mattzzx Publish time 24-2-2022 12:50 PM

Lelaki rantai, kurung isteri

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/leh23hm_1645671268.jpg
FOTO tular menunjukkan wanita yang lehernya dirantai di sebuah pondok.

Beijing: Pihak berkuasa China berkata, pada Rabu, pihaknya menahan seorang lelaki yang merantai isterinya di sebuah pondok.

Selain itu, ia menghukum 17 pegawai tempatan berhubung kes itu yang kini tular.

Insiden itu menjadi perdebatan hangat mengenai kesihatan mental dan pemerdagangan manusia pada Januari.

Ia selepas video seorang blogger menunjukkan wanita berkenaan dirantai dan lehernya dikunci dalam cuaca sejuk di wilayah Jiangsu.

Pihak berkuasa wilayah berkata, wanita itu didapati menghidap skizofrenia dan dipercayai dijual beberapa kali termasuk sekali pada 1998 dengan harga 5,000 yuan (kira-kira RM3,315) , selepas diambil dari kampungnya di barat daya wilayah Yunnan.

Pegawai berkata, satu tindakan pantas dan komprehensif sedang dijalankan bagi menyiasat kejadian itu.

Mereka berkata, wanita dikenali sebagai Xiaohuamei itu mempunyai lapan anak dan kini sedang dirawat di hospital.

Pegawai tempatan di wilayah itu menafikan kejadian, namun siasatan lanjut berhubung perkara itu giat dijalanka
Pages: [1]
View full version: Lelaki rantai, kurung isteri


ADVERTISEMENT