Raline Publish time 24-2-2022 11:29 PM

TIPS wanita BERPANTANG

Badan lemah, emosi terganggu

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/badan1.jpg_1500280062.jpg
BERTUNGKU setiap hari menjadikan badan lebih kuat.


Menjadi satu trend pada masa kini, ibu selepas bersalin menjalani tempoh berpantang secara bersendirian di rumah dengan hanya ditemani suami dan anak. Ini disebabkan kekangan ibu bapa atau keluarga mentua menjaga ketika tempoh berpantang disebabkan bekerja, tinggal di kampung serta ibu bapa yang sudah uzur. Ada juga meminta saudara-mara datang menemani hanya dalam tempoh seminggu dan memberikan tunjuk ajar sebelum meminta si ibu menguruskan diri sendiri.

Walaupun kelihatannya golongan ini nampak ‘kuat’ dan mampu melakukannya, menurut Pengarah Urusan Ainaa Ailaa Group Sdn Bhd Norul Naha Abd Razak, yang juga pengasas Kelas Perbidanan Islam, ibu dalam berpantang masih dalam keadaan lemah dan memerlukan seseorang untuk menjaga makan minum mereka. Sebaik-baiknya ibu dan bayi tidak dibiarkan bersendirian di rumah sehinggalah tamat tempoh berpantang.

“Selepas bersalin emosi dan fizikal mereka masih lemah yang memerlukan penjagaan rapi. Dari segi fizikal ibu bertarung nyawa menggerakkan sepenuh tenaga melahirkan si kecil mereka. Banyak darah keluar, badan yang semakin lemah dan emosi terganggu disebabkan kesakitan masih belum hilang. Ditambah pula bayi yang menangis minta disusukan sedangkan susu masih belum keluar.

“Pelbagai faktor di luar jangkaan menyebabkan kesedihan mulai terasa. Akibatnya ada ibu tertekan sehingga murung dan lebih teruk lagi meroyan disebabkan situasi ini,” katanya.

Jika keadaan ini berlaku dan si ibu pula terpaksa berpantang sendiri di rumah, sudah pasti ia sangat memberikan kesan negatif bukan saja kepada diri sendiri tetapi bayi dan ahli keluarga yang lain. Oleh itu sekiranya tiada sesiapa yang mampu menjaga, suami perlu mencari seseorang dengan cara membayar perkhidmatan penjagaan demi untuk keselesaan isteri.

“Mungkin mereka boleh mendapatkan perkhidmatan daripada bidan bagi menjalani tempoh berpantang secara teliti di rumah termasuk menyediakan makanan dan juga penjagaan bayi. Wanita tidak boleh mengambil ringan soal pemakanan kerana ia akan mempengaruhi kesihatan ibu dan anak. Sebaiknya makan makanan berkhasiat dan yang dibenarkan saja supaya bayi dapat tidur lena,” katanya.

Ramai ibu tidak tahu, berpantang dengan memilih makanan yang tidak sejuk dan berangin bukan untuk diri sendiri tetapi bayi mereka. Sepanjang tempoh menyusu badan kesilapan dalam memilih makanan menyebabkan bayi kembung, cirit-birit atau muntah-muntah. Apabila ini berlaku si kecil tidak mendapat tidur yang berkualiti, asyik menangis, merengek dan meragam.

“Jika berterusan akan membuatkan ibu juga tidak mendapat tidur dan rehat yang mencukupi. Ia akan memberi kesan kepada emosi ibu yang mungkin menjadi cepat marah, mudah menangis atau tidak mempedulikan orang sekeliling. Bagi yang melahirkan anak secara pembedahan ia memberikan kesan lebih ketara kerana dalam tempoh dua minggu pertama kesakitan masih terasa. Mereka juga tidak boleh batuk atau ketawa berlebihan kerana akan menyebabkan bahagian luka menjadi ngilu dan pedih,” katanya.


JANGAN CULAS BERPANTANG

Berpantang sendirian juga menyebabkan ada di antara wanita culas mengikuti amalan berpantang yang mempunyai banyak kebaikannya. Antaranya mandi herba dan rebusan daun sebaik saja pulang ke rumah yang berfungsi mengeluarkan angin, mengharum dan menyegarkan badan. Kemudian melakukan urutan selepas tiga hari bersalin sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.

“Penangguhan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan badan dimasuki angin, bisa dan bentan. Terutama bagi ibu yang menjalani pembedahan banyak urat yang putus dan lebih memudahkan badan dimasuki angin. Sebaiknya dilakukan pada waktu pagi dalam posisi meniarap, telentang dan meniarap.

“Urutan mampu melancarkan perjalanan darah, melegakan sendi, membuang angin dan lendir kotor, menaikkan peranakan, melawaskan nifas, memecahkan lemak dan mengembalikan bentuk badan,” katanya.

Walaupun dianggap remeh kerana perlu menyediakan dedaun yang diletakkan bersama tungku, khasiat bertungku tidak perlu dipertikaikan lagi kerana sejak turun temurun ia menjadi amalan nenek moyang selepas bersalin. Bertungku setiap pagi selama 15 minit melancarkan perjalanan darah nifas, mengurangkan sakit urat dan otot serta mempercepatkan pengecutan rahim selain mengembalikannya ke kedudukan asal.

“Ada wanita tidak bertungku dan merasakan badan sihat. Kesakitan itu hanya akan datang apabila mereka memasuki usia 40-an ke atas. Apa saja pelanggaran pantang yang dilakukan ketika muda tidak menjadi masalah kerana ia tidak meninggalkan kesan serta-merta. Sebaliknya lihat keadaan diri apabila sudah mulai berusia.

“Adakah susah berjalan, sering sakit pinggang atau lutut, lemah badan dan sakit otot dan imbas kembali cara anda berpantang 10 atau 20 tahun dulu adakah mengikut tertib dan dilakukan dengan cara yang betul,” katanya.

Katanya, ada pula yang membandingkan dengan wanita Barat, yang tidak berpantang namun kekal sihat. Sebenarnya perbandingan ini tidak wajar dilakukan kerana situasi, keadaan iklim, makanan dan budaya sangat berbeza. Sebab itu setiap bangsa mempunyai cara berpantang yang perlu diikuti dana bersesuaian dengan tubuh seseorang.

Bagi mengelak rasa tertekan atau penat kerana perlu melilit kain bengkung yang panjang, ibu boleh memilih bengkung moden berpelekat atau tali yang pendek bagi memudahkan pemakaian. Bersalin pembedahan juga sebaiknya berbengkung selepas dua minggu bersalin bagi menaikkan otot perut dan mengelak perut mengeleber.

“Selain itu bertangas juga elok dilakukan mengurangkan bau yang tidak menyenangkan, mengatasi masalah keputihan, menyegarkan badan, membetulkan kedudukan rahim dan memulihkan hubungan suami isteri. Jika tidak mahu berpilis atau berparam, pastikan rambut diikat tinggi bagi mengelak kepala rasa pening. Selain itu amalkan mandi air suam selama 44 hari, tidak menggunakan pendingin hawa dan sentiasa memakai stoking sama ada di rumah dan ketika keluar bagi mengelak badan dimasuki angin,” katanya.

Jangan keluar rumah bersama bayi dalam tempoh berpantang. Jika terpaksa dan tidak dapat dielakkan keluar pada waktu siang sahaja.

SARANAN BERGUNA

Jika anda terpaksa berpantang bersendirian di rumah ikuti panduan di bawah bagi membantu melancarkan perjalanan harian anda:

Bangun awal

Jangan tidur sehingga waktu tengah hari. Bangun awal supaya banyak perkara boleh diselesaikan. Selepas bangun terus mandi jangan bertangguh. Gunakan mandian herba kemudian berstokin selepas mandi.

Pakai bengkung

Pakai bengkung moden agar anda cepat siap. Jika tidak mahir minta dengan suami sebelum dia ke tempat kerja.

Sarapan

Ambil sarapan ringkas dan mengenyangkan sebaiknya sehingga ke waktu makan tengahari.

Biarkan rumah bersepah

Biarkan rumah bersepah sekiranya anda tidak mampu mengemaskannya. Jika ada anak yang lebih besar minta dia melakukannya. Jika tidak tunggu sehingga suami pulang ke rumah.

Cari tukang urut

Sebelum bersalin sepatutnya anda berbincang dengan suami mengenai penjagaan ketika dalam pantang dan mencari tukang urut. Pastikan si kecil diberikan susu secukupnya sebelum anda melakukan urutan.

Mandikan bayi

Mandikan bayi di antara jam 10 hingga 11 pagi. Letakkan besen mandi bayi di atas meja atau tempat tinggi separas pinggang. Isikan air mengguna gayung. Campur sikit air panas. Mandikan bayi dengan cara berdiri. Jangan cuba-cuba untuk mencangkung. Pada hujung minggu, mintalah suami memandikan bayi.

Siapkan baju bayi

Sebelum mandi letakkan baju dan peralatan mandian yang akan digunakan. Ini bagi mengelak anda kelam-kabut menyediakannya selepas memandikan bayi.

Susukan selepas mandi

Susukan bayi selepas mandi agar bayi tidak merengek dan dapat tidur lena. Apabila bayi lena memudahkan anda melakukan kerja rumah yang tertangguh. Namun harus diingat anda juga memerlukan tidur yang mencukupi ketika dalam tempoh berpantang.

Masak makan tengah hari

Masak sekali untuk makan malam. Pilih menu yang sesuai untuk semua orang dalam rumah. Jika berkemampuan anda boleh memesan menerusi perkhidmatan makanan dalam pantang dan terus dihantar ke rumah.

Basuh kain

Minta pertolongan suami. Ingat jangan sesekali cuba menunjukkan yang anda ini hebat dan kuat. Sesekali suarakan apa yang anda inginkan. Lebih mudah, hantar saja ke dobi.

Simpan nombor telefon penting

Pastikan anda menyimpan nombor telefon penting seperti polis, hospital atau klinik desa berdekatan. Ini kerana sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini anda tidak panik dan tahu siapa yang harus dihubungi segera.

Sebaik-baiknya dalam tempoh mengandung selama sembilan bulan ia adalah masa untuk anda dan suami berbincang mengenai penjagaan selepas bersalin. Anda boleh membuat senarai dan mengikut rancangan yang sudah anda sediakan. Paling utama elakkan tekanan ketika dalam pantang. Raikan kelahiran si kecil dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. -Siti Zarinah Sahib

https://www.hmetro.com.my/hati/2017/07/245396/badan-lemah-emosi-terganggu

jijee Publish time 29-3-2022 12:20 AM

Kalau ada org yg berpantang ni kan even tinggal dengan suami, memang kena ada pembantu. Sebab, waktu suami bekerja, kita takkan nak suruh wife buat smua sndiri. Bahaya.. Lagi2 kalau luka belum sembuh. Mmg diorang x larat nak buat banyk benda

sumsumsum00 Publish time 29-3-2022 12:26 AM

Edited by sumsumsum00 at 5-4-2022 10:34 AM

Klau cakap pasal ibu berpantang ni.. Memang banyak laa nak diambik berat. Kita tak boleh sembarang je setakat asal jaga je.. Kebersihan tu memang kena jaga betul2.. Kalau x bleh kena asma

sekianwan Publish time 29-3-2022 08:27 PM

Edited by sekianwan at 7-4-2022 08:31 AM

jijee replied at 29-3-2022 12:20 AM
Kalau ada org yg berpantang ni kan even tinggal dengan suami, memang kena ada pembantu. Sebab, waktu ...
mmg tak boleh nak imagine laa buat kerja rumah time pantang, suami la kena main peranan tlg menolong. klu berduitttt upah bibik la.

gwenbae Publish time 29-3-2022 08:29 PM

Edited by gwenbae at 7-4-2022 08:49 AM

sumsumsum00 replied at 29-3-2022 12:26 AM
Klau cakap pasal ibu berpantang ni.. Memang banyak laa nak diambik berat. Kita tak boleh sembarang j ...
betul, nak jaga diri je pon dah susah, baby dh la kulit sensitive kan xleh ada slah sikit. even pakai pampers slh pon boleh ruam kulit. ni habuk kotor lg la tak elok semua tu kne extra care

sumsumsum00 Publish time 29-3-2022 11:22 PM

gwenbae replied at 29-3-2022 08:29 PM
betul, nak jaga diri je pon dah susah, baby lgi laa sensitive dgn habuk hama kat tilam, carpet, la ...

yee even kita ni dah vacuum carpet tu semua. still ada habuk tu lagi2 kalau kat katil. tambah plak kalau ada jga haiwan berbulu ni lgi la susah bila dah melekat kat katil.. katil pulak bukan kita bleh main cuci macam selimut

jijee Publish time 29-3-2022 11:25 PM

Edited by jijee at 7-4-2022 08:38 AM

sekianwan replied at 29-3-2022 08:27 PM
mmg tak boleh nak imagine laa buat kerja rumah time pantang, suami la kena main peranan tlg menolong. klu berduitttt upah bibik la.
ye.. sebab kita nak susukan anak lagi.. jaga rumah lagi, masak. kalau xde pembantu, mmg bleh buat stress kepala.. sy pulak ditakdirkan dapat anak eczema.sebab tu sy dlu even lepas bersalin pon msih guna khidmat coway utk mattress service..mmg tmpt tidur ke ape kena bersih..jenuh klu kita tiap hari nk bersihkan...mn nk jemur kain bju lg,bk jemur tilam bantal lagi.

gwenbae Publish time 30-3-2022 11:07 PM

Edited by gwenbae at 7-4-2022 08:50 AM

sumsumsum00 replied at 29-3-2022 11:22 PM
yee even kita ni dah vacuum carpet tu semua. still ada habuk tu lagi2 kalau kat katil. tambah plak ...
haah, vacuum pon tak leh pakai yg biasa punya. kena mcm yg portable.kn ada yg khas viral baru2 ni.klu xrajin ko cari org yg buat.hahah

sekianwan Publish time 30-3-2022 11:12 PM

Edited by sekianwan at 7-4-2022 08:32 AM

jijee replied at 29-3-2022 11:25 PM
ye.. sebab kita nak susukan anak lagi.. jaga rumah lagi, masak. kalau xde pembantu, mmg bleh buat...
iye mmg time pantang ni mse berehat n focus kt anak n diri sendiri.kemaskan rumah ke ape??

jijee Publish time 31-3-2022 12:20 AM

Edited by jijee at 7-4-2022 08:42 AM

sekianwan replied at 30-3-2022 11:12 PM
iye mmg time pantang ni mse berehat n focus kt anak n diri sendiri.kemaskan rumah ke ape??
kann.. kesian ibu yg kena buat smua benda sndiri.. even time preggy pun. coway bukan servis untuk bersihkan rumah.. tpi diorg ada servis untuk hilangkan hama and habuk dari katil tauu. mcm baby sy mmg doctor pon ckp tmpt tido ni kena jaga selain makanan ,sbb debu, peluh, kulit mati dan kelemumur dan kelembapan bilik buatkan kulat dan hama senang berkembang.

sumsumsum00 Publish time 31-3-2022 12:27 AM

gwenbae replied at 30-3-2022 11:07 PM
haah, vacuum pon tak leh pakai yg biasa punya. ini laa kne call org upah untuk kemas semua tu tak...

lagi lagi kalu vacuum kita tu pulak yg dah lama.. mmg x lut laaa. yes mmg better panggil servis je lgi2 kalau sbtu ahad tu kita nak rehat2 ke kan hehe. so mmg jimat masa.. awak biasa x panggil servis? and guna servis apa?

sekianwan Publish time 31-3-2022 10:09 PM

jijee replied at 31-3-2022 12:20 AM
kann.. kesian ibu yg kena buat smua benda sndiri.. even time preggy pun. coway bukan servis untuk...

ohh, bagus jugak tu sbb tilam ni tmpt rehat lgi lgi baby mmg selalu baring dkt tmpt tu. so kne sentiasa bersih.

gwenbae Publish time 31-3-2022 10:12 PM

Edited by gwenbae at 7-4-2022 08:54 AM

sumsumsum00 replied at 31-3-2022 12:27 AM
lagi lagi kalu vacuum kita tu pulak yg dah lama.. mmg x lut laaa. yes mmg better panggil servis je ...
haah servis ni yg bnyk tolong kita untuk rehat. skrg even nk msak pon boleh langgan yg org msak trus antar kt umh,pnya pemalas.hihi saya tak tetap jugak ,kdg pakai org sekampung je untuk bersihkan rumah.boleh la membantu sama. tpi tulaa tak de yg saya puas hati.:lol:

jijee Publish time 31-3-2022 10:37 PM

sekianwan replied at 31-3-2022 10:09 PM
ohh, bagus jugak tu sbb tilam ni tmpt rehat lgi lgi baby mmg selalu baring dkt tmpt tu. so kne sen ...

haahh. sbb kita ni kena la jaga kebersihan.. bukan ape. tkut jugak baby tu kena asma sebab banyak habuk and hama kan.. kesian dekat baby.. sebab effect asma bukan time kecik je kan

sumsumsum00 Publish time 31-3-2022 10:40 PM

gwenbae replied at 31-3-2022 10:12 PM
haah servis ni laa yg bnyk tolong kita untuk rehat.saya tak tetap jugak mcm thecuci, atau pakai...

ohhh kalau cm sy mmg panggil coway jee. sebab ontime tau diorg datang heheh.. plus diorg akan dtg 4 kali setahun.. which is mmg bagus. and servis diorg cepat sngt.x kira la brand tilam apa pun guna, still boleh calling calling diorg

ainamafan Publish time 2-4-2022 12:17 AM

Edited by ainamafan at 7-4-2022 08:57 AM

sumsumsum00 replied at 31-3-2022 10:40 PM
ohhh kalau cm sy mmg panggil coway jee. sebab ontime tau diorg datang heheh.. plus diorg akan dtg...
yg ni ke ?https://youtu.be/irWGO_wdaf0
filter paper tu pun mmg yang top tier punya lah..hahhaha beza btul klu kita yg buat

sumsumsum00 Publish time 2-4-2022 12:23 AM

Edited by sumsumsum00 at 7-4-2022 09:00 AM

ainamafan replied at 2-4-2022 12:17 AM
yg ni ke ?https://youtu.be/irWGO_wdaf0
filter paper tu pun mmg yang top tier punya lah..hahhaha beza btul klu kita yg bua.
haa dari video ni le yg buat aku guna servis dia hahahah. tgh elok scroll vacuum keluar pulak brand diorang.. aku buat jugak sbb tilam aku ni lama pnya,dah almost 7tahun. riki2 apa2 jnis tilam pon boleh. xkisah la branded ke cikai ke.jnji bersih ya dokkk
Pages: [1]
View full version: TIPS wanita BERPANTANG


ADVERTISEMENT