Raline Publish time 28-2-2022 09:53 PM

Omega-3 dalam diet harian

Omega-3 dalam diet harian

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/omega3xxx_1639349114.jpg
PANDUAN Diet Malaysia menyarankan orang ramai untuk mengambil satu sajian ikan dalam diet harian. - FOTO Google

PENGAMBILAN lemak yang berlebihan sememangnya tidak baik untuk kesihatan.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat juga beberapa jenis asid lemak yang baik untuk kesihatan badan seperti omega-3?

Omega-3 adalah sejenis kumpulan asid lemak poli tidak tepu yang diperlukan oleh badan.

Ia bagaimanapun tidak dapat dihasilkan oleh badan dan mesti diambil dalam diet harian.

Ada tiga jenis asid lemak omega-3 yang utama iaitu Alpha-linolenic acid (ALA), Eicosapentanoic acid (EPA) dan Docosahexanoic acid (DHA).

Omega-3 boleh didapati daripada pelbagai sumber, sama ada daripada sumber haiwan atau tumbuhan.

Namun, omega-3 paling kaya dalam sumber ikan laut dalam seperti ikan tuna, ikan parang, ikan sardin, ikan kembung dan ikan bilis.

Secara amnya, omega-3 banyak memberi kebaikan kepada kesihatan badan seperti membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, membantu mencegah kemurungan dan membantu mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser usus, kanser payudara dan kanser prostat.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo6174707940263571006_1639349116.jpg
ANTARA sumber utama omega-3. - FOTO Google

Selain itu, omega-3 juga memainkan peranan penting dalam fungsi otak, perkembangan dan tumbesaran serta membantu mencegah penyakit kardiovaskular.

Lebih menakjubkan, omega-3 juga dapat membantu dalam mencegah jangkitan dan mengelakkan pembentukan plak dalam salur darah.

Ia sekali gus dapat membantu mengurangkan risiko berkaitan penyakit jantung seperti mengurangkan tahap kolesterol dalam darah dan tekanan darah tinggi.

Dalam pada itu, kajian menunjukkan pengambilan omega-3 juga dapat membantu menurunkan tahap trigliserida dan pada masa sama ia juga mampu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam darah.

Omega-3 daripada kelas DHA dan EPA juga penting dalam perkembangan otak kanak-kanak.

Ia membantu sel otak untuk berhubung dan seterusnya mempengaruhi fungsi pemikiran dan pembelajaran kanak-kanak.

Selain itu, omega-3 juga dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan, mencegah masalah berkaitan mental seperti dementia (nyanyuk) dan kemurungan, membantu mencegah kejadian strok (angin ahmar), membantu mengurangkan risiko diabetes dan membantu mencegah artritis (sakit pada sendi).

Menyedari kepentingan itu Panduan Diet Malaysia menyarankan orang ramai untuk mengambil satu sajian ikan dalam diet harian. - Sumber: Portal myhealth. gov. my

https://www.hmetro.com.my/WM/2021/12/787880/omega-3-dalam-diet-harian

adila39 Publish time 1-3-2022 10:18 AM

Good one ! :)
Pages: [1]
View full version: Omega-3 dalam diet harian


ADVERTISEMENT