mattzzx Publish time 28-2-2022 10:25 AM

Rusia musnahkan pesawat terbesar dunia

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/fileanto28hm_1646014332.jpg
Pesawat kargo Antonov-225 Ukraine. FOTO fail AFP

Kyiv: Pesawat kargo Antonov-225 Ukraine, yang terbesar di dunia, musnah akibat serangan Rusia di luar Kyiv pada hari keempat pencerobohan Moscow, kata kumpulan Ukroboronprom milik negara Ukraine, pada Ahad.

Dengan panjang 84 meter, pesawat itu dianggap unik kerana boleh mengangkut sehingga 250 tan kargo pada kelajuan sehingga 850 kilometer sejam, lapor AFP.

Ia dinamakan Mriya, yang bermaksud mimpi dalam bahasa Ukraine.

"Penceroboh Rusia memusnahkan kapal terbang utama Ukraine, AN-225 di lapangan terbang Antonov di Gostomel dekat Kyiv," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

"Ini adalah pesawat terbesar di dunia, AN-225 'Mriya'," Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba menerusi Twitter pada Ahad.

"Rusia mungkin memusnahkan 'Mriya' kami. Tetapi mereka tidak akan dapat memusnahkan impian kita untuk sebuah negara Eropah yang kuat, bebas dan demokratik. Kami akan menang," tambahnya.

Lapangan terbang Gostomel menyaksikan pertempuran ganas sejak permulaan pencerobohan Rusia, yang dilancarkan oleh Presiden Vladimir Putin, Khamis lalu.

Tentera Rusia berkata mereka cuba untuk memperbesar infrastruktur strategik.

Pengeluar senjata Ukroboronprom menganggarkan bahawa memulihkan Mriya akan menelan belanja lebih AS$3 bilion (kira-kira RM12.55 bilion) dan boleh mengambil masa lebih lima tahun.

"Misi kami adalah untuk memastikan bahawa perbelanjaan ini ditanggung oleh Rusia, yang dengan sengaja mengakibatkan kerosakan pada pesawat Ukraine," kata kumpulan itu.

Pada mulanya ia dibina sebagai sebahagian daripada program aeronautik Soviet dan An-225 membuat penerbangan pertamanya pada tahun 1988.

Selepas bertahun-tahun tidak terbang selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, ia membuat penerbangan ujian pada tahun 2001 di Gostomel, kira-kira 20 kilometer dari Kyiv.

Pesawat itu dikendalikan Antonov Airlines Ukraine untuk penerbangan kargo dan mendapat permintaan tinggi semasa permulaan pendemik Covid-19.

kucingitam Publish time 28-2-2022 12:07 PM

kupikir antonov ni russia punya...
Pages: [1]
View full version: Rusia musnahkan pesawat terbesar dunia


ADVERTISEMENT