Raline Publish time 28-2-2022 09:46 PM

Pantang selepas bersalin, suami 'jangan lepas tangan'

Pantang selepas bersalin, suami 'jangan lepas tangan'

https://assets.bharian.com.my/images/articles/meroyan-bayii_1640055152.jpg

KUALA LUMPUR: Masih ramai lelaki terutama bapa muda ketika ini meletakkan isu berpantang selepas melahirkan bayi sepenuhnya ke atas bahu isteri dan ibu mereka.

Isu berpantang itu boleh diuruskan sendiri terutama oleh suami jika tahu cara yang betul.

Pengasas bersama Tungbayee iaitu perusahaan yang menyediakan set pengurusan lengkap berpantang ibu dan bayi, Syed Hussien Syed Mustafa, berkata menyedari perkara itu, beliau bersama isteri Wan Albi Fathmy Zainal Abidin, 36, menyediakan kelas kesedaran berkaitannya.

Katanya, kelas itu bertujuan memberikan pendidikan bukan sahaja kepada bakal ibu, tetapi kepada bapa mengenai kepentingan berpantang dan cara berpantang yang betul.

"Walaupun ada lelaki yang merasakan isteri atau ibu mentua boleh menguruskan sendiri urusan berpantang, tetapi mereka salah.

"Namun, jika meletakkan sepenuhnya urusan berpantang kepada isteri, mereka akan berasa terbeban, tambahan pula dalam keadaan baru melahirkan.

"Sebenarnya urusan berpantang tidak susah malah mudah sahaja jika bapa tahu caranya," katanya.

Syed Hussein berkata, ketika ini memang banyak disediakan perkhidmatan penjagaan ibu berpantang yang lengkap, namun ia memerlukan kos tinggi.

Akuinya walaupun ia lebih mudah, namun tidak semua orang mampu menggunakan perkhidmatan itu sepenuhnya, terutama keluarga berpendapatan sederhana.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/meroyan-syeddd_1640055156.jpg
Syed Hussien Syed Mustafa.

"Justeru, dengan pelbagai peralatan berpantang yang lebih mudah, bakal bapa boleh mula menguruskan isteri mereka sendiri selepas ini.

"Sebagai contoh, jika sebelum ini untuk ibu berpantang mandi herba perlu mencari herba dan daun-daun diperlukan, tapi sekarang semuanya boleh dibeli siap dan bapa hanya perlu merebus sahaja.

"Begitu juga peralatan digunakan seperti bengkung, cara penggunaannya sudah dipermudahkan, namun masih mampu mendapatkan kesan yang sama," katanya.

Katanya, usaha memudahkan penggunaan berkenaan memudahkan ibu ,tetapi juga suami untuk membantu mereka.

"Tetapi ini tidak bermakna amalan tradisi berpantang diamalkan sejak turun-temurun dilupakan, ia cuma dimodenkan dan dipermudahkan supaya lebih sedang digunakan," katanya.

Menjaga wanita yang berpantang bukan bermula dari masa mereka sudah melahirkan anak, tetapi dari saat mengetahui mereka hamil lagi.

Ini kerana katanya, ketika itu hormon wanita mulai tidak stabil dan mental serta emosi mudah terganggu akibat perubahan fizikal.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/meroyan-husbandd_1640055154.jpg
Syed Hussien ketika menjaga Wan Albi Fathmy selepas bersalin. - Foto ihsan Syed Hussien

"Ketika ini peranan suami bermula. Mereka perlu sentiasa mengambil berat mengenai isteri supaya wanita merasa dihargai, sekali gus membantu memberi impak positif kepada emosi mereka.

"Apabila emosi wanita sentiasa berada dalam keadaan baik sehingga proses melahirkan, ia juga dapat mengurangkan kadar tekanan dan mengelak daripada meroyan," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan wanita ketika ini ramai berkerjaya, justeru mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih, selain perlu mengurus rumah tangga.

Oleh itu, jika suami turut sama memainkan peranan ia dapat membantu mengurangkan beban wanita terutama mereka yang sudah mempunyai ramai anak.

"Apa yang penting komunikasi antara suami dan isteri. Suami perlu tahu keperluan isteri dan begitu juga sebaliknya.

"Saya mencadangkan supaya dalam kursus kahwin selepas ini, turut ditambah modul mengenai peranan suami untuk menjaga mental dan fizikal isteri ketika isteri mengandung serta berpantang," katanya.

https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2021/12/901928/pantang-selepas-bersalin-suami-jangan-lepas-tangan

MummyHayam Publish time 29-3-2022 12:16 AM

Mmg tak senang nak jaga orang yang berpantang nii. Ada banyak cara dia, kadang kita ingat cara kita dah cukup betul. Tpi, mesti ada yang tak kena. Kita pun kena banyak bersabar. Lagi2 klau sbut bab kebersihan. Ni paling penting

yatierma Publish time 29-3-2022 12:18 AM

Pernah jaga ibu yang pantang.. Kakak saya la. Memang susah tapi kena la tahan sikit sebab diorang ni sensitif sangat. Rentak org berpantang memang x sama mcm kita. Sy selalu buat kerja yg bersihkan baju baby, tilam apa smua tu. stiap minggu tu buat mcm nak patah tulang

kokomalu Publish time 29-3-2022 08:15 PM

MummyHayam replied at 29-3-2022 12:16 AM
Mmg tak senang nak jaga orang yang berpantang nii. Ada banyak cara dia, kadang kita ingat cara kita...

betul, jaga emosi, jaga badan, jaga mental, jaga kebersihan. semua tu mmg kne ambik extra care. bukan maknya je, anak nya tu pon lagi laa sensitive. takkan laa mak dlm pantang nak buat semua tu kan, mesti kne tolong.

awanrindu Publish time 29-3-2022 08:20 PM

Edited by awanrindu at 6-4-2022 04:51 PM

yatierma replied at 29-3-2022 12:18 AM
Pernah jaga ibu yang pantang.. Kakak saya la. Memang susah tapi kena la tahan sikit sebab diorang ni ...
oi mmg payah kalau buat sendiri. upah cleaner la.mcm opis2 selalu hire tu.smggu skli dua dtg..

MummyHayam Publish time 29-3-2022 11:03 PM

kokomalu replied at 29-3-2022 08:15 PM
betul, jaga emosi, jaga badan, jaga mental, jaga kebersihan. semua tu mmg kne ambik extra care. bu ...

mmg punn. Kalu nk harap pasangan je tolong mmg susah.. Lgi2 kalau ibu ibu tu ada post partum depression. Sush tu dgn kerja nak mengemas lgi.. mmg elok sngt kalau guna je servis yg ada

yatierma Publish time 29-3-2022 11:16 PM

awanrindu replied at 29-3-2022 08:20 PM
oi mmg payah kalau buat sendiri. guna jelaa org yg buat servis bersih bersih tu. benda mcm carpet, ...

kan weh ahhaha.. sekrg ni aku tgk banyak dah servis online ni.. mcm aku selalu guna coway je sebab senang! lagipun servis dia mmg cepat siap.. so aku rasa mmg bagus untuk ibu yg xde masa sngt nk jaga rumah



kokomalu Publish time 30-3-2022 10:55 PM

Edited by kokomalu at 6-4-2022 04:54 PM

MummyHayam replied at 29-3-2022 11:03 PM
mmg punn. Kalu nk harap pasangan je tolong mmg susah.. Lgi2 kalau ibu ibu tu ada post partum depre ...
haah, masalah meroyan ni org mcm tak kisah padahal long term effect tau.

awanrindu Publish time 30-3-2022 11:02 PM

yatierma replied at 29-3-2022 11:16 PM
kan weh ahhaha.. sekrg ni aku tgk banyak dah servis online ni.. mcm aku selalu guna coway je sebab ...

coway ni ramai jgk recommend, tpi tak tau pulak ada servis mcm ni. selalu guna servis water filter n air purifier je

MummyHayam Publish time 30-3-2022 11:59 PM

Edited by MummyHayam at 6-4-2022 05:06 PM

kokomalu replied at 30-3-2022 10:55 PM
haah, masalah meroyan ni org mcm tak kisah padahal long term effect tau.

Betul.. Silap2 baby pun effect jugak. zaman sekarang semuabnda di hjung jari, smpai confinement pon dah boleh cari yg stay in.klu dlm islam masa berpantang ni kebersihan semua kena btul2 jaga,wktu nila setan nk ngendeng.heheh

yatierma Publish time 31-3-2022 12:09 AM

Edited by yatierma at 7-4-2022 09:21 AM

awanrindu replied at 30-3-2022 11:02 PM
coway ni ramai jgk recommend, tpi tak tau pulak ada servis mcm ni. selalu guna servis water filter ...
coway ni ada banyak sngt service diorg and semua tip topp.. tu yg suke tu hehe. nk kena try diorg punya servis sedut hama and habuk pulak pasni

kokomalu Publish time 31-3-2022 09:39 PM

Edited by kokomalu at 6-4-2022 05:00 PM

MummyHayam replied at 30-3-2022 11:59 PM
Betul.. Silap2 baby pun effect jugak. zaman sekarang semua bnda di hjung jari, smpai confinement pon dah boleh cari yg stay in.klu dlm islam masa berpantang ni kebersihan semua kena btul2 jaga,wktu nila setan nk ngendeng.heheh
betul.benda ringan takat sapu sampah tu boleh la buat.. jgn trlalu berdikari..tp klu xde choice jgn la nk rehat smpai bilik pon bersawang.

awanrindu Publish time 31-3-2022 10:04 PM

yatierma replied at 31-3-2022 12:09 AM
coway ni mmg ada banyak sngt service diorg and semua tip topp.. tu yg suke tu hehe. kena try diorg ...

haa tu laa coway mmg bagus servis dia, tpi i pakai air purifier dia laa. mmg kalau dorang dtg servis puas hati and cepat

yatierma Publish time 31-3-2022 10:29 PM

Edited by yatierma at 7-4-2022 09:17 AM

awanrindu replied at 31-3-2022 10:04 PM
haa tu laa coway mmg bagus servis dia, tpi i pakai air purifier dia laa. mmg kalau dorang dtg serv ...
kan lagi pun even x guna tilam dari diorg ,guna la brand sonno ke ape pun still bleh call jee. i pon ada survey2,tggu ada duit dan rezeki lebih la bru try. skrg tanya2 dlu kan

MummyHayam Publish time 31-3-2022 10:35 PM

Edited by MummyHayam at 6-4-2022 05:09 PM

kokomalu replied at 31-3-2022 09:39 PM
coway pon ada buat ke servis bersih, dorang pakai brg baik ke untuk bersihkan. yelaa kalau brg pon ...
tgk suction diorang tu memang deep so x kira tebal mana pun tilam dia. which is bagus especially kalau mmg jarang sngt kau nak bersihkan tilam kan.ada aku tgk smpai 15 tahun pon tetap tilam yg sama,aku xleh bhygkan klu sedut tu brapa tebal habuk dlm tu.mcm mn org boleh tidur keadaan mcm tu.

katarina Publish time 2-4-2022 12:19 AM

MummyHayam replied at 31-3-2022 10:35 PM
ehh mesti la brg baik.. tgk brand laa hahaha. suction diorang tu memang deep so x kira tebal mana...

Aku pun baru jugak guna coway tu and 2 kali dah diorg datang. Each time mmg tilam aku rasa selesa sngt. Bed bugs pun xde. Klau x mmg aku tergaru garu je stiap kali bangunn

MummyHayam Publish time 2-4-2022 12:25 AM

Edited by MummyHayam at 6-4-2022 05:11 PM

katarina replied at 2-4-2022 12:19 AM
Aku pun baru jugak guna coway tu and 2 kali dah diorg datang. Each time mmg tilam aku rasa selesa...
dia bukan yg guna tilam coway je.. smua tilam brand still boleh.tgk videodetail betul diorg buat https://youtu.be/irWGO_wdaf0
klu kita asal buat je dah rasa elok.hahaha. siap resdung pon boleh hilang mcm ni.haha

cantthinkofany Publish time 17-5-2022 03:19 PM

macam tu kalu....kerajaan kena la kuarkan akta....cuti bersalin suami....40 hari...wife 60 hari

cantthinkofany Publish time 17-5-2022 03:24 PM

ni cuti bersalin yg approve untuk suami 2 hari je...sempat qamat/takbir then tanam uri je la....

evlinne Publish time 22-5-2022 09:04 PM

cantthinkofany replied at 17-5-2022 03:19 PM
macam tu kalu....kerajaan kena la kuarkan akta....cuti bersalin suami....40 hari...wife 60 hari

Haha naknsetuju bleh tak
Letih gila jaga anak sorang2 time pantang
Suami pulak bleh lari dari tempat keje kejap2 je
Kdg rasa nak meroyan dgn suami n mertua tapi sabar jela..
Pages: [1]
View full version: Pantang selepas bersalin, suami 'jangan lepas tangan'


ADVERTISEMENT