mattzzx Publish time 1-3-2022 12:07 PM

Ramai bimbang lengan sasa ‘Popeye Rusia’ meletup

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/01032022-40-2-Popeye-gesa-jumpa-doktor-pixs.jpg
KIRILL Tereshin menyuntik synthol pada lengannya untuk mendapatkan biseps yang besar. - RUKI_BAZUKI/TIKTOK


MOSCOW: Seorang lelaki di Rusia yang mendapat julukan ‘Popeye’ kerana memiliki bentuk badan sasa seperti watak kartun itu setelah menyuntik minyak berbahaya pada lengannya, dilaporkan dalam keadaan baik.      

Kirill Tereshin sebelum ini menyuntik bahan kimia synthol pada lengannya untuk mendapatkan bentuk biseps idamannya.

Lapor Daily Star, ramai pengguna TikTok menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan kesihatan Tereshin yang masih memiliki lengan sasa meskipun sudah menjalani pembedahan membuang daging otot yang mereput.

Kini, pengguna media sosial menggesa lelaki berusia 25 tahun itu untuk segera mendapatkan bantuan perubatan sebelum perkara buruk berlaku.

Sebelum ini, doktor memberi amaran Tereshin berisiko kehilangan fungsi tangannya selepas menyuntik dirinya dengan cecair itu untuk menjadikan otot lengannya lebih menonjol.   

Menurut doktor, synthol boleh menyebabkan kerosakan saraf, strok, bengkak atau ulser dalam otot.

Tereshin menjadi sensasi media sosial selepas muncul dalam beberapa klip video yang memaparkan otot besarnya dan mempamerkan pakaian berjenama.

Lelaki itu terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang daging otot yang reput namun lengannya yang masih kelihatan berbahaya dan tidak berada pada posisi ‘sewajarnya’.

“Si Popeye… anda harus berjumpa dengan doktor segera sebelum otot lengan anda meletup,” komen seorang pengguna media sosial.
Pages: [1]
View full version: Ramai bimbang lengan sasa ‘Popeye Rusia’ meletup


ADVERTISEMENT