eiffel Tower besi buruk tu ;P

Ada lagi gambo apa2 Langkawi :loveliness:

makton Publish time 7-3-2022 11:14 AM

seribulan replied at 7-3-2022 09:10 AM
Lawa ye...kalah Eiffel Tower besi buruk tu

Ada lagi gambo apa2 Langkawi

heheh ni kira off topic pasal menara MAHA la ye.. i share sikit gambar last dec i cuti2 dgn shuben


Day 1 :
i stayed Gemalai Village. Amik rumah 2 tingkat with breakfast.
Vibes kampung with paddy field.




















Then kitorang naik cruise tengok sunset. tp sebab hujan so sunset tak nampak pun hehehe..
makan dinner atas cruise then balik je terus.














Day 2 :
Kitorang stay Berjaya Resort Langkawi.
Tapi tak amik breakfast sebab nak pegi makan Nasi Dagang Pak Malau.

















Keluar dari Langkawi kitorang sambung cuti di :
- Bukit Merah Laketown Resort
- Sementra Resort, Gopeng
- Cameron Highland




seribulan Publish time 7-3-2022 11:24 AM

makton replied at 7-3-2022 10:14 AM
heheh ni kira off topic pasal menara MAHA la ye.. i share sikit gambar last dec i cuti2 dgn shuben ...

Dah ejas tajuk thread ;P makton bukak le thread khas makton travelog...leh kami cuci mata tengok gambo2 dulu & sekrg punya travel :D

makton Publish time 7-3-2022 01:04 PM

seribulan replied at 7-3-2022 11:24 AM
Dah ejas tajuk threadmakton bukak le thread khas makton travelog...leh kami cuci mata tengok g ...thank you sis @seribulan bagi tacang banyak {:1_149:}

nak kena kumpul dulu gambar2 & edit tutup muka.
kalau ada yg bukak tred boleh le i join share gambar.
sendiri nak bukak tred segan iols :$

seribulan Publish time 7-3-2022 02:16 PM

makton replied at 7-3-2022 12:04 PM
thank you sis @seribulan bagi tacang banyak

nak kena kumpul dulu gambar2 & edit tutup muk ...

;P no prob...ada 2, 3 thread leh letak gambo dlm bod
ni :D

sarahmohamad Publish time 7-4-2022 02:19 PM

makton replied at 7-3-2022 11:14 AM
heheh ni kira off topic pasal menara MAHA la ye.. i share sikit gambar last dec i cuti2 dgn shuben ...

Bestnyaaaa... plan nak ke langkawi beberapa bulan lagi bawak kids jalan2. share lah iti kalau ada ;P

makton Publish time 7-4-2022 03:29 PM

sarahmohamad replied at 7-4-2022 02:19 PM
Bestnyaaaa... plan nak ke langkawi beberapa bulan lagi bawak kids jalan2. share lah iti kalau ada...

sy ke langkawi tak bawak budak.kalau bawa anak boleh consider tempat2 ni :

1. cable car
2. 3d museum
3. cenang
4. nasi dagang pak malau
5. kilim geopark
6. island hopping
7. paradise 101
8. sunset dinner cruise
9. dataran lang
Pages: [1] 2
View full version: Edisi JJCM LANGKAWI & Menara MAHA mercu tanda baharu Langkawi


ADVERTISEMENT