mattzzx Publish time 28-2-2022 04:36 PM

Hujan lebat berterusan, banjir di Australia semakin buruk

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/a-742.jpg

BRISBANE: Puluhan ribu penduduk Australia diarahkan berpidnah dari kediaman mereka hari ini ketika hujan lebat terus turun sehingga menyebabkan banjir semakin naik di beberapa kawasan.

Malah, ada penduduk terperangkap atas bumbung rumah ketika paras banjir meningkat mendadak.

Setakat ini, sebanyak lapan orang terkorban akibat banjir yang berlaku.

Di pekan Lismore, paras banjir meningkat sehingga tingkat dua di kebanyakan rumah, menyebabkan banyak penduduk terpaksa memanjat bumbung untuk perlindungan.

Sehubungan itu, pasukan kecemasan menggunakan helikopter untuk membantu penduduk yang terkandas atas bumbung rumah.

lebih 400 milimeter hujan direkodkan turun dalam tempoh 24 jam lalu di Lismore dengan paras Sungai Wilson terus meningkat.

Korban terbaharu bencana banjir di timur Australia melibatkan seorang lelaki berusia 50-an apabila keretanya dihanyurkan banjir di Queensland.

Sementara itu, jutaan penduduk di negeri itu diarahkan duduk di rumah manakala hampir 1,000 sekolah ditutup buat sementara waktu. – AFP
Pages: [1]
View full version: Hujan lebat berterusan, banjir di Australia semakin buruk


ADVERTISEMENT