Agent13k Publish time 1-3-2022 03:19 PM

Lelaki Dipanggil "Biawak Hidup" Kalau Cari Pasangan "T20", Tetapi Kalau Wanita Dianggap Perkara Biasa Pula?

Baru-baru ini di media sosial Twitter, ada seorang pengguna telah mencetuskan perdebatan di antara netizen menerusi ciapannya tentang kewangan seseorang.

Ciapan itu berbunyi, "kebanyakan orang mencari yang financially stable, tapi apa yang dimaksudkan dengan kestabilan ekonomi itu?"

https://twitter.com/nadzir_bean/status/1498154665581891586?s=20&t=FCxhpUxO16lwdv6gWx2p3w

Ramai yang memberi pandangan seseorang itu pasti ingin mencari pasangan yang mempunyai kerja tetap dan ada aset seperti kenderaan sendiri dan rumah.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/01/143155uvsjzkqev4k04pks.pngkredit foto: Redaksi



Tetapi, ia menjadi debat yang panas apabila beberapa netizen menganggap bahawa mereka yang mempunyai gaji tertentu misalnya RM1,200 sebulan agar mencari pasangan yang mempunyai gaji yang sama dan tidak digalakkan untuk mencari pasangan yang berada di dalam "T20" itu.

https://twitter.com/tehtarikOnIce/status/1498301801334190080?s=20&t=FCxhpUxO16lwdv6gWx2p3w

Difahamkan, ada pengguna memberitahu kepada kaum lelaki untuk "sedar diri" kerana tanggungjawab untuk menyara isteri dan keluarga dan hanya mencari yang "sekufu" sahaja. B


agi kaum wanita pula mahu mencari pasangan yang lebih bergaji tinggi dengan alasan masa depan lebih terjamin setelah berkahwin nanti.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/01/143749jwqlp972qp29wly7.pngkredit foto: Twitter



Tambahan pula, paling penting untuk mencari pasangan adalah mestilah melihat pada seorang individu yang mengutamakan agama kemudian harta, keturunan dan juga keelokan paras rupa pasangan itu. -CARI

Adrif Publish time 1-3-2022 03:46 PM

dah memang dari dulu gitu, susah nak ubah mentaliti orang

Cinderella syndrome

"Hidup I ni sedih. semua orang buli I. duit tak banyak, miskin. kesian kan?"
lepas tu putera raja yang kaya raya lagi kacak menawan datang meminang.
hidup dalam istana bersenang lenang ada orang suruhan

lempang sorang-sorang bagi bangun dari mimpi. oi, balik la ke realiti

berusaha mencari rezeki macam nak tanggung hidup 1000 tahun
beribadat macam hidup tinggal 1 hari lagi

laki ka, perempuan ka, usaha ja cari duit, jangan nak mengharap orang
sekarang ni ekonomi ntah apa-apa. hari ni kau jutawan, besok kau papa kedana
inflasi la, pandemik la, perang la. kerja, usaha tambah duit

ada pepatah zaman dulu, "Being poor is a sin."
jangan sampai mengemis, meminta-minta.

ada yang kaya, tapi miskin
ada yang miskin, tapi kaya

Rezeki dengan ajal, Allah tentukan
kita ikhtiar dan berusaha

cikatilia Publish time 1-3-2022 03:50 PM

kalau dah kerja idak tup2 mencari org kaya nak goyang kaki jah

tu baru biawak

musangbodoh Publish time 1-3-2022 04:21 PM

aku ade kwn

hensem ader tp botak
kaya dlm bank jamban dia byk duit. aku taulh
bwk viva je g jumpa awek2...

selalu direject...sbb ape ye???

ezacbee Publish time 1-3-2022 04:25 PM

musangbodoh replied at 1-3-2022 04:21 PM
aku ade kwn

hensem ader tp botak


Sebab dia takde logo H yg diidamkan awek bbnu.. :lol:

hasniey Publish time 1-3-2022 04:43 PM

musangbodoh replied at 1-3-2022 04:21 PM
aku ade kwn

hensem ader tp botak


Sbb perangai dia la tu.
Kalau kata prmpuan tgok bwk kete apa xde la mat pet,mat rempit dpt kawen
Xpon dia asik tackle prmpuan2 yg bwk honda.
Cuba g ngorat kerani ke,cashier ke,nurse ke
Nurse pon ramai kawen dgn biawak tau

kotakominami Publish time 1-3-2022 08:06 PM

musangbodoh replied at 1-3-2022 04:21 PM
aku ade kwn

hensem ader tp botak


Sebab die ade awek2 maknenye die curang...dah la pakai viva ade hati nk curang...kesah pulak duit byk

Meiizu Publish time 1-3-2022 09:48 PM

musangbodoh replied at 1-3-2022 04:21 PM
aku ade kwn

hensem ader tp botak


Aku teka...dia belagak.
V
Cakap/perangai belagak..bawak vida ehh viva tu bukan utk dia rendahkan diri.saja acah bla blaa

Megikari Publish time 2-3-2022 09:28 AM

Kawan aku.. Gred 48 kerja gomen. Umur 40 masih single, desperate nak kawin sebab pressure dari family. Duit berkepuk2 sebab selama ni memang duduk free dengan family, bawak H, tiap2 tahun travel overseas. Datang sorang mamat duda anak 1 ni, kerani gred 22 kaat ofis blok sebelah. Ajak kawin, kawan aku setuju. Berbuih la kawan2 bagi nasihat, suruh reconsider tapi hampeh.

2 bulan je bercinta, terus nikah. Mula2 kawin siap brag kat kami, kata mujur dia tak ikut cakap kitorang sebab dia bahagia la sangat2. Masuk bulan ke 3, datang nangis2 mengadu. Now dah menyesal, asyik mengadu laki suruh bayarkan semua bil. Beli rumah pun potong gaji bini. Duit dapur tak payah kira la, memang sesen tak bagi. Alasannya, gaji dia kena bayar nafkah anak dengan duit kereta ex bini. Hujung bulan siap kawan aku kena topup duit poket laki. Tapi laki layan macam sampah, siap puji2 ex bini pandai serba serbi.

Ni yang terbaru laki dia pujuk2 minta bayarkan deposit hrv pulak. Kawan aku pulak boleh cair hati, so bayar le 10k. Malas dah aku nak cakap apa, stand by je la ko bayarkan bulan2 pulak lepas ni

krustykrab Publish time 2-3-2022 10:03 AM

Mmg lah..dah tanggungjawab ko sbg suami, carik nafkah utk anak bini. Dh kalau malas sgt nk keje, tak payah kawin..rosakkn hidup anak org je.

MoonRise Publish time 2-3-2022 10:17 AM

Kalau kau islam, kau pon tahu tanggungjawab sbagai seorang lelaki bila dah jd suami.
Tapi perempuan tu, sila la cari duit jgk. Senang nak horay horeyy guna duit sendiri.
Nafkah wajib, biar laki yg fikir

wirazam Publish time 2-3-2022 06:49 PM

Adrif replied at 1-3-2022 03:46 PM
dah memang dari dulu gitu, susah nak ubah mentaliti orang

Cinderella syndrome


Budak budak dulu byk yg terjebak dgn drama petang petang..keje kat kl ..keje kilang je tapi sewa rumah lawa fully furnished siap..pastu ada boss bujang anak org kaya raya nak ngorat pastu start bercinta..merajuk..balik kpg..si hero carisampai ke kpg...pastu kawin

zehra2 Publish time 2-3-2022 08:14 PM

kaya pun.. kalo kedekut, apa guna nya.. terhegeh mintak nafkah dari suami:I
cukup2 lah jual diri.. lg jual maruah pulak

fair_iza Publish time 3-3-2022 12:20 AM

Pernah dengar caller dr suria ptg. Suami gaji lbh rendah dr bini. Rumah kereta bini tanggung. Rara tanya mesti bil2 suami byr kn...caller tu jwb tidak, bini jg byr. Belanja dapur pn bini byr. Rara tanya knp x bantu langsung. Caller tu jwb sbb gaji bini lbh tinggi dr suami. Rara mcm nk marah dh...last2 caller tu ckplh dia keluarkn duit bila mkn kt luar je. Hampeh punya jantan.

annehuda Publish time 3-3-2022 02:35 AM

Megikari replied at 2-3-2022 09:28 AM
Kawan aku.. Gred 48 kerja gomen. Umur 40 masih single, desperate nak kawin sebab pressure dari famil ...

Aku pun ada member mcm ni. Die citer dulu masa dia bujang dia keje kerajaan,pembantu sekolah ke ape ntah,pastu masuk umur 30 family die dok bising sbb tak kawen lg. Agaknya terdesak dan didesak die kawen ngan sorg mamat ni,keje tukang masak skali tu rupanya kaki hisap dadah gak. Kesian aku tgk akak ni,dia citer dia buat loan utk laki die bukak kedai makan sendiri,sekali tu lingkup. Akak tu dok buat loan tutup lubang sampai dia bankrap,pastu ada masalah kesihatan. Terus diberhentikan keje. Yg lagi kesian tu diorg ni dah ada anak 2 org,barang-barang rumah yang akak ni beli masa dia bujang tu habis kene jual ngan laki die. Last-last cerai. Akak tu plak kene hadap akpk. Aku penah temankan akak ni pegi amek nafkah dgn x-laki die tu. Aku tengok laki die pun eh seriau plak aku sbb memang jenis mulut manis jugak. Last aku dengar ex-laki tu tgh bercinta ngan cikgu sekolah plak. Ex-laki akak tu keje kedai roti je. Sbb tu jgn salahkan perempuan kalau nk cari laki kaya sbb byk kes mcm ni

annehuda Publish time 3-3-2022 02:43 AM

musangbodoh replied at 1-3-2022 04:21 PM
aku ade kwn

hensem ader tp botak


Kawan ko tu mesti sejenis humblebrag pastu acah-acah perasan dia lelaki baik yang selalu dikecewakan kan? Sorry la ye aku as perempuan pun penah je kenal lelaki mcm ni,tgh sembang tetiba dia citer i ada aset itu ada simpanan byk mcm ni ada side business,honestly aku tak selesa la sbb bile die bukak topik mcm tu sbb awal perkenalan dh cakap pasal duit.pastu bajet nak aku akan jadi kagum ke ape?

Paris19 Publish time 3-3-2022 06:40 AM

Megikari replied at 2-3-2022 09:28 AM
Kawan aku.. Gred 48 kerja gomen. Umur 40 masih single, desperate nak kawin sebab pressure dari famil ...

Kesian nya lah yg kena scam mcm ni

Paris19 Publish time 3-3-2022 06:44 AM

Adrif replied at 1-3-2022 03:46 PM
dah memang dari dulu gitu, susah nak ubah mentaliti orang

Cinderella syndrome


Ni semua salah Disney. Cinderella = Disney

hyie Publish time 3-3-2022 08:13 AM

nak meminta2 boleh, tapi jangan melebih2 gitu. Apapun, semuanya atas persetujuan bersama. Sebelum kahwin, deal sesiap la. Fahami tanggungjawab memasing lepas kahwin.

cik_sssara Publish time 3-3-2022 01:06 PM

Dulu sebelum kahwin tak setuju sangat orang cakap kahwin biar sepadan background, sebab I think kalau dah jodoh kan. Kahwin jela.

Tapi lepas kahwin baru I faham memang betul pun kena cari pasangan hidup sekufu. So I conclude;

1. Background education/career perlu sama taraf - sebab mindset/tahap pemikiran perlu sync untuk hadap segala benda hidup bersama. Baru tak sakit mental dan takdelah alasan cerai kat mahkamah sebab tak tutup penutup colgate
2. Gaji suami kurang dari isteri takpe asalkan cukup untuk nafkah dan bayar keperluan basic/wajib rumah/isteri/keluarga. Kalau tak cukup, suami kena usaha juga untuk cukupkan dengan side income etc, bukan setiap bulan dah set harap gaji isteri
3. Family background - penting sama taraf supaya harmoni dan saling memahami antara dua keluarga, takdelah bila jumpa taktau nak borak topik apa
4. Ni pun berkait dengan nombor 1 - bila taraf pendidikan sama, circle/kawan pasangan pun lebih kurang mindset yang sama, baru sihat bersosial
Pages: [1] 2
View full version: Lelaki Dipanggil "Biawak Hidup" Kalau Cari Pasangan "T20", Tetapi Kalau Wanita Dianggap Perkara Biasa Pula?


ADVERTISEMENT