mattzzx Publish time 1-3-2022 12:06 PM

Lelaki dikecam bekerja 12 jam sehari selama sebulan

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/01032022-40-3-Pekerja-12-jam-kerja-pixs.jpg
Papan iklan menunjukkan seorang lelaki menjadi pekerja contoh di sebuah syarikat di Zhengzhou, wilayah Henan, China. - ODDITY CENTRAL

BEIJING: Seorang lelaki di China menerima pujian daripada majikannya selepas sanggup bekerja 12 jam sehari selama sebulan tanpa mengambil cuti rehat.

Papan iklan yang memaparkan gambar seorang ‘pekerja contoh’ dari sebuah syarikat di Zhengzhou, wilayah Henan itu menjadi tular dalam laman media sosial China.

Papan iklan itu memuji pekerja bernama Xue Lintao kerana kerja selama 12 jam sehari sepanjang 30 hari berturut-turut.

Meskipun, syarikat itu menjadikan Xue sebagai pekerja contoh bagi kakitangan baharu dan lama. Namun tindakan lelaki itu mengundang kritikan di media sosial.

Kebanyakan pengguna media sosial menyifatkan Xue sebagai ‘pengkhianat’ dan ‘bersubahat dalam bekerja lebih masa’.

Memetik laporan Oddity Central, Xue menjelaskan tiada mana-mana pihak yang memaksanya untuk bekerja selama 12 jam sehari.

Dia mengaku melakukan perkara itu secara sukarela kerana gajinya dikira mengikut jumlah jam bekerja.

“Jadi, jika Lintao mahu mendapat gaji banyak maka dia perlu bekerja lebih masa,” jelas laporan itu.

Menurut Lintao, dia tidak perlu berada di tempat kerja sepanjang masa malah kerjanya juga tidak terlalu sukar.

Tambah lelaki itu, majikannya juga membenarkannya mengambil cuti rehat sekiranya perlu dan dia layak untuk mendapat cuti bergaji selama seminggu bagi setiap suku tahun.

Sementara itu, Lintao turut menafikan dakwaan kononnya majikannya mengeksploitasinya.      
Pages: [1]
View full version: Lelaki dikecam bekerja 12 jam sehari selama sebulan


ADVERTISEMENT