Agent13k Publish time 26-2-2022 01:50 PM

Lelaki Jepun Buka Kedai Nasi Kandar Di Tokyo, Laku Sungguh! Sold Out Hampir Setiap Hari

Makanan di Malaysia sememangnya sedap-sedap belaka, kita selalu dengar di luar negara ada rakyat Malaysia jual Roti Canai atau Nasi Lemak kepada rakyat tempatan di negara itu, tetapi kisah ini berbeza sedikit.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/26/123014mhzeqhqhchestsuq.jpgkredit foto: Japanese Heart



Seorang lelaki di Jepun yang dikenali sebagai Tateda yang pernah duduk di Kuala Lumpurpernah makan nasi kandar di Malaysia dan dia membuat keputusan untuk membuka sebuah restoran nasi kandar di Jepun.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/26/122933qmhfz69tcq9cw37m.pngkredit foto: Japanese Heart



Petikan dari Japanese Heart, Zero-Two Nasi Kandar yang terletak di Tokyo, Jepun merupakan sebuah restoran yang terkenal dengan menu Nasi Kandar dan ia terletak berdekatan dengan Stesen Otemachi dan Chiyoda.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/26/123035virogt5j5o55je5t.jpgkredit foto: Japanese Heart



Difahamkan, Tateda pernah membuka restoran makanan India di Osaka, dia juga selalu mengembara ke negara India. Dia amat suka rasa dan keunikan nasi kandar, malahan, karinya juga sedikit berbeza dari makanan india.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/26/123058bf9j8lbgrjm8a693.jpgkredit foto: Japanese Heart



Bahkan juga, bahan-bahan yang digunakan di restoran itu adalah halal dan mempunyai pilihan menu vegetarian, sayuran yang digunakan dalam hidangan adalah segar dan organik.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/26/123131wb6t14309t3gjjz0.jpgkredit foto: Japanese Heart




Restoran itu selalu habis dijual dengan pantas and ia juga menjadi kegemaran kepada penganut agama Islam di Tokyo. -CARI

dua_chzy Publish time 26-2-2022 03:08 PM

Jepunnya konsep resto nasik kandar abang ni.

jazaa100 Publish time 26-2-2022 03:54 PM

Jebonnnn.....

Buat aku lapaq nasi kandar je.....:'(
Sayur kobis kuning tu, memang kena amik klu mkn n.kandar.....


:lol:

anony-mous Publish time 26-2-2022 04:25 PM

Jelesnya. Ni antara wishlist iols nk bukak kedai2 masakan malaysia dkt luar negara. Sbb makanan malaysia sedap2 tp underrated sgt

heythere123 Publish time 26-2-2022 05:03 PM

pandai dia cari peluang. Jual benda yg takde dekat situ, confirm2 laku

3480 Publish time 26-2-2022 05:08 PM

Cpt! Org mlesya yg plan nk bhijrah tu bole la follow style Abe nipon ni.. buka kedai mkanan mlesya kt sana. Kompom laku. Desert2 bole jual kuih2 tradisional mlesya kt sana

mama_cat Publish time 26-2-2022 06:03 PM

aku bca post ni, tiba lapaq nasi kandaq.. tgk menu terus terbaubau kari... ayam goreng.. hehehehehe

talia Publish time 26-2-2022 06:43 PM

Sedapnya, dgn bendi tu… tiberrr i pun lapar. Habisla asyik lapar jer ni :funk:;P

SalenaGomez Publish time 27-2-2022 09:04 AM

Org jepun mmg suka makan kedai mamak kat malaysia…sblm pkp kawan jepun turun malaysia, sampai epot terus request nak makan kat kedai mamak :lol:

Terus bawak makan kat kedai mamak putrajaya tepi tasik tu..,katanya rindu dah lama x makan :D

sambaldurian Publish time 27-2-2022 10:03 AM

Apa menda kuah pink2 tu. Tairu ke.seumur hidup aku mkn nasi kandar mcm x pnh jumpa je kuah pink.

becir Publish time 27-2-2022 11:42 AM

sambaldurian replied at 27-2-2022 10:03 AM
Apa menda kuah pink2 tu. Tairu ke.seumur hidup aku mkn nasi kandar mcm x pnh jumpa je kuah pink.

Tula kan..I teka dessert ke hapa, confused jap

sambaldurian Publish time 27-2-2022 11:57 AM

becir replied at 27-2-2022 11:42 AM
Tula kan..I teka dessert ke hapa, confused jap

setelah aku google nama restoran, nmpak la image dari customer pnh mkn kt situ. benda tu rupanya beetroot pachadi / chutney. aah ubi bit ungu campur yogurt.resepi kuah cicah asal dari kerala. org ni kn mmg ada restoran india , dia olah la nasi kandar tu letak authentic food Indian. Malaysia nasi kandar dah ke arah nasi campur org Melayu, kari gulai semata2. org Melayu x minat masam2 kot kt nasi.

annehuda Publish time 27-2-2022 02:48 PM

Kawan aku dulu penah keje kilang jepun kt penang,depa suka nau dgn murtabak tu. Mcm okonomiyaki tp lg sedap la depa kata

minahgempal Publish time 27-2-2022 03:30 PM

Woww..cari peluang nma yer nie..bagos2..apa la agak yer rsa dia ehh..boleh lawan tk rsa mcm kari penang sna..

abadi84 Publish time 27-2-2022 04:07 PM

Iolls nak hijrah Korea
Nak bukak stall laksa dan keropok lekor
Dorang kan suka makan mi

doubleharmonic Publish time 27-2-2022 06:27 PM

nasi kandar heshe pakai kuah pink? hengatkan tu sirap bandung dalam cawan kecik gituhh?

tikusmontok Publish time 27-2-2022 07:08 PM

Jaga2 ndon claim:lol:

MissVixen Publish time 27-2-2022 09:43 PM

Sedapnya nasi kandar.
Masakan jepun banyak bland je. Dapat nasi kandar, berseleralah diorang.

melinda_kerr Publish time 27-2-2022 10:31 PM

Habislah gemuk org2 jepun lepasni.. :lol:

mijot Publish time 28-2-2022 08:32 AM

untung buka restoran halal kt jepun...
sebab tak banyak ada...
Pages: [1] 2
View full version: Lelaki Jepun Buka Kedai Nasi Kandar Di Tokyo, Laku Sungguh! Sold Out Hampir Setiap Hari


ADVERTISEMENT