Raline Publish time 27-2-2022 05:48 PM

Nuramnani, gadis pemakan bunga

Nuramnani, gadis pemakan bunga

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm190bungawan_1645952916.jpg
NURAMNANI mula mencuba makan bunga pada Mei tahun lalu


Kuala Lumpur: Rutin menikmati nasi bersama ulam seperti petai dan ulam raja menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat Melayu.

Namun, berbeza bagi gadis berusia 26 tahun ini, apabila bunga menjadi pilihannya untuk dinikmati bersama nasi sebagai ulam.

Menurut Nuramnani M Khairi, dia mula mencuba makan bunga sebagai ulam sejak Mei tahun lalu selepas menonton seorang Youtuber Indonesia memakan bunga.

"Saya mula rasa ingin mencuba sebab bagi saya makan bunga adalah unik dan tak ramai orang tahu yang bunga sebenarnya boleh dimakan.

"Selepas mencuba, saya pun tak sangka rasa bunga ini tidak sepelik disangka, tambahan pula saya memang seorang yang gemarkan ulam-ulaman.

"Bagi saya rasa semua jenis bunga lebih kurang sama, ada yang tawar dan ada juga pahit seperti sayur," katanya.

Menurutnya, dia turut berkongsi pengalaman makan bunga di aplikasi TikTok dan ia mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata baru tahu ada bunga yang boleh dimakan.

Bagaimanapun, ada juga warganet yang mempersoalkan kerana khuatir akan kesan yang bakal diterima.

"Sebenarnya, saya ada baca di Internet berkenaan bunga apa yang boleh dan tidak boleh dimakan.

"Ada lebih 20 jenis bunga yang boleh dimakan dan saya baru mencuba tujuh bunga iaitu mawar, melati, zinnia, kemboja, bunga raya, bunga matahari dan bunga telang," katanya.

Nuramnani berkata, bunga telang menjadi kegemaran kerana mempunyai kelopak yang sangat lembut.

Katanya, menerusi pembacaannya di Internet, bunga mempunyai pelbagai manfaat seperti mengawal tekanan darah, zat besi dan antioksidan yang tinggi.

"Selain bunga, saya ada juga terbaca mengenai rumput yang boleh dimakan.

"Namun, apa pun lebih baik kita membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum makan kerana risau juga sekiranya berlaku apa-apa," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/02/814994/nuramnani-gadis-pemakan-bunga

shernazz Publish time 28-2-2022 08:50 AM

Sedap.ke
Iols biasa minum teh bunga ros je

MissVixen Publish time 28-2-2022 09:32 AM

Bunga telang tu sedap buat ulam. Yang lain tak pernah cuba pulak.

Gomea Publish time 28-2-2022 03:39 PM

Aku pernah makan bunga ros je. Bau wangi ros tu menyebabkan aku tak boleh telan :mad:

esbok Publish time 2-3-2022 12:34 PM

boleh la buat jual. menu baru. ros celup tepung cheese tabur chocolate
Pages: [1]
View full version: Nuramnani, gadis pemakan bunga


ADVERTISEMENT