mattzzx Publish time 1-3-2022 12:11 PM

Putin dilucut tali pinggang hitam

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/03/01/1562253.png
Taekwondo Dunia memutuskan menarik balik tali pinggang kehormat kesembilan dan hitam yang diberikan kepada Putin pada November 2013.

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin dilucutkan tali pinggang hitam kehormat taekwondonya berikutan pencerobohan negaranya ke atas Ukraine minggu lalu, menurut Taekwondo Dunia.

Taekwondo Dunia berteraskan motonya 'Kedamaian lebih berharga daripada kemenangan', mengutuk tindakan ketenteraan Rusia di Ukraine dengan menyifatkan serangan kejam terhadap nyawa yang tidak bersalah melanggar nilai hormat dan toleransi sukan itu.

"Dalam hal ini, Taekwondo Dunia telah memutuskan untuk menarik balik tali pinggang kehormat kesembilan dan hitam yang diberikan kepada Putin pada November 2013.

"Badan induk ini juga akan menyertai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) dalam mengharamkan bendera dan lagu Rusia pada acaranya," kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

Keputusan Taekwondo Dunia itu susulan tindakan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) menggantung status Putin sebagai presiden kehormat dan duta berikutan konflik perang yang berterusan di Ukraine.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/190359/BERITA/Sukan/Putin-dilucut-tali-pinggang-hitam
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

bellaa Publish time 1-3-2022 12:50 PM

hi matt.

moving forward,
berita luar negara boleh parking kat sini ya. under thread Dunia
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=154

rasanya lebih sesuai utk attract forumer baca
dan posting reply & views lebih naik mencanak.

sebab bod negeri macam isolated sikit dari umum
sesuai utk relaks & chill main games / quiz & etc.

mattzzx Publish time 1-3-2022 04:35 PM

bellaa replied at 1-3-2022 12:50 PM
hi matt.

moving forward,



hi bella
apa kabar?
lama tak sembang dengan Bella
Bella apa kabar?

oklah kalau Bella kata begitu
nanti matt tepek kat thread Dunia
terima kasih Bella atas pandangan tersebut


Pages: [1]
View full version: Putin dilucut tali pinggang hitam


ADVERTISEMENT