mattzzx Publish time 24-2-2022 12:44 PM

Beruang dikehendaki polis

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hank24hm_1645669818.jpg
HANAK memecah masuk sekurang-kurangnya 28 rumah di kejiranan Tasik Tahoe. FOTO Agensi

Los Angeles: Seekor beruang gergasi bernama Hank dikehendaki polis California selepas haiwan itu memecah masuk puluhan rumah di kejiranan Tasik Tahoe, sejak musim panas lalu.

Beruang dengan berat 227 kilogram itu bersaiz lebih besar daripada beruang normal dilihat muncul di kawasan perumahan penduduk kerana kekurangan makanan.

Pihak berkuasa berkata, haiwan liar itu dilihat menjadi sangat selesa hidup di kawasan yang dikelilingi manusia.

Kumpulan hidupan liar juga membantu mengesan haiwan itu bagi ditempatkan di santuari.

Hank mendapat nama samarannya kerana berjaya memecah masuk rumah yang berkunci dan diduduki penduduk.

"Ini menunjukkan saiz dan kekuatan haiwan itu untuk memecah masuk rumah," kata jurucakap Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar California, Peter Tira.

penutupbotol Publish time 28-10-2023 03:59 PM

comel beruang ini
hello Tam!
Pages: [1]
View full version: Beruang dikehendaki polis


ADVERTISEMENT