Agent13k Publish time 24-2-2022 05:26 PM

"Pastikan Pintu Pagar Sentiasa Dikunci,"- Nasib Baik Cepat, Cubaan Culik Gagal

Baru-baru ini tular di Facebook, rakaman yang memaparkan cubaan menculik kanak-kanak di perkarangan rumah.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/24/165539e48492kzw866q4ka.pngkredit foto: Facebook



Difahamkan, cubaan menculik itu berlaku apabila 2 orang lelaki bermotorsikal cuba menculik dua orang kanak-kanak yang sedang bermain di perkarangan rumah dengan pintu pagar rumah yang tidak dikunci.


Lelaki itu dilihat memberhentikan motosikal dan berpura-pura untuk bertanyakan sesuatu kepada seorang wanita yang sedang menjaga kanak-kanak itu.

https://www.facebook.com/watch/?ref=external&v=270765931803355

Kemudiannya, wanita itu masuk ke dalam rumah dan seorang orang lelaki itu cuba memecah masuk rumah dengan melalui pintu pagar yang tidak berkunci itu. Tetapi wanita itu pantas menarik kedua-dua kanak-kanak itu daripada penculik tersebut dan kedua-dua lelaki itu terus memecut dari tempat kejadian.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/24/165603m43aw6p38xpy9w2p.pngkredit foto: Facebook



Ramai netizen risau kerana cubaan yang amat berani manusia yang nampaknya tidak takut dan semakin berani melakukan jenayah secara terbuka.


Ada yang memberi pesanan agar sentiasa menguci pintu pagar dan sentiasa mengawasi kanak-kanak bermain. -CARI

missyL Publish time 24-2-2022 11:35 PM

Nk jual organ ke ni. Tkutnye.
Semua nk duit mudah

ctcheery Publish time 25-2-2022 08:19 AM

AllahhuAkhbar takutnya.

missbigrockstar Publish time 25-2-2022 10:27 AM

Betul ka ni? Sorry tapi kenapa aku nampak mcm lakonan semula? Mungkin pandangan mata aku saja.
Pages: [1]
View full version: "Pastikan Pintu Pagar Sentiasa Dikunci,"- Nasib Baik Cepat, Cubaan Culik Gagal


ADVERTISEMENT