Raline Publish time 27-2-2022 07:35 PM

5 Tips Untuk Mendapatkan Mata Yang Cantik Dan Bersinar

5 Tips Untuk Mendapatkan Mata Yang Cantik Dan Bersinar

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/10/mata-696x464.jpg
Kita sedia maklum bahawa mata merupakan alat penglihatan yang ada pada manusia. Setiap manusia pasti menginginkan mata yang cantik dan bersinat terutamanya kaum wanita! Siapa yang tidak menginginkan mata yang jelita apabila dilihat dan ditatap.

Manusia juga akan melihat mata dahulu ketika berkomunikasi. Jadi tidak pelik sekiranya semua orang menginginkan mata yang cantik betul? Oleh sebab itu, jom kita tengok tips untuk buat mata anda cantik dan bersinar!

1. Minum Air Kosong Secukupnya

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/10/pexels-mauricio-mascaro-907865.jpg

Air kosong merupakan satu minuman yang sepatutnya diamalkan setiap hari sebanyak 8 gelas sehari kalau anda mahukan mata yang cantik. Air kosong mampu menjadi punca kepada kecantikan mata dan juga kulit sekiranya diamalkan setiap hari.

Air kosong ini merupakan agen yang membawa nutrien kepada badan, pelarut, penyejuk dan pelincir. Minum air kosong juga mampu mengelakkan anda daripada mendapat penyakit! Kulit pun akan tegang dan berseri sentiasa.

2. Amalkan Gaya Pemakanan Yang Sihat

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/10/pexels-spencer-davis-9837738.jpg

Pemakanan yang sihat juga membantu anda untuk mendapatkan mata yang cantik dan bersinar. Kepada yang tidak suka makan sayur-sayuran dan buah-buahan, anda boleh mulakan perlahan-lahan untuk mata yang cantik!

Amalkan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan sayur cekor manis kerana mengandungi lutein yang baik untuk mata. Makanan lain yang mempunyai lutein ialah lobak merah dan daun kelor.

Vitamin A yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning kemerahan juga menjadi agen pembantu dalam menjadikan mata anda cantik berseri dan yang penting ia bagus untuk membina pigmen untuk penglihatan anda pada waktu malam. Vitamin A selalu boleh didapati dalam keju, kuning telur dan mentega.

Vitamin C juga terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan juga mampu membentuk kolagen untuk kulit sekeliling mata anda!

3. Tidur Yang Cukup

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/10/pexels-ketut-subiyanto-4473864.jpg

Manusia memerlukan tidur yang cukup pada setiap hari untuk tubuh badan berfungsi dengan baik pada setiap hari. Bagi remaja, mereka memerlukan 9 hingga 10 jam sehari untuk tidur yang cukup berbeza dengan orang dewasa yang memerlukan 7 hingga 8 jam sehari.

Sekiranya anda tidur kurang daripada waktu tersebut, anda perlu lakukan perubahan sekarang!

4. Petua Tradisional

Orang Melayu sangat berpegang teguh kepada adat dan petua orang tua kerana mempunyai manfaat yang baik kepada diri. Sama seperti petua meletakkan hirisan timun atau uncang teh yang telah digunakan di atas kelopak mata atau meletakkan ketulan ais di atas mata sudah pasti mampu menjadikan mata anda cantik setiap hari.

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/10/pexels-cottonbro-4004122.jpg

Anda boleh amalkan salah satu petua ini pada setiap hujung minggu. Untuk hasil yang lebih berkesan, anda boleh meletakkan hirisan timun dan uncang teh dalam peti ais terlebih dahulu sebelum meletakkan di atas mata anda. Sudah pasti selepas itu, mata anda lebih cantik dan bersinar berbanding dahulu!

5. Lindungi Mata Dari Sinaran Cahaya Matahari


https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/10/pexels-katie-e-3671083.jpg

Sinaran Matahari yang berlebihan pun tidak baik untuk mata anda sebenarnya. Anda perlu memakai cermin mata hitam yang mampu menghalang silau tetapi boleh juga menyerap cahaya UV. Hal ini adalah untuk mengelak daripada terkena katarak mata.

Anda boleh pergi membeli cermin mata untuk kecantikkan mata anda di kedai cermin mata berhampiran anda sekarang! Elakkan daripada membeli cermin mata hitam di pasar malam kerana ia tidak mempunyai tapisan terhadap sinaran UV atau ultraviolet (UV)

Jadi apa tunggu lagi? Anda kena mula gunakan semua tips ini untuk kecantikan mata anda! Bukan untuk wanita sahaja, lelaki pun boleh mengaplikasikan semua tips ini!

https://plus.wiser.my/5-tips-untuk-mendapatkan-mata-yang-cantik-dan-bersinar/


_blackbird Publish time 26-5-2022 12:26 PM

u tertinggal 1 tip lagi. iluminator / concealer. the real secret weapon huhuhu
Pages: [1]
View full version: 5 Tips Untuk Mendapatkan Mata Yang Cantik Dan Bersinar


ADVERTISEMENT